Wednesday, April 28, 2010

Program Hari Keluarga KEMAS Panchor 2010

Program Hari Keluarga KEMAS 2010
(Program Bersama Rakyat)
29 April 2010
Bilik Gerakan Daya Wawasan
Kg Panchor
.
Satu program Hari Keluarga telah diadakan oleh Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Kg Panchor pada 28 April 2010. Program ini walaupun diatur dalam masa yang singkat namun telah berjaya menarik penyertaan lebih 70 orang dan menjadikan program ini berlangsung dalam keadaan yang meriah dan berjaya. Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, selaku Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Panchor berasa sangat bersyukur di atas penyertaan yang menggalakkan di kalangan para penduduk dan ibu bapa pelajar Tabika KEMAS Panchor.
.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj Ali bin Majid, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Seremban. Turut hadir ke majlis ini adalah Tuan Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan Panchor serta En Nasuludin, Imam Surau An-Nur.
.
Pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya; pertandingan mewarna, pertandingan melukis (dewasa) dan pertandingan pakaian beragam. Begitu juga majlis ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.
.
Tahniah diucapkan buat sekelian jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini.
. Kanak-kanak yang baru tiba bergambar bersama
Anakanda Pengerusi; Danish Amri dan Dhafir Amri

Bergaya dengan bolasepak




Di antara orang ramai yang hadir



Bersedia untuk pertandingan Pakaian Beragam


Puan Mimunah bertindak selaku Pengerusi Majlis dalam program ini


Gaya Wanita Melayu

Gaya Princess
Gaya Ustaz Gaya elegan
Gaya Lelaki Melayu terakhir
Gaya pelajar
Gaya Busana Muslimah
Gaya pengantin
Berbaris untuk penilaian terakhir juri
Lagi barisan peserta yang bertanding
Wajah penuh pengharapan untuk menang!!
Pertandingan Mewarna

Ibu bapa mengambil kertas lukisan bagi menyertai pertandingan melukis (dewasa)
Pertandingan melukis mendapat perhatian ramai
Ada yang bersiap sedia dengan pakaian sebelum mempersembahkan tarian






Anak Puan Maimunah sibuk menggunting tajuk pertandingan lukisan
Beginilah meriahnya suasana pertandingan melukis dan mewarna





Ada kanak-kanak yang leka memerhatikan Pengerusi yang turut sama menyertai pertandingan melukis
Nukilan Pengerusi




Lukisan yang sudah mula memperlihatkan imejnya
Bersungguh-sungguh nampaknya!!
Tenang dengan warna...

Hampir siap nampaknya...




Majlis perasmian penutup yang turut dihadiri oleh Tuan Hj Hasan Sulan (Ketua UMNO Cawangan Panchor)
Ibu bapa memenuhi ruang dewan bagi menyaksikan upacara perasmian penutup serta penyampaian hadiah
Turut hadir En Nasuludin (Imam Surau An-Nur) bersama beberapa orang jemaah
Tuan Nasuludin memulakan majlis dengan bacaan doa
Johan Pidato Parlimen Seremban menyampaikan Pidato bertajuk "Guruku" Diikuti dengan persembahan tarian oleh pelajar-pelajar Tabika KEMAS PanchorTarian diberi nama Tarian "Enjit-Enjit Semut"
Pelbagai gaya dan gerak langkah dipamerkan untuk tatapan umum
Saudara Syamsul menyampaikan ucapan alu-aluan Beliau menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program
Tuan Hj Ali bin Majid menyampaikan ucapan perasmian penutup program Saudara Syamsul menyampaikan cenderahati tanda terima kasih buat Tuan Hj Ali bin Majid, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Seremban
Menyampaikan cenderahati buat Tuan Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan PanchorMenyampaikan hadiah buat Tuan Nasuludin, Imam Surau An-Nur atas kesudian hadir membacakan doa
Hadiah-hadiah yang disediakan buat pemenang-pemenang pertandingan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR