Wednesday, November 24, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS

24 November 2010, Seremban : Satu program Hari Penyampaian Sijil Unit Pendidikan Masyarakat telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan GDW, Kg Panchor. Di dalam program ini, pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan mengubah sirih junjung, pertandingan masakan puding, pertandingan masakan rendang pucuk ubi, pertandingan jahitan manik serta pertandingan mata lalat.
.
Program telah bermula pada jam 2.00 petang dengan acara pendaftaran diikuti dengan pertandingan-pertandingan berlangsung serentak. Pada jam 3.00 petang majlis diteruskan dengan ceramah "Pengurusan Keluarga" yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Panchor yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Panchor . Ceramah ini telah mendapat sambutan hangat oleh semua yang mengikuti program ini.
.
Seterusnya majlis penutup telah dijalankan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasuludin, Imam Surau Panchor. Seterusnya majlis dipersembahkan dengan persembahan bercerita oleh wakil daripada KEMAS Kg Bukit Temiang.
.
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YBhg Pn Atipah Amalina binti Abdullah, Pegawai Operasi KEMAS Negeri Sembilan. Pn Atipah seterusnya juga telah sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada semua pemenang-pemenang pertandingan.
. Sdr Syamsul ketika menyampaikan ceramah
Ceramah berkaitan Pengurusan Keluarga
Pelbagai tips dikongsi bersama
Di antara yang hadir...
Suasana meriah dan ceria
Ceramah nyata tidak membosankan
Ada sahaja cerita yang dikongsi bersama
Sdr Syamsul berceramah kira-kira 1 jam dan 15 minitAkhirnya ceramah berakhir
Suasana ketika majlis penutup bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasuludin
Semua turut mengaminkan bacaan doa
Semua turut menadah tangan memohon restu Ilahi
Sdr Faiz yang bertindak selaku pengerusi majlis

Pn Atipah ketika menyampaikan ucapan perasmian

Suasana ketika ucapan perasmian
Suasana di luar dewan





Pn Atipah menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Pn Noriah menerima anugerah khas perkhidmatan selama 33 tahun di dalam KEMAS

Ustazah Hamidah menyampaikan cenderahati tanda kenangan buat Pn Atipah
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Monday, November 15, 2010

Sukan Tabika KEMAS Panchor 2010 : Berita Bergambar

15 November 2010, Seremban : Satu program Sukan Tabika KEMAS Panchor 2010 telah diadakan bertempat di Padang Awam Panchor. Program sukan ini merupakan satu program anjuran Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Panchor yang diketuai oleh Tabika KEMAS Panchor. Program ini diadakan bagi melengkapkan aktiviti tahun 2010 sebelum kanak-kanak tabika menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2010. Program ini telah diadakan bermula seawal jam 8.30 pagi dengan dihadiri oleh kesemua ibu bapa, kanak-kanak Tabika KEMAS serta masyarakat setempat. Program ini ttelah disempurnakan perasmiannya oleh Tn Hj Ali Majid, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Seremban.
.
Program ini melibatkan beberapa acara berpasukan, di antaranya :
.
1. Lari kepit bawa bola
2. Lari bawa bola dengan gelung
3. Lari bawa bola ping pong dalam sudu
4. Lumba keretapi baling buah dadu; dan
5. Lari bawa gelung.
.
Manakala bagi acara individu pula, acara berikut dipertandingkan :
.
1. Lari terus
2. Susun puzzle
3. Tiup belon sampai pecah; dan
4. Rebut gula-gula
.
Acara ini telah turut dihadiri oleh Tn Hj Safiei @ Safain Mohd Amin, Pengerusi JKKK Kg Panchor. Program ini diserikan lagi di atas kesudian Tn Hj Ali Majid, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Seremban menyaksikan acara-acara yang dilangsungkan. Kedua-dua jemputan ini juga telah sudi menyampaikan cenderahati kepada para pemenang.
.
Tn Hj Safiei yang hadir juga sebenarnya telah menyumbangkan khemah bagi perlaksanaan program ini.
.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Panchor, Sdr Syamsul, "Program ini boleh dikatakan berjaya, dengan kemeriahan yang dapat kita lihat di sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih di atas usaha yang dijalankan oleh pihak Jawatankuasa, terutamanya Pn Maimunah (Cikgu Tabika KEMAS) diatas inisiatif dan idea sehingga terlaksananya program ini. Dan, apa yang lebih penting lagi hari ini ialah, kita dapat melihat keceriaan serta kegembiraan kanak-kanak yang bertanding. Saya benar-benar berharap agar aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang".
.
Program ini telah berakhir pada jam 12.00 tengahari di mana Pasukan Kuning telah diisytiharkan sebagai juara keseluruhan manakala pasukan Biru di tempat kedua dan Pasukan Merah di tempat ketiga.
.
Tahniah kepada yang berjaya serta tahniah buat penganjur yang telah berjaya menganjurkan program ini.
. Tn Hj Safiei menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Tn Hj Ali Majid turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Gambar kenangan yang dirakamkan oleh kesemua yang hadir melibatkan Jawatankuasa, Ibu bapa dan kanak-kanak Tabika KEMAS Panchor 2010
.
.
.
Dipetik daripada : EDITOR.

Sukan Tabika KEMAS Panchor 2010 : Persediaan Padang

Program Sukan Tabika KEMAS Panchor 2010
15 November 2010
Bertempat di Padang Awam Panchor
.
[Persediaan Padang]
.
Di antara kanak-kanak yang bakal beraksi sebentar lagi
Ada di kalangan jawatankuasa sibuk menyiapkan garisan untuk trek sukan
Cik Ton pun sama sibuk menyiapkan garisan
Suasana di bawah khemah
Aanak-anak ada yang turut menyibuk sama ketika garisan disiapkan dengan menggunakan tepung
Ada sesuatu yang dibisikkan....
Beginilah meriahnya suasana di bawah khemah
Hadiah dan cenderahati yang telah siap diatur
Cikgu Maimunah menghulurkan kuih karipap untuk para peserta mengisi perut terlebih dahulu
Isteri Sdr Pengerusi yang turut hadir

En Mohd Nor, Timb. Pengerusi Aktiviti KEMAS turut sama membantu menyiapkan garisan
Semua ibubapa turut dijemput menikmati sarapan
Cik Ton sibuk melayan cucu-cucu nya
Kanak-kanak diatur bagi memulakan acara sukan sekejap lagi
.
.
.
Dipetik daripada : EDITOR

Sukan Tabika KEMAS Panchor 2010 : Gambar Kenangan

Program Sukan Tabika KEMAS 2010
15 November 2010
Bertempat di Padang Awam Panchor
.
[Bergambar Kenangan Beramai-Ramai]
.
Bergambar beramai-ramai



.
.
.
Dipetik daripada : EDITOR