Wednesday, February 29, 2012

Ceramah Maulidur Rasul 1433 Hijrah di Pancor

25 Februari 2012, Pancor : Satu Ceramah Maulidur Rasul 1433 Hijrah telah dianjurkan oleh Kumpulan Najihatun Najah bertempat di Surau An-Nur, Kampung Pancor. Penceramah undangan bagi program ini adalah YBhg Ustaz Hj Norazamir bin Hj Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 3.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Turut hadir sama ke program ini ialah En Manaf Ujang, Pengerusi JKKK Kampung Pancor, Tuan Nasuludin Karim, Imam Surau An-Nur dan juga Tn Hj Ali, Pengerusi Surau An-Nur.

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Ketua Penerangan UMNO Pancor telah bertindak selaku Pengerusi Majlis bagi program ini. EDITOR dengan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kumpulan Najihatun Najah di bawah pimpinan Ustazah Hjh Rohani di atas kejayaan menganjrkan program yang sangat bermanfaat ini.

berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.

Ust. Hj Norazamir bin Hj Alias bersedia untuk menyampaikan ceramahDi antara yang berkesempatan hadirPelbagai kisah dan teladan yang dikongsi bersama berkaitan kehidupan Rasulullah SAWDi antara jemaah lelaki yang turut hadirUst Norazamir dan Sdr Syamsul berbual semasa menikmati hidangan yang disediakan oleh kaum ibu

Disediakan oleh : EDITOR

MALU BESAR MELAYU TAHUN 2011

Dipetik dari http://afterdarkwrites.blogspot.com/
Kenapa saya menulis dalam bahasa melayu kali ini?
Sebab saya malu hendak berkongsi kandungan artikel ini dengan sahabat-sahabat saya daripada kumpulan Pemerhati (Watchers Group) yang merupakan pembaca teramai melawati laman blog saya ini.


Kenapa pula saya malu? Ini alkisahnya..
Kelmarin ayah dan ibu saya datang ke rumah saya untuk melawat cucu-cucunya (bukan nak melawat saya dan isteri pun.. semenjak ada cucu ni maka anak dan menantu turun kasta). Jadi semasa berbual-bual semasa makan malam, ayah saya menceritakan diskusi yang berlaku antara dia dan Herman iaitu warga Indonesia yang digaji sebagai pemungut buah kelapa sawit di kebun 15 ekar ayah saya.


Sebelum itu perlu saya beritahu dahulu bahawa ramai warga Indonesia yang berkelulusan ‘ada-ada’ sanggup berhijrah ke Sabah untuk mencari kerja hatta sebagai penjaga kebun. Herman ini sudah lama kami ketahui merupakan siswazah daripada Universiti Negeri Makassar. Kami tidak pernah pula melihat sijilnya namun dia seringkali berkata bahawa dia dari Jurusan Sains Sosial. Yang pasti ialah dia memang petah bercakap dan kelihatan berpelajaran.


Kenapa dia sehingga merantau berkerja kebun? Katanya dia sedang menumpul modal untuk menebus kebun keluarganya di kampung. Ternyata gaji dan komisyen sebagai pengumbul buah kelapa sawit lebih lumayan daripada berkerja kantor di Indonesia.


Oleh kerana ayah saya tiada teman berbual mengenai politik (kerana saya tinggal dan berkerja di daerah lain) maka si Herman inilah yang selalu jadi temannya. Minggu lepas Herman telah bertanya kepada ayah saya mengenai isu Mat Sabu. Kira-kira beginilah bunyi pertanyaannya itu (mengikut kata ayah saya).


Herman “Melayu Malaysia ternyata aneh ya Pak. Masa melayu komunis bisa dianggkat sebagai pahlawan. Malahan yang mengangkat itu agamawan lagi katanya”


Ayah saya menjawab “Biasalah dalam politik. Namanya mahu menang pilihanraya maka semua pun dibohongi asalkan boleh menang undi Cina”


Herman “di Indonesia pun bangsanya lagi gemar berpolitik pak. Malahan di sana lagi besar demonya Pak dan lagi banyak orpol dan parpolnya Pak. Namun tidak pernah ada yang kekeliruan dalam membicarakan kebejatan komunis. Saya jamin kalau ada orang seperti agamawan Malaysia itu di Indonesia, pasti sudah dipenggal kepalanya oleh penduduk kampung”.


Ayah saya: “Mungkin keadaan di Indonesia dan Malaysia berbeza”.


Herman: “Ampun pak, harap jangan kecil hati ya. Tapi pandangan bapak itu salah. Bangsa Indoesia juga pernah ada Partai Komunis seperti Malaysia. Malahan lebih parah lagi. Semua bangsa Indonesia tahu apa itu Komunis dan apa maunya pak. Itu makanya bangsa Indonesia pengkhianat komunis tiada ampunnya lagi. Malahan Pak Sukarno yang agung menentang Belanda itu langsung saja tumbang kerana kebergantungannya pada Komunis. Jika di Malaysia ada Mat Indera yang picisan itu, di Indonesia kami ada Dipa Nusantara yang tinggi tingkatnya. Itupun langsung dibunuh saja. Tidak ada siapa di Indonesia bakal menyanjung Dipa sebagai perwira Indonesia”.


Cerita ayah saya ini sebenarnya kebetulan sekali mengingatkan saya kepada email yang saya terima daripada seorang rakan warga Pakistan yang juga merupakan bekas ahli kumpulan “Pemerhati”. Di dalam emailnya itu, beliau sebenarnya mengejek (walaupun secara gaya bahasa tidak langsung) kebodohan sekumpulan Melayu di negara ini yang melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana-mana negara Islam lain di Dunia – iaitu mengiktiraf komunis sebagai pejuang negara.


Jika penyokong PAS/PKR membaca buku Sejarah, mereka patut boleh melihat persamaan pergerakan Komunis di Malaysia dan Indonesia. Contohnya, Partai Komunis Indonesia (“PKI”) dan Parti Komunis Malaya (“PKM”) ditubuhkan atas arahan Communist International atau Comintern yang dipengaruhi oleh Rusia. Keduanya menggunakan alasan yang sama sebagai alasan penubuhan iaitu perjuangan menentang Penjajah. Malahan jika benarlah komunis melayu itu patut disanjung, maka Melayu Indonesia berhak melakukannya terlebih dahulu kerana berbeza dengan Malaysia, PKI di Indonesia adalah didominasi oleh orang melayu islam malahan Ketua Umum Pertama PKI juga adalah seorang melayu iaitu Semaun Prawiroatmodjo. Lebih hebat lagi, Semaun ini merupakan ahli kumpulan Sarekat Islam.


Anda tentu tidak percaya jika diberitahu bahawa PKI Indonesia merupakan serpihan daripada Sarekat Islam, bukan? Tapi itulah hakikat lucunya. Parti yang akhirnya banyak merusak keamanaan bangsa Indoesia itu adalah berasal dari Sarekat Islam.


Jadi PKI itu adalah pergerakan orang melayu indonesia.. beragama Islam lagi. Jadi kenapa Komunis Indonesia yang majoriti anggotanya melayu islam itu (berbeza dengan PKM yang didominasi cina) akhirnya dibenci bangsa Indonesia?


Jawapannya mudah. Kerana jalan komunis yang dilaksanakan PKI itu keterlaluan jahat. Dalam siri pembunuhan yang dilakukan oleh PKI sekitar tahun 1948, PKI yang dipimpin melayu Indonesia bernama Muso Manowar melaksanakan Modus operandi mendatangi rumah-rumah penduduk dan memaksa setiap laki-laki dan perempuan yang berusia 15 tahun ke atas menjadi anggota PKI dengan yuran Rp 0,10. Sesiapa yang menolak maka kelak dibunuh. Sudah tentu yang paling menolak itu adalah para kiai dan murid-murid sekolah agama. Akibatnya mereka juga dibunuh. Malahan sungai-sungai di Madiun menjadi merah oleh karena darah para kiai dan santri yang dibunuh itu. Peristiwa pembunuhan tokoh ugama ini diingat oleh bangsa Indonesia sebagai Peristiwa Madium.


Aksi berikutnya pada tanggal 13 Januari 1965 sekitar pukul 04.30 subuh, lebih kurang 3,000 anggota PKI yang dipimpin Ketua pengurus cabang Pemuda Rakyat (PR) Daerah Kediri, Soerjadi, mengadakan teror dengan melakukan penyerbuan di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur. Mereka melakukan pemukulan dan penganiayaan terhadap para kiai dan imam masjid serta merusak rumah ibadah, bahkan menginjak-injak Kitab Suci Al Quran.


Mereka berteriak “Ganyang santri!”, “Ganyang Masjumi!”, “Ganyang Sorban!”, “Ganyang kapitalis!”, “Ganyang Kontra Revolusi!”, “Dulu waktu peristiwa Madiun besar kepala, kini rasakan pembalasan!”.


Berdasarkan sejarah PKI di Indonesia, dapatlah disimpulkan di sini bahawa orang melayu Islam pun boleh menjadi gelap mata apabila sudah dibutakan hatinya oleh pergerakan komunis di masa itu. Di Indonesia pergerakan komunis bukannya didukung oleh orang cina, sebaliknya kesemua pemimpin PKI yang menjadi dalang dalam kekejaman adalah orang melayu. Oleh itu tidak hairanlah Mat Indera yang dikatakan hafiz Quran itu pun tergamak membiarkan rakan-rakan komunisnya membunuh wanita melayu dan anaknya yang berumur empat tahun semasa serangan di Bukit Kepong.


Walaupun sejarah Indonesia masih mengakui peranan awal PKI yang didukung oleh bangsa melayu dalam penentangan terhadap Belanda, namun bangsa Indonesia sama sekali tidak akan sanggup mengiktiraf melayu-melayu komunis ini sebagai pahlawan. Begitu bencinya mereka pada komunis sehinggakan pada tahun 2001, ribuan penduduk Kaloran, Temanggung, Jawa Tengah bertindak menghalang usaha menguburkan tulang belulang anggota PKI yang dibantai pada 1965. Mereka enggan membenarkan tulang belulang anggota PKI itu dikuburkan di daerah mereka kerana dendam mereka kepada komunis.


Pembantaian 1965 berlaku selepas PKI membunuh 6 jenderal Indonesia dalam cubaan untuk melakukan rampasan kuasa. Pihak tentera yang diketuai oleh Jeneral Suharto segera membalas dengan menangkap dan membunuh anggota-anggota PKI. Akibat oleh dendam kepada PKI terutamanya pembunuhan ahli-ahli agama oleh PKI pada di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur, rakyat biasa turut turun tangan membantai kesemua anggota PKI. Kelompok-kelompok pemuda dari organisasi-organisasi muslim barisan Ansor NU dan Tameng Marhaenis PNI membalas dendam di Jawa Tengah dan Jawa Timur sehinggakan Sungai Brantas di dekat Surabaya menjadi penuh mayat-mayat anggota PKI sampai di tempat-tempat tertentu sungai itu “terbendung mayat”. Di pulau Bali, yang sebelum itu dianggap sebagai kubu PKI, paling sedikit 35,000 PKI menjadi korban di permulaan 1966.


Jika kita lihat apa yang berlaku di Indonesia, ternyata bahawa kebinasaan yang berlaku akibat kewujudan pergerakan komunis adalah adalah sangat dekat sekali dengan sejarah negara kita. Darurat Tanah Melayu berlaku bermula pada 1948 iaitu tahun yang sama komunis di Indonesia membunuh orang awam dan ahli agama dalam tragedi Madium. Dua tahun selepas pembunuhan di Madium, komunis di Malaya pula menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Namun kita di Malaysia masih bernasib baik kerana berkat jasa anggota keselamatan kita, darurat akhirnya tamat pada 1960. Indonesia tidak mempunyai nasib sebaik kita. Pembunuhan massal oleh Komunis masih lagi berterusan sehingga 1965 disusuli oleh rusuhan dan pembunuhan balas dendam ke atas Komunis pada 1965 dan 1966.


Jadi kenapa masih ada di Malaysia yang tidak bersyukur dengan nasib kita yang sebegitu baik? Tidak kah kita menyedari bahawa sekiranya Allah mengizinkan, maka boleh saja DIA menterbalikkan nasib antara Malaysia dan Indonesia pada waktu itu? Dan tidakkah PAS terfikir bahawa jika saja apa yang berlaku kepada ahli agama di Madium, Indonesia pada 1948 itu berlaku di Tanah Melayu, maka yang menjadi mangsa pembantaian komunis sudah tentulah kesemua ahli-ahli parti PAS sendiri?


Di Indonesia, anggota PKI yang sudah tinggal tulang pun masih tidak dibenarkan dikubur oleh penduduk. Di Malaysia pula anggota PKM yang membunuh orang melayu lelaki dan wanita pula hendak dijulang sebagai perwira negara.


Secara kebetulan pula beberapa malam yang lepas saya menerima email daripada sahabat lama dari Pakistan (juga anggota Watchers). Beliau juga berminat dengan isu ini selepas mendapat khabar angin daripada saudara beliau yang kini berkerja di Malaysia. Apatah lagi beliau mempunyai banyak keluarga di sebelah ayah beliau yang menjadi mujahidin di Afghanistan menentang komunis Rusia, maka sudah tentu beliau musykil kenapa ada orang beragama Islam yang sanggup memuja Komunis.


Dan itulah sebabnya mengapa saya malu hendak menulis dalam bahasa Inggeris kali ini. Tidak sanggup rasanya hendak berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan daripada kumpulan Watchers yang sering berkunjung melawat blog ini. Perangai kebanyakan melayu pembangkang yang kini cuba memartabatkan pejuang komunis adalah sangat sangat sangat memalukan.


Malu .. Malu .. Malu .. Malu .. Maluuuuuuuuuuunya…


Terus terang sahabat saya itu mengatakan bahawa sekiranya Mat Sabu atau penyokong-penyokongnya cuba memainkan isu ini di Afghanistan atau Chechnya, maka sudah kepala mereka sudah dipenggal. Malahan tidak keterlaluan jika akan wujud pula seruan jihad membenteras kesemua penyokong PAS/PKR/DAP.


Tiada guna PAS dan PKR cuba memusing peranan Mat Indera dalam Komunis kerana orang-orang Afghan dan Chechnya juga pernah menghadapi ‘Mat Indera’ mereka sendiri semasa perang Afghanistan dan perang Chechen. Inilah barua-barua yang membelot kononnya demi kepentingan Negara namun akhirnya mati dimaki bangsa sendiri.


Di Chechnya wujud manusia seperti Haji Akhmad Kadyrov, bekas Ketua Mufti Chechnya yang kemudian menyebelahi Russia dalam Perang Chechen Ke-2 sebelum diangkat oleh Rusia sebagai Presiden Chechnya. Terdapat hujah dari sesetenngah pihak yang mengatakan bahawa beliau berpaling tadah bagi menyelamatkan Chechnya daripada serangan Russia, namun hujah sebegini tidak diterima oleh bangsa Chechnya yang menganggap beliau pembelot. Beliau akhirnya dibunuh oleh pejuang Chechen melalui letupan bom pada 09 Mei 2004 (Anaknya Ramzan yang juga menyokong Rusia dan dijadikan Presiden pada 2007 juga dianggap pembelot).


Di Afghanistan pula terdapat Bekas Perdana Menteri Hazifullah Amin yang menjemput tentera Russia masuk ke Afghanistan demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan. Amin kemudiannya dibunuh oleh Russia dan tempatnya diganti oleh seorang lagi pembelot bangsa Afghan iaitu Babrak Kamal. Tidak kira apa cerita yang direka oleh Russia bagi menggambarkan Amin dan Babrak sebagai nasionalis yang ingin meliberalkan Afghanistan, hakikatnya bangsa Afghan tetap memandang boneka-boneka Komunis ini sebagai pembelot.


Saya sekarang berdoa siang malam agar isu sokongan segelintir orang melayu kepada perjuangan komunis ini tidak disebarkan ke media antarabangsa. Sekiranya perkara ini bocor kepada negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Chechnya, maka malu yang bakal terpalit kepada orang melayu Islam di negara ini tidak dapat dibayangkan lagi. Kita akan menjadi bahan ejekan umat Islam di seluruh dunia dari Indonesia ke Arab Saudi. Malahan tidak mustahil umat Islam di negara ini akan dijadikan iktibar tentang kebodohan umat Islam di akhir zaman yang terhegeh-hegeh menyanjung Musuh Islam.


This post was submitted by afterdark. Dipetik daripada : www. mykmu. net

Apa Sebenar Kes Dr Khir

Huraian kes Khir Toyo



1. Minggu lalu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan rumah Dr Khir (masih di dalam kaveat HSBC) akan dipindahkan kepada milik kerajaan bergantung kepada keputusan rayuan Dr Khir nanti.


2. Dr Khir didapati bersalah oleh Mahkamah atas alasan mendapatkan sebuah hartanah dengan balasan yang tidak mencukupi dari orang yang mempunyai hubungan rasmi semasa beliau menjadi Menteri Besar.


3. Pada hemat saya peguam bela Dr Mohamad Khir perlu membuat permohonan mengenepikan keputusan Hakim Datuk Wira Mokhtaruddin kerana beliau telah terkhilaf dalam menentukan ukuran balasan yang tidak mencukupi tersebut.


4. Ramai yang menganggap pertuduhan ini adalah pertuduhan rasuah. Namun pertuduhan ini merupakan pertuduhan di bawah 165 Penal Code iaitu dianggap salah guna kuasa.


5. Di bawah pertuduhan ini adalah menjadi kesalahan untuk seseorang penjawat awam membeli sebarang barangan dengan balasan yang tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengannya. Sama ada individu terbabit mendapat kelebihan atau tidak daripada saya tidak penting.


6. Ia tidak ada kena mengena dengan unsur rasuah atau corruption seperti yang dinyatakan oleh beberapa pihak. Rasuah harus berunsur sogokan untuk mendapat sesuatu kelebihan atau keuntungan. Dalam kes ini tiada unsur keuntungan atau kelebihan yang diperolehi oleh Datuk Shamsuddin daripada Dr Khir selaku penjawat awam.


6. Sebaliknya, apa yang dikemukakan oleh pendakwa raya ialah saya menulis surat sokongan kepada syarikat Shamsuddin selaku Menteri Besar dan saya juga merupakan pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS). Surat sokongan ini merupakan surat-surat biasa yang diberikan oleh Dr Khir selaku orang politik kepada hampir ke semua syarikat yang memintanyal. Pegawai PKNS yang dibawa ke Mahkamah mengesahkan mereka menerima banyak surat sokongan daripada Menteri Besar, EXCO dan ADUN namun ia tidak menjejaskan proses pemberian projek mengikut kriteria yang ditetapkan dan juga bersandarkan keuntungan kepada PKNS. Malahan dalam Mahkamah juga didedahkan sokongan Dr Khir terhadap satu kelonggaran syarat yang diminta oleh syarikat Shamsuddin juga ditolak oleh PKNS.


7. Justeru tidak timbul unsur rasuah seperti yang dituduh oleh mereka yang malas membaca dan meneliti isu sebenar.


8. Tuduhan terhadap Dr Khir sangat berat kepada pembelaan dan memudahkan kerja pendakwa raya. Oleh kerana tiada duluan kes seperti ini sebelumnya, saya tercari-cari makna dan definisi “mengetahui balasan yang tidak mencukupi” berasaskan kriteria apa.


9. Dalam konteks inilah peguam bela Dr Khir berhujah bahawa untuk mengukur balasan itu mencukupi atau tidak ia haruslah mengikut nilai pasaran semasa bukannya harga belian sebelum ini atau harga yang ditawarkan. Apatah lagi saya membeli hartanah yang belum siap sepenuhnya berbanding semasa dibeli oleh Datuk Shamsuddin.


10. Dalam perbicaraan Mahkamah dimaklumkan oleh Datuk Shamsuddin bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual rumah tersebut kepada Dr Khir dengan harga RM 5 juta dan kononnya saya meminta RM 3.5 juta.


11. Dr Khir pula dalam keterangan menyatakan bahawa, “memang Datuk Shamsuddin menawarkan RM 5 juta namun disebabkan rumah tersebut hanya rangka sahaja dan saya penjawat awam, maka biarlah penilai hartanah menilainya. Apabila HSBC menyatakan kepada saya Rahim and Co menilai hartanah tersebut dengan harga RM 3.5 juta saya pun menyatakan kepada Shamsuddin dan beliau bersetuju dengan harga tersebut.”


12. Justeru bagaimana ada unsur rasuah jika Shamsuddin yang ingin menjualnya kepada Dr Khir, bukannya Dr Khir yang meminta atau memaksanya menjual rumah tersebut. Juga tiada sebarang kelebihan mahu pun keuntungan Shamsuddin dari segi projek diterima oleh Shamsuddin sejak beliau menjual rumah tersebut kepada Dr Khir. Ini diakui sendiri oleh Shamsuddin selaku saksi pendakwa.


13. Namun lebih penting ialah harga pembelian Dr Khir ditentukan oleh Rahim and Co iaitu penilai hartanah yang dilantik oleh HSBC. Adakah pembelian yang dilakukan oleh saya dengan harga yang ditentukan oleh Rahim and Co merupakan satu balasan yang tidak mencukupi?


14. Justeru saya nasihatkan kepada mana-mana penjawat awam, jika mahu membeli hartanah daripada mereka yang pernah berurusan dengan anda, sila ke mahkamah dapatkan nilai balasan yang mencukupi terlebih dahulu.


15. Jika tidak anda hanya perlu ada seseorang yang ingin menganiaya anda membuat tuduhan seperti ini, kononnya anda membeli barangan miliknya dengan harga yang tidak mencukupi dan mahkamah bebas menentukan balasan tidak mencukupi itu sesuka hatinya.


This post was submitted by lawyer cabuk. Dipetik daripada : www. mykmu. net

Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?

Penulisan Berkaitan Kes Khir Toyo...


khirtoyo2011


Saya berharap laman ini dapat membenarkan saya menulis mungkin buat kali terakhir mengenai kes Dr. Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi. Dr. Mohamad Khir dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan hartanah terbabit dirampas.


Tidak ada alasan untuk mempertahankan sebarang tingkah laku salah guna kuasa dan rasuah jika ia terbukti benar dan diuji oleh kebenaran maksima Mahkamah. Sama ada ia Ketua UMNO Bahagian, bekas Menteri Besar hatta Menteri pun harus berhadapan dengan undang-undang negara.


Namun dalam penghakiman Khir Toyo pagi tadi, saya dapati penghakiman oleh Datuk Wira Mokhtarudin sangat melucukan dan bakal menjadi bahan lawak jenaka dalam fraterniety guaman negara.Bagi mereka yang membenci Dr. Khir atau UMNO, hukuman tersebut adalah adil dan Dr. Khir layak mendapatkannya. Itu soal lain. Jika Dr. Khir benar-benar rasuah sekalipun sudah tentu kita mahukan beliau dijatuhkan hukuman atas sebab yang betul dan alasan yang diterima akal.


Malangnya apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Shah Alam menunjukkan bahawa penghakiman dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan ini tidak memenuhi ujian-ujian penting dalam menjatuhkan hukuman. Saya menulis dalam ulasan sebelum ini bahawa untuk membuktikan sama ada Khir Toyo bersalah atau tidak dalam mendapatkan satu barangan dengan balasan yang tidak mencukupi ialah bergantung kepada jawapan kepada soalan-soalan berikut:


1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM 6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.


2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim and Co atau nilai oleh TransAsia.


3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007, Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.


4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.


5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr. Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.


6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co, bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual kepada tertuduh.

Mokhtaruddin dalam penghakimannya menyatakan beliau mendapati Khir Toyo bersalah kerana membeli hartanah dari seorang yang beliau tahu mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dengan balasan yang tidak mencukupi. Menurut beliau kenyataan bahawa Dr. Khir pernah ditawarkan harga rumah tersebut dengan RM 7 juta dan kemudiannya terbabit dengan perbincangan antara Sumardi dan Shamsuddin dengan menyuruh Shamsuddin membeli rumah tersebut merupakan bukti Khir Toyo mengetahui harga rumah tersebut.


Hujahan ini sangat luar biasa kerana Pendakwaraya tidak pernah memanggil saksi mereka Datuk Sumardi untuk memberi keterangan mengenai situasi tersebut. Namun Hakim memilih untuk mempercayai kenyataan SP2 yang dinafikan oleh tertuduh.


Malahan Mokhtaruddin juga berhujah bahawa pengakuan SP2 dan Dr. Khir bahawa SP2 ada menawarkan hartanah tersebut dengan harga RM 5 juta merupakan bukti yang mencukupi untuk menunjukkan Dr. Khir mendapatkan barangan dengan balasan yang kurang daripada nilai sebenar. Ini bermakna menurut tafsiran Hakim, harga yang ditawarkan oleh SP2 menjadi “benchmark” balasan tidak mencukupi seperti dalam pertuduhan.


Hakim tidak langsung mengulas mengapa beliau menolak atau tidak menerima nilai pasaran oleh penilai profesional seperti Rahim and Co dan Irhamy and Co sebagai benchmark untuk menentukan balasan tersebut mencukupi atau tidak. Hakim juga tidak langsung mengambil hirau penilaian oleh Jabatan Penilai Hartanah dan lain-lain penilai.


Dengan kata lain, Hakim membuka satu keadaan yang sangat merbahaya pada masa hadapan dalam isu pegawai kerajaan membeli hartanah atau barangan lain. Seseorang pegawai kerajaan yang pernah atau akan membeli sesuatu barangan daripada orang yang beliau pernah mempunyai urusan rasmi akan berhadapan dengan ancaman pendakwaan pada masa hadapan. Kes hanya perlu diwujudkan dengan penjual mengaku bahawa beliau mahu menjual dengan harga yang lebih tinggi tetapi pegawai tersebut meminta membeli ikut harga pasaran.


Hakim juga jelas tidak mengambil kira fakta bahawa yang menawarkan untuk menjual hartanah tersebut ialah SP2 dan tertuduh hanya meminta untuk diadakan penilaian mengikut harga pasaran jika SP2 benar-benar mahu menjualnya.


Lebih melucukan hakim mendakwa beliau percaya kepada kejujuran dan kebenaran kenyataan Saksi Pendakwa 2 (Datuk Shamsuddin Haryoni) dan Saksi Pendakwa 3 (Nasir) berdasarkan persembahan mereka di dalam Mahkamah. Ini sangat menghairankan kerana sungguhpun sepanjang perbicaraan kita melihat pelbagai kenyataan tidak masuk akal termasuk pembayaran berjuta-juta ringgit secara tunai tanpa sebarang bukti resit mahupun barangan yang dibeli oleh Nasir, Hakim menganggap Nasir seorang yang boleh dipercayai.


Dengan itu kata Hakim, “Berdasarkan keterangan SP2 dan SP3, tertuduh telah mengadakan satu pakatan lebih awal untuk membeli rumah tersebut dengan terbabit dalam ubahsuai rumah dari awal sebelum transaksi pembelian dilakukan. Ini ini saya dapati tertuduh telah melakukan kesalahan.”


Kenyataan Hakim ini sangat luar biasa. Luar biasa bukan sahaja beliau menerima pakai kenyataan SP2 dan SP 3yang banyak percanggahan, malah yang lebih serius ialah mensabitkan kejadian ini dengan pertuduhan yang didakwa ke atas Khir Toyo.


Khir Toyo dituduh mendapatkan satu barangan dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau. Jadi apa relevan sama ada beliau berpakat untuk melakukan ubah suai atau tidak?


Hakim bukan sahaja tidak dapat mewujudkan satu benchmark yang sesuai untuk menentukan balasan yang tidak mencukupi tetapi juga telah membuat kesimpulan yang berlainan sekali dari pertuduhan iaitu kononnya terdapat pakatan menipu dalam pembelian hartanah tersebut.


Jika Khir Toyo berpakat dengan Shamsuddin untuk melakukan penipuan maka satu pertuduhan lain harus dibuat. Adalah sangat luar biasa untuk Hakim keluar dari ruang lingkup pertuduhan untuk mendapati Khir Toyo bersalah.


Sungguhpun Mahkamah mahu menghukum Khir Toyo untuk menunjukkan bahawa sistem kehakiman negara ini bebas, namun ia bukanlah bermakna memberi lesen kepada hakim membuat penghakiman semberono dan memalukan pengamal undang-undang sendiri.


Adalah tidak masuk akal untuk hakim menolak penilaian nilai pasaran sebagai benchmark untuk menentukan balasan pembelian tersebut mencukupi atau tidak tanpa sebarang huraian penghakiman yang mempunyai legitimasi. Ketika mensabitkan kesalahan Hakim langsung tidak mengulas isu ini yang diminta secara jelas oleh pembela dan hujah pembelaan isnin lalu.


Hakim juga langsung tidak menyatakan mengapa beliau berpendapat rumah yang tidak disiapkan pada 2007 tersebut dianggap sama harga dengan rumah siap pada 2004 atau pun mengapa rumah tersebut dianggap lebih daripada RM 3.5juta mengikut neraca keadilan undang-undang.


Selain Hakim, pendakwaraya juga menimbulkan prasangka di kem Khir Toyo mengenai terdapat percubaan menjadikan Khir Toyo sebagai kambing hitam apabila secara tiba-tiba memohon penggunaan hukuman rampas barangan yang terbabit dalam kes mengikut Seksyen 36 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Secara profesionalnya Pendakwaraya sepatutnya dari awal memaklumkan niat mereka untuk meminta seksyen ini diambil kira ketika menjatuhkan hukuman sekiranya tertutuduh di dapati bersalah. Namun pendakwaraya hanya mengemukakan semasa hujahan untuk meminta hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas Khir Toyo sekaligus menyebabkan peguam bela tidak bersedia dengan hujah mereka.


Hakim menangguhkan sidang seketika bagi membolehkan beliau meneliti kandungan seksyen tersebut. Apabila kembali Mokhtarudin enggan membenarkan sebarang penangguhan untuk membolehkan peguam bela menyediakan hujah, sebaliknya bersetuju dengan pendakwaraya bahawa keputusan merampas hartanah tersebut merupakan sesuatu yang mandatori.


Beliau terus menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan hartanah tersebut menjadi milik kerajaan. Hakim kemudiannya terus bangun tanpa menunggu sebarang permohonan menangguh hukuman. Ini menyebabkan peguam bela terpaksa meninggikan suara menyatakan mereka ingin membuat permohoanan penangguhan hukuman. Akhirnya beliau duduk kembali dan kemudiannya meluluskan permohonan penangguhan hukuman dengan syarat rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari.


Keputusan hakim merampas hartanah yang berada dalam kaveat HSBC ini juga menimbulkan tanda tanya dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi undang-undang lain apabila dicabar oleh Bank nanti. Hakim membuat keputusan seolah-olah tidak menyedari bahawa hartanah tersebut dibeli secara pinjaman.


Nilailah hujahan penghakiman dan hujahan pembelaan dan lihatlah siapa yang lebih rasional dan memenuhi kehendak undang-undang dan pertuduhan.


Bagi saya, hakim ini patut merasa malu dengan hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini. Cuma hakim ini bernasib baik ialah kerana penghakimannya ini membabitkan seorang pemimpin UMNO. Jika ia terjadi kepada Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, nesacaya sudah seantero Malaysia beliau dikutuk dan dikeji.


This post was submitted by lawyer cabuk. (dipetik daripada : www. mykmu. net)

Perjanjian NFC: DAP Dedah Dokumen Palsu?

February 26, 2012


tony


INI maklumat yang baru penulis terima, dokumen perjanjian NFC yang didakwa didedahkan oleh Tony Pua petang tadi adalah dokumen palsu. Dokumen asal tidak langsung sama seperti mana yang didedahkan.


Ini sama ada Tony telah dikencingkan ‘pemberi maklumat’nya atau dia memang berniat mengencingkan semua orang.


Kalau benar pun dokumen palsu, penulis tidak hairan kerana kepakaran membuat dokumen palsu seperti itu mudah didapati di dalam DAP dengan berlambaknya para peguam yang menghuni parti tersebut. Itu bukan masalah besar mana pun.


Lagipun apa yang mustahil pada zaman ini. Kalau penyokong pembangkang boleh percaya bahawa video seks yang memaparkan imej Anwar itu palsu, apa sangat dengan kertas putih yang diprint itu ya.



Jika benar pun ada perjanjian yang dilanggar, ia tidak sama sekali berkaitan dengan UMNO kerana Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil tidak langsung terlibat dengan syarikat tersebut – keadaan sama dengan syarikat isteri Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming yang diberikan kontrak membekalkan ‘Lounge Suit’ walaupun harga tawaran adalah tertinggi sekali.


Dalam kes itu, Jawatankuasa Displin DAP memutuskan Nga tidak bersalah kerana dia dikatakan tidak ada penglibatan dalam syarikat tersebut.


Ini jelas, tapi keadaan ini yang cuba diambil kesempatan oleh DAP melalui kes NFC ini walaupun mereka sedar ia langsung tidak berkaitan dengan UMNO.


Tambahan pula Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP sedang berhadapan dengan kes penyelewengan penjualan tanah bernilai berbilion ringgit di Pulau Pinang, maka itu menjadi tugas Tony untuk menyibukkan media dengan membangkitkan kes NFC ini.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bantuan Rakyat: Kalau Tujuan Politik, Orang Pakatan Nganga

February 29, 2012


klo8_011208_tpm_mesyuarat_thumb1


PENULIS insaf bila baca berita dalam dalam Utusan hari ini bagaimana anjing penyokong PKR Balakong bernama Abdul Hamid Yusogff, 51 turut sama terhegeh-hegeh menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikala pemimpin Pakatan sedang sibuk menjaja cerita dan meremehkan usaha kerajaan Malaysia/BN pimpinan Datuk Seri Najib.


Ada yang kata haram terima, ada yang kata itu duit rasuah dan sebagainya.


Tapi memang malu dan memalukan, bila ada ahli bawahan yang tolak semua itu dan sapu juga duit bantuan. Menunjukkan penyokong pakatan lemah iman dan tiada pendirian. Dalam masa yang sama mengakui, skim itu adalah terbaik untuk semua rakyat, sebab itu dia sebat.


Kita akui, duit RM500 tu bukan duitnya Najib tapi duit kerajaan begitu juga dengan pemberian air percuma di Selangor, juga duit kerajaan untuk menampung belanja tu.


Tapi nak juga soal balik, keputusan siapa sehingga rakyat juga dapat merasa? Kalau bukan keputusan Najib dan kerajaan BN.


Begitu juga dengan lebih RM 30 billion subsidi dan bantuan oleh kerajaan pusat, bukan juga duit Najib tapi keputusan siapa yang membolehkan rakyat merasa semua hasil itu?


Kalau bukan Najib dan kerajaan BN.


Jadi pusing tang mana sekalipun, tetap orang akan kenang bahawa itu keputusan Najib sebagai Perdana Menteri dan BN sebagai kerajaan. Bukan semua kerajaan dalam dunia yang beri macam mana yang kerajaan Malaysia pimpinan BN beri selama lebih 50 tahun memerintah. Pemberian yang kalau ikut teori pakar ekonomi boleh menjahanamkan ekonomi negara.


Tapi kita beri, BN beri dan Najib juga meneruskan pemberian itu.


Balik pada cerita anjing PKR yang kebuluq bantuan hasil ide dan pemikiran Najib tadi.


Alasan untuk menerima bantuan tanpa malu dikala dia ada pilihan menolak ialah PKR Selangor bagi air percuma 20m3 pun tidak tanya parti politik mana sokong. Ya, kita setuju, dia tak tanya parti mana sokong tapi dia bagi yang duk rumah bawah atau ada meter individu saja, yang duk rumah flet tidak merasa.


Itu sudah tentu dia tidak sebut sebab otak pembangkang hanya nak ambik mana yang elok saja, yang tak elok diperam dan dipendam, sebaliknya yang tidak janji itu pulak yang diutamakan dulu – itupun menunggu dekat-dekat pilihanraya macam contoh Geran Selangorku.


Penulis sudah dapat banyak respon, majoriti orang tidak peduli pun ada unsur rasuah atau tidak, ini duit kerajaan dan apa yang rasuah bila kerajaan kembalikan kepada rakyat? Banyak orang bersyukur dan berbangga ada kerajaan macam BN.


Sebab kalau ikut kata pembangkang, tidak ada apa yang baik dengan kerajaan BN, semua pun disapu demi kepentingan parti dan diri sendiri. Itu kata mereka.


Tapi rakyat melihat, eh, ada pulak wang untuk kerajaan BN bayar semua bantuan? Mana datang? Pembangkang kata pinjam bank dunia, tapi takdak bukti pun dikemukakan sebab pinjaman Bank Dunia untuk projek pembangunan bukan untuk subsidi.


Itu belum lagi disebut bantuan RM 3,000 untuk 70,000 bekas anggota polis zaman darurat – tak mengira fahaman politik apa depa ikut sekarang.


Semua ini menerangkan satu perkara sahaja, yang pembangkang adalah penipu dan perompak yang sebenarnya. Isu tanah bernilai berbilion di Pulau Pinang dan skandal pasir di Selangor sebagai bukti. Depa lagi kaup tak ingat dunia. Sementara yang enggan macam Azizan, diatur untuk ditendang keluar.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Langkah Bijak Batal Konsert Erykah Badu

February 29, 2012


erykah-badu1


Kontroversi penyanyi R&B, Erykah Badu yang mencacah tatu dengan nama Allah s.w.t di badan, akhirnya sampai ke penghujung apabila konsert yang sepatutnya di pentaskan hari ini telah dibatalkan.


Tahniah kita ucapkan kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di atas ketegasan itu.


Secara jujurnya penulis sendiri tidak mengenali siapakah Erykah Badu hinggalah gambar kontroversi penyanyi tersebut disiarkan di akhbar The Star.



A government committee that includes police and Islamic policy officials decided to forbid Badu’s show because the body art was “an insult to Islam and a very serious offense,” Information Minister Rais Yatimsaid in a statement. (Sumber: NyDailyNews)



PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.


Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.


“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” katanya.


Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.


Konsert ‘Erykah Badu Live in KL’ itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.


Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta. (Sumber: MStar Online)


Dari satu sudut, tindakan The Star yang tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila menyiarkan photo tersebut memang amat kurang ajar & melampaui batas. Walaupun permohonan maaf secara terbuka telah dibuat, namun bukan sedikit yang masih terguris gara-gara tindakan tersebut.


Tambahan pula, dalam banyak-banyak gambar Erykah Badu di internet, kenapalah gambar yang bertatu dengan nama Allah s.w.t tu jugalah yang dipilihnya bagi menghiasi artikel dalam akhbar The Star. Pelik & sengaja nak mencuit kah?



Apology for Erykah Badu photo


A photograph of American singer Erykah Badu with tattoos of various symbols, including the Arabic word for Allah, was inadvertently published in Star2 today. We sincerely apologise to Muslim readers for this oversight.-The Star


Pun begitu jika diamati dari sisi lain, rasanya tak salah kalau penulis mengandaikan sekiranya photo kontroversi tersebut tidak tersiar di The Star, ada kemungkinan konsert Erykah Badu tetap berlangsung seperti dijadualkan & mungkin ramai (termasuk penulis) yang tidak tahu perihal dirinya yang bertatu dengan kalimah Allah s.w.t.


Setiap sesuatu kejadian ada baik dan buruknya, ada manfaat & mudarat, dan mungkin ada jua hikmah disebaliknya.


Sama macam kes khalwat la, sekarang kita baru tahu ada khidmat nasihat & kaunseling hingga pagi dinihari di hotel-hotel penginapan untuk isteri orang yang bermasalah dengan suami sendiri. Kalau tak berlaku tangkapan khalwat tu, mahunya kita fikir kaunseling rumahtangga hanya terhad di pejabat agama, tak gitu?


Yang penting sekarang, dengan segala desakan & bantahan khalayak umum terhadap The Star & penyanyi tersebut akhirnya mendapat perhatian kerajaan.


Kepada anggota mesyuarat Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang terdiri daripada wakil kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya, syabas diucapkan kerana prihatin mengusulkan pembatalan konsert tersebut.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Badrul Amin Si Bapak Ketam

February 29, 2012


Madu-tiga[1]


Dalam artikel sebelum ini (klik sini), penulis ada menyuarakan kebimbangan berhubung kesahihan laporan polis oleh Aishah Binti Abu Bakar yang mengadu telah mengalami penderaan fizikal disebabkan suaminya, Badrul Amin.


Manakala pagi tadi sebagai respon kepada kebimbangan penulis, blogger The Unspinners telahpun menerangkan lebih lanjut situasi terkini berhubung isu tersebut selain turut melampirkan beberapa bukti lain bagi menyokong pendedahan keganasan rumahtangga yang di alami Aishah Binti Abu Bakar.



Rakan-rakan di MyKMU sini mengingatkan akan risiko laporan ini diterima secara membuta tuli. Menurut kolumnis MyKMU, nama
isteri pertama Badrul Amin adalah Zumrah Husni dan bukan Aishah Abu Bakar. Ditakuti ianya perangkap pembangkang. Satu peringatan yang bijak.


Harap kawan-kawan jangan risau, kami boleh jelaskan dengan beberapa dokumen yang kami ada dari sumber-sumber cun kami.


Aishah adalah juga isteri Badrul yang telah dinikah pada tahun 2003. Kemungkinan Aishah adalah isteri kedua sebenar Badrul sebelum Inafiona yang dikahwini baru-baru ini pada tahun 2011. Ada kebenaran Badrul “burit” ini ku sangka dua rupanya tiga.


Bawah ini adalah kad pengenalan, surat akuan berkanun dan salinan surat akuan dari Aishah berkenaan pernikahannya dengan Badrul:




Dari dua dokumen atas, baru difahami Badrul telah bernikah di Bandar Sri Damansara, Shah Alam Selangor dan medaftarkan pernikahannya di Sabah.


Pernikahannya pun agak pelik dari segi prosedur dan mungkin sekali hukum kerana ayah perempuan tidak ada bersama dan tidak diberitahu.


Perkahwinan ini berhadapan dengan masaalah pada tahun 2007, tetapi kami tidak dapat pastikan samada Badrul masih lagi berkahwin dengan Aishah.


Aishah telah melaporkan ke Jabatan Agama Islam bahawa Badrul Amin telah melakukan kekasaran dan tidak memberi nafkah kepada nya.


Berikut ada satu lagi dokumen surat mohon pemeriksaan doktor.




Berdasarkan maklumat IC Aishah 690905-12-5854, semakan di website SPR menunjukkan alamat terkini Aishah ialah di Pulai, Johor. Kemungkinan besar hubungan suami isteri antara Aishah dengan Badrul Amin Bahron telah terputus sejak 2007.


Dengan segala bukti lampiran tersebut, pepatah “bapak ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus” cukup berpadanan dengan Badrul Amin Bahron yang sekarang ini sedang berdepan dengan kes tangkapan khalwat bersama isteri orang.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Selangor Catat Negeri Paling Ramai Penasihat Tak Bermoral

February 28, 2012


DSCN0770


PENULIS ’buat-buat terkejut’ bila dimaklumkan bahawa suspek pengkhalwat bini orang, Badrulamin adalah juga merangkap Penasihat Agama Menteri Besar Selangor. Sekarang sudah tidak hairan kenapa pusat persundalan di Selangor ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, rupanya sebab Menteri Besar sendiri dinasihatkan oleh orang yang imannya senipis kulit bawang.


Walaupun banyak dikaitkan dengan Exco asal DAP sebagai punca, rupanya Menteri Besar pun ada ‘saham’ juga.


Penulis tambah bimbang bila Menteri Besar sekarang turut memikul portfolio agama Islam. Ditakuti, dengan penasihat agama yang macam ini punya rendah moral, pusat persundalan yang bersepah di Selangor akan dijenamakan semula sebagai ‘pusat kaunseling masalah suami isteri’ , tapi awal-awal subuh adam sahaja.


Siang-siang tak boleh, tak ‘berkat’.


Di samping itu, kes khalwat Badrulamin ini menjadikan Selangor sebagai negeri yang Menteri Besarnya paling ramai mempunyai penasihat dengan masalah moral. Dari penasihat agama sampailah penasihat ekonomi, semuanya tak bermoral belaka.


Ini masalah bila perintah negeri cara tangkap muat. Pandai cakap bunyi-bunyi Arab sikit dah diangkat jadi Penasihat Agama sedangkan ilmunya belum tentu sampai ke mana. Kalau terer sangat. takkan bini orang dengan janda pun tak boleh nak beza?


Let alone kaunseling isteri orang tentang masalah rumah tangga jam 2-3 pagi dalam bilik hotel sambil pakai tuala (taip dalam satu nafas ni tau).


Sebagai orang Islam, penulis malu dengan kejadian yang semacam ini. Nampaknya kejadian yang menimpa Mat Sabu lebih 17 tahun dulu masih lagi tidak cukup kuat untuk menginsafkan orang-orang politik sehingga sekarang. Mat Sabu pun macam itu juga, bini orang yang kemudian ‘dilantik’ menjadi bini no. 2nya.


Ini belum lagi memikirkan perasaan orang Selangor sekarang. Apa perasaannya mereka agaknya bila maruah negeri itu sebagai negeri termaju di Malaysia (dibawah pimpinan BN) dicalar begitu sahaja dengan perlakuan tidak bermoral pemimpin mereka.


Seorang rakan penulis pernah berkata, dahulu orang nampak Selangor lubuk kerja, sekarang Selangor nampak lubuk juga tapi lubuk dosa. Terima kasih kepada PKR sebab meletakkan Selangor serendah itu tarafnya.


Sudah sampai masanya rakyat Selangor melakukan perubahan kalau tidak mahu keadaan sekarang berlarutan. Apa yang penulis lihat, semua ramuan untuk Selangor ditimpa bala dari Tuhan sudah tersedia.


Tanah banyak yang dah berlubang (skandal pasir), longkang banyak yang dah tersumbat (sanpah tak kutip), tinggal rakyat sahaja. Kalau terus menerus bersengkongkol dengan kepimpinan yang macam ini, penulis tidak terkejut kalau Selangor ditimpa lebih banyak musibah dari Tuhan.


Macam yang berlaku di Kajang, akibat perlombongan pasir sungai tidak terkawal dan penyelenggaraan sampah yang tidak sempurna, bandar yang tak pernah-pernah kena banjir kilat, dilanda banjir kilat yang teruk pada Januari.


Undilah BN, insya allah kita selamat…


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Liwatlah, Zinalah, Khalwatlah, Lepas Tu Salahkan UMNO

February 27, 2012


badrul_salahkanUMNO


INDAH, memang indah menjadi ahli parti pembangkang di Malaysia. Hampir semua kesalahan yang dibuat, sudah ada pihak yang akan menanggung kesalahannya, tidak lain tidak bukan, UMNO.


Jenis bodoh ini dimulakan Ketua Umum yang terperangkap dengan macam-macam skandal, dengan jantan, dengan perempuan, yang belum dengan binatang. Untuk menutup salah lakunya, dia gemar mengalihkan perhatian kepada UMNO, entah taktik yahudi mana dia pakai.


Alah yahudi tulah, yang nak dilindungkan keselamatannya tu.


Soalannya sampai bilalah agaknya UMNO akan dikaitkan dengan insiden-insiden moral yang melibatkan pemimpin pembangkang? Kalau difikirkan pulak, apa hebat Badrulamin yang UMNO nak bersusah payah untuk rencanakan kes khalwat ini? Dia bukan besar mana pun, bertanding dari 1999 sampai sekarang pun tak pernahnya yang menang.


Itu kalau betullah UMNO ini parti yang gemar mereka-reka kes sebegini untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang terutama asal PKR. Masalahnya takde pun. Macamlah kita takde kerja lain nak dibuat.


Rakyat sebetulnya dah muak dengan pendekatan yang macam ini. Anwar pun tahu tu tapi sebab dendam membuak dalam dada sebab UMNOlah punca dia tak boleh nak meneruskan ‘aktiviti’ yang dimula dari belakang. Selama ini Anwar mewah dengan jantan, mewah dengan bini orang, mewah dengan perempuan, datang UMNO kasi dedah dan dia tak boleh nak teruskan aktiviti itu semua dah.


Sebab itu Anwar macam orang gila talak, sikit-sikit UMNO, sikit-sikit UMNO, apa dah tak de nama lain ke?


Sampaikan hal Badrulamin tertangkap khalwat pun salahkan UMNO juga. Eh, siapa yang ajak perempuan tu datang? Siapa yang ajak masuk bilik? Apa kaitan UMNO dengan lelaki perempuan itu dan sebagainya.


Semua ini perlu dijelaskan dulu, bukan semborono menuduh UMNO, UMNO. Tapi macam selalu penulis katakan, untung Anwar, untung Badrulamin ialah depa ada penyokong yang tak pernah guna otak setiap kali berfikir, sebab itu pendekatan yang semacam ini laku sesaja.


Penulis gesa, Badrulamin cepat-cepat cuci dosa dengan Nik Aziz. Nik Aziz dia macam paderi juga (penulis sebut macam), boleh kasi clear dosa orang yang terlibat hal-hal macam ini. Bukti dah banyak, Eli yang tak beragama Islam pun Nik Aziz juga cuci dosanya. Gamaknya dah takde paderi lagi yang boleh cucikan dosa Eli sehingga perlu Nik Aziz juga cucikan.


Lagipun ia sudah jadi seakan SOP yang tidak tertulis dalam Pakatan harami pembangkang. Asal kantoi jumpa Nik Aziz, asal kantoi, jumpa Nik Aziz.


Bila nak berubah pun tak tahu.


Sebetulnya ini bukan salah UMNO, tapi salah sendiri sebab tak boleh nak kawal nafsu serakah tu. Tak cukup-cukup dengan ‘telaga-telaga’ yang ada, ‘telaga’ orang punya juga nak diambiknya.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Khalwat: Teori Konspirasi Pulak Dah

February 27, 2012



Tu dia, dah mula dah drama tangkap sayu meraih simpati. Pantang kena atas dahi sendiri mulalah bercerita perihal konspirasi itu ini.


Dah jadi macam trademark PKR pulak, semuanya follow skrip sama mengikut ajaran Ketua Umumnya yang mahir mencipta alasan berlapis-lapis tentang teori konspirasi semata-mata untuk menyelamatkan tengkuk sendiri. Bapak borek anak rintik.



PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.


Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.


“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.


“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.


“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.


Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri Selangor melalui satu kenyataan semalam mengarahkan Badrulamin untuk mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan itu.


Sumber: FreeMalaysiaToday


Mudah sungguh jadi pemimpin pembangkang ni yea, asal saja terbabit kes yang memalukan diri cara paling senang nak elak dipersoalkan oleh penyokong sendiri maka dijadikan UMNO sebagai kambing hitam.


Sampaikan si suami kepada wanita itu pun dituduh sebagai dalang untuk memalukannya. Entah sifir moraliti mana yang digunakan untuk menafikan hak suami dalam mempertahankan maruahnya sebagai seorang lelaki yang berhak ke atas isteri sendiri.


Dari Rompin hingga ke hotel di Kuantan, apa pasal tak cerita sekali yang isteri orang itu pun berkonspirasi sama?


Wanita & anaknya berada di hotel tu bersama siapa pada awal kejadian? Siapa yang bantu isteri orang itu dengan memberi bilik penginapan konon atas dasar simpati & tanggungjawab?


Tu cerita pasal kena belasah dek 20 orang gangster, laporan polis dah buat ke belum?


Dakwaan kononnya si ibu kepada wanita tersebut ada di tempat kejadian dah tak nak ulas sekali ke? Tambah la sedikit perisa yang si ibu wanita itu pun berkonspirasi juga supaya jalan ceritera pasal teori konspirasi ini lebih mantap.


Sikit-sikit konspirasi, diri sendiri yang cari pasal buat kaunseling rumahtangga waktu dinihari di hotel, orang lain pula yang nak disalahkan.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Israel: Anwar Tuduh UMNO Nak Dia Gaduh Dengan Nik Aziz

February 29, 2012


mole-anwar-nik-aziz1


PESAKIT ‘sindrom UMNO’ tunggal dalam negara, Anwar Ibrahim baru-baru ini mendakwa isu Israel ini adalah cubaan UMNO untuk melihat dia dan Nik Aziz bergaduh.


Begitulah, dia yang terlepas cakap, UMNO juga yang dituduhnya. Adakah UMNO peduli kalau dia nak bergaduh dengan Nik Aziz? Penulis boleh sahkan, kita tak kesah dan kita tak hairan sebab awal-awal pun dah tau PAS, PKR dan DAP akan hadapi kesukaran bekerjasama ssebab idealogi yang berbeza.


Hanya menunggu masa.


Tapi yang penting, makin galak Anwar pakai taktik ini (salahkan UMNO untuk semua perkara) semakin orang muak dengan pendekatan yang digunakan Anwar setiap kali tersepit. Bukan Anwar saja, pemimpin PKR yang lain juga, semua ada masalah sama. Rakyat sudah tau, depa seronok-seronok buat dosa, UMNO juga yang dituduhnya.


Tak apalah, UMNO juga yang popular, UMNO juga yang orang kasihankan sebab orang Malaysia bukan bodoh macam Anwar sangka. 6 tahun duduk penjara atas kesalahan salah guna kuasa pada 1997, banyak benda yang Anwar terlepas pandang dalam Malaysia ni.


Sangkanya mentaliti dan tahap pendidikkan orang Malaysia ni lebih kurang ketinggalan macam sebelum dia masuk penjara agaknya.


Kita semua rakyat Malaysia dah cerdiklah Nuar. Kecuali penyokong-penyokong taksub kau sajalah yang masih dengan mentaliti lama tu. Orang sekarang dah pandai menilai, bukan macam masa kau mula masuk penjara dulu, asal keluar Internet saja, berita tu confirm betul.


Orang zaman sekarang, terang-terang keluar video pun masih pertikai lagi.


Baiklah, balik pada isu Israel tadi tu. Logik akal akan bertanya, macam mana pulak UMNO boleh terbabit dalam hal komitmen Anwar untuk melindungi keselamatan Israel ini? Temuramah dia yang atur sendiri, media terlibat bukan UMNO punya, jadi macam mana tu?


Anwar dipetik sebagai berkata:-



Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno mahu beliau bergaduh dengan Muryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Bagaimanapun, kata ketua pembangkang itu, tidak mungkin beliau bergaduh dengan Menteri Besar Kelantan itu kerana menganggapnya sebagai guru beliau.


“Saya tidak ada kemungkinan nak gaduh dengan dia. Saya dalam mesyuarat dengan DAP, saya beritahu Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz orang baik.


“Saya beritahu, walau kita berbeda berpendapat dengan Nik Aziz, kita kena hormat kerana dia orang baik, yang jahat itu Umno,” kata beliau daiam ceramah di Kuantan.


Nampak tak macam mana Anwar tengah membodohkan audien yang mendengar ceramah dia? Cakap depan orang macam bagus, mula-mula dulu tuduh UMNO yang sebabkan Nik Aziz keliru, alih selepas dengar sendiri keterangan dia di Kuala Lumpur, Nik Aziz masih lagi enggan terima kenyataan Anwar.


Adakah itu salah UMNO jugak?


Orang macam Anwar ni bahaya. Dia takde taring dengan ekor panjang saja, tapi dia memang bahaya. Cakapnya tu berbelit-belit demi nak menarik keyakinan orang kepada gabungan Pakatan harami pimpinannya yang menunggu masa untuk roboh.


Penulis tahu, ramai orang PAS marah dengan Anwar dalam isu Israel ini dan tidak segan silu mengecam dan menghinakannya. Sebab itu Anwar guna nama Nik Aziz untuk kembalikan dan redakan ketegangan antara penyokong PAS dengan PKR.


Nik Aziz paling sesuai sebab imej Nik Aziz yang macam dewa hidup di kalangan penganut tegar PAS. Hadi dan pimpinan yang lain kurang atau tidak ada aura itu. Sebab itu Nik Aziz kekal berpuluh tahun di Kelantan walaupun negeri itu separuh kosong dan banyak infrastruktur yang masih tidak sempurna.


Masjid pun baru buat 1.


Jadi penulis nak sebar-sebarkan, mulai saat dan ketika ini, tanamkanlah dalam hati tu, bila dan setiap masa orang pembangkang ada masalah (khalwat ke liwat), jawapan standardnya ialah ‘ini kerja UMNO’, ‘UMNO dalang’ dan apa segala yang lain.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

16 September Versi Kedah Gagal

February 28, 2012


azizan_lena


Dulu pasca PRU 12 kita didendangkan dengan propaganda Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan pusat Barisan Nasional dengan projek 16 September 2008 yang akhirnya menemui kegagalan yang memalukan.


Kali ini 16 September versi Kedah turut menyaksikan penglibatan jarum politik Anwar, bezanya kali ini sasarannya melibatkan geng sendiri yang sebilik, sekatil & sebantal. Dah menghampiri kes kawan makan kawan.


Namun Anwar hanya mampu merancang, kemungkinan untuk di hambat dengan kegagalan macam dah kelihatan apabila kebangkitan puak Anwarinas tidak berjaya mempengaruhi majoriti exco untuk memboikot upacara perlantikan baru barisan exco negeri Kedah.


Pun demikian, samada benar-benar operasi memporak perandakan kepimpinan Azizan telah gagal sepenuhnya atau masih berupaya menggugat, tetap bergantung pada upacara angkat sumpah pagi hari ini.


Setakat ini 8 orang exco sudah mengesahkan kehadiran dan 5 daripadanya telah pun menyertai raptai angkat sumpah pagi semalam.


Tinggal baki 2 orang lagi exco Pas, Phahrolrazi dan Dr. Ismail masih utuh dengan pendirian memboikot kepimpinan Azizan sebagai MB dan enggan menyertai semula barisan exco negeri Kedah.



“Saya tak ada masalah dengan depa (mereka). Kalau ada orang nak pujuk, depa mau, saya terima. Saya juga tak kisah depa nak terima atau tidak tawaran sebab ada orang lain mau (mahu) jawatan ini”. – MB Kedah, Datuk Seri Azizan


Jika dulu, jawatan Timbalan Perdana Menteri di jaja ke sana ke mari kepada kebayakkan ahli parlimen BN dari Sabah & Sarawak untuk mempengaruhi mereka supaya menyertai projek 16 September 2008, mungkinkah kali ini jawatan Menteri Besar dan exco kanan jadi bahan taruhan bagi menggerakkan operasi guling & pijak Azizan?



Exco kerajaan negeri Kedah yang menentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipercayai dijanjikan jawatan Menteri Besar dan Exco kanan bagi memastikan penguasaan golongan Anwarinas di dalam Pas Kedah.


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, langkah itu dilakukan bagi menjamin kelangsungan politik Anwar kerana Kerajaan Pas Kedah dilihat tidak selari dengan aspirasi perjuangan pakatan pembangkang.


Katanya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dilihat tidak memberi sokongan 100 peratus kepada Anwar walaupun berada di bawah satu gabungan.


Oleh itu katanya, satu gerakan diatur membabitkan kumpulan yang boleh dipercayai Anwar bagi menjatuhkan Azizan dengan mewujudkan keadaan politik tidak stabil di Kedah. – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari)


Cuma yang peliknya, kenapa agak ramai juak-juak Pas masih melihat Anwar sebagai insan maksum yang hebat visi politiknya hinggakan sampai satu peringkat mereka tidak segan silu secara terbuka mencela & memperlekehkan MB dari Pas sendiri, sedangkan suatu ketika dulu Azizan pernah dianggap sebagai ‘ulamak’ Pas.


Sejak bila agaknya juak-juak Pas dah pandai melawan & menghina ‘ulamak’ mereka sendiri yea?


Misteri nusantara sungguh dengan sikap juak-juak Pas yang bagaikan sudah mabuk & tenggelam terpesona dengan lenggok tarian propaganda Anwar yang kononnya bakal membuka jalan menuju Putrajaya.


Agaknya zaman berimamkan negara berkebajikan sekarang ini, slogan taat pada kepimpinan ‘ulamak’ sudah mencapai expired date barangkali.


Semua kenyataan politik serta larangan jangan mengutuk ‘ulamak’ & haram menentang ‘ulamak’ yang sering dipalitkan terhadap UMNO sebelum ini nampaknya sudah dibakul sampahkan oleh pemimpin & penyokong Pas demi dek kerana terpedaya dengan sinar gemilau kuasa ciptaan Anwar.


Satu demi satu pemimpin Pas pernah yang pernah diberi jolokan sebagai ‘ulamak’, kini sama ada jatuh tersungkur ataupun di hina & ditentang.


Ironik sungguh peel perangai juak-juak Pas, satu demi satu kahak & air liur dijilat kembali.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Pukul Isteri: Ada laporan Polis Terhadap Badrul Amin?

February 28, 2012


badrulkhalwat[1]


Semasa penulis merayau-rayau dari blog ke blog sekejap tadi, terjumpa pendedahan terbaru melibatkan satu laporan polis yang di buat oleh seorang pengadu pada tahun 2005.


Laporan polis tersebut menyebut perihal seorang wanita bernama Aishah Binti Abu Bakar telah mengadu berkenaan penderaan fizikal yang dilakukan oleh seorang suami yang bernama Badrul Amin Bahron.



Penulis tidak pasti samaada Aishah Binti Abu Bakar ini adalah isteri pertama Badrul Amin yang sama-sama menemaninya di pejabat JAIP semalam ataupun orang lain atau mungkin juga isteri lama yang telah diceraikan.


Setakat carian internet yang penulis perolehi, nama isteri pertama Badrul Amin ialah Zumrah, cuma tidak diketahui samada itu nama betulnya atau sekadar nama panggilan. Banyak yang perlu dirungkai untuk menjawab persoalan ini.


Kadang-kadang risau juga kot ada malaun PKR sengaja nak divert isu maka sengaja di sebarnya laporan polis palsu (edit) kepada para bloggers UMNO kemudian bloggers UMNO pula pickup laporan polis itu untuk dijadikan isu dalam penulisan masing-masing tanpa menyedari ianya mungkin perangkap oleh PKR.


Misal kata kalau laporan polis tahun 2005 yang tersebar sekarang ini asal usulnya memang benar datang dari dalam kem PKR atau Pas, adalah lebih baik diselidik rapi dahulu.


Bukan apa, setakat yang penulis tahu, modus operandi budak-budak Pas dan PKR bilamana gagal mempertahankan kebobrokan tingkah laku & kelemahan pemimpin & parti mereka, acapkali mereka akan mencipta sesuatu ‘info’ untuk di suakan kepada blogger UMNO dengan harapan bila ia di apungkan dalam dunia maya akan backfire pada UMNO pula.


Di bawah ini pula ialah print screen perkembangan terbaru jentera cyber PKR & Pas sedang merangka strategik dalam usaha mereka untuk mempertahankan Badrul Amin untuk menyelamatkan imej PKR & PR.



(Sumber print screen dari Parpukari)


Tapi katakanlah kalau betul laporan polis tahun 2005 tersebut memang sah dibuat oleh isteri pertama Badrul Amin automatik alasan Badrul Amin kononnya sedang membantu & memberi kaunseling kepada isteri orang yang kerap di pukul suami akan menjadi macam cerita ibu ketam nak mengajar anak ketam berjalan lurus la jawabnya.


Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut isu laporan polis tahun 2005 ini untuk mengetahui status kebenarannya.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Yang Khalwat Arah Cuti, Yang Liwat Nak Dilantik Perdana Menteri

February 27, 2012


badrulamin2-feb26


ITULAH dia pun keadilan mengikut fahaman PKR. Kalau yang khalwat tu diarahkan bercuti dan bersih nama, sedangkan yang meliwat dan melanggan pelacur China (lengkap dengan video) nak diangkat mereka menjadi Perdana Menteri. Jauh kata nak disuruh bercuti, makin galak lagi ada.


Ini yang kita perlu elakkan dengan menidakkan hasrat puak-puak ini daripada menjadi pemerintah negara kita. Jelas sangat bahawa Anwar bakal jadi The Untouchable. Dia akan bebas berbuat sesuka hatinya dan memerintah ala-ala diktator gitu.


Buktinya, dengan apa yang terjadi pada dia dan Badrulamin sekarang, dua-dua pun pernah ada skandal seks yang menggegarkan tapi dalam kes Anwar dia diangkat macam wali dan bakal Perdana Menteri, yang Badrulamin disuruhnya bercuti.


Penulis merujuk hal Badrulamin diarah bercuti lanjutan dari kenyataan Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar petang semalam. Ini satu masalah juga, seolahnya Menteri Besar Selangor adalah seorang OKU yang bisu sehingga nak bercakap pun kena ada Sekretariat.


Mentang-mentanglah Badrulamin tidak berjawatan tinggi dalam parti, bertanding pilihanraya pun kalah dan hanya pegang jawatan Ketua Penerangan PKR Selangor (itupun lantikan), kenapa tindakan berbeza diambil pada keduanya?


Kalau nak ikutkan, kes Badrulamin lagi ringan dari Eli yang tertangkap bermukah dengan suami orang (ada bukti gambar). Tawar diri untuk letak jawatan ADUN pun ditolak PKR, manakala suami orang yang jadi pasangannyanya dihantar ke Batam, Indonesia, semua perbelanjaan ditanggung dan apa segala.


Tapi Badrulamin diarah bercuti sambil menghadap kes khalwat ini sendiri-sendiri.


Masuk akal ke? Walhal kalau nak dibezakan, apalah sangat hal khalwat dengan bini orang dibanding dengan meniduri pelacur dan meliwat buntut jantan? Khalwat je, bukan zina pun.


Sekarang pun bersepah blog pembangkang yang memandang rendah soal khalwat ini


Lagipun Anwar sudah kata dalam soal undang-undang lapuk ini, apa yang berlaku dalam bilik tidur orang, itu bukan urusan dia atau kerajaan dimana dia akan mengetuainya untuk ambil tahu mengenainya, Tidakkah itu sudah jelas?


Badrulamin sahaja yang mendahului zaman, belum sempat Anwar laksanakan apa yang dia sebut di atas, Badrulamin sudah mula dulu, gamaknya terlupa Anwar belum lagi jadi Perdana Menteri.


Apa pun ini perkembangan menarik. Kemana sudahnya nasib isteri orang yang dikaitkan dengan Badrulamin nanti pun menarik untuk dijejak juga. Mungkinkah peristiwa Sabu-Norma akan berulang dengan Badrulamin – **** ini?


Bilik hotel apa nombor ya? 121 jugak ke?


Penulis gesa, tolaklah PKR, parti yang tidak ada moral ini. Negara kita dan negeri kita lebih stabil dibawah UMNO/Barisan Nasional. Kita dah buktikan itu lebih 50 tahun dan apa pun masalah yang timbul, berjaya diselesaikan dengan baik.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Pak Amin Dan Cerita Telaga


pak amin dan cerita telaga


PAK Amin ada telaga. Dari satu dah bertambah dua, cuma telaga yang baru diambil dari orang yang sudah tidak mahukan telaga itu lagi. Ibarat jandalah, tapi ini cerita telaga.


Satu telaga Pak Amin, tujuh kaki dalam, satu lagi telaga tak berapa dalam, dua kaki saja khabarnya. Dengan telaga-telaga ini cukuplah untuk bekalan air Pak Amin dan juga ‘membuang air’ oleh Pak Amin juga.


Tapi tak tahu kenapa, 2 telaga yang ada tidak cukup untuk bekalan air dan paling penting ’membuang air’ Pak Amin. Puncanya, setelah Pak Amin ternampak telaga baru, tapi telaga itu orang yang punya, belum dilepaskan hak milik lagi.


Pak Amin cukup berminat dengan telaga baru itu. Bentuknya macam telaga lain juga tapi dalamnya tu, dalamnya tu mungkin lebih sikit dari telaga-telaga yang Pak Amin ada. Gamaknyalah, sebab Pak Amin nampak dari jauh saja, nak mencuba lihat ke dalam, takut tuan punya telaga marah.


Tapi Pak Amin tidak putus harapan, dia masih pasang impian untuk lihat telaga dalam mana sebelum buat keputusan membelinya atau merampas dari tuannya kalau perlu. Kebetulan Pak Amin dapat tahu, telaga itu selalu beri masalah pada tuannya, kadang-kadang ada air, kadang-kadang sengaja dikeringkan – protes.


Pak Amin tahu, kalau dia dapat telaga itu, dia akan pastikan airnya penuh sentiasa, itu azam Pak Amin.


Dipendekkan cerita, pada satu hari Pak Amin mendapat peluang. Tuan punya telaga tidak kelihatan dimana-mana, mungkin ada urusan perniagaan atau ’pungut’ buah di dusun. Pak Amin tidak lengah untuk ambil peluang, pukul 3 pagi adalah masa yang sesuai untuk Pak Amin menjengah telaga baru, walaupun masih milik orang.


Malang untuk Pak Amin, sedang leka mengukur kedalaman telaga, tiba-tiba tuan punya telaga datang bawak kawan-kawan. Tidak cukup dengan kawan, ada juga pihak jabatan kerajaan sebab kata tuan telaga, Pak Amin ceroboh telaganya, seterusnya langgar undang-undang.


Pak Amin pulak tak sempat nak capai yang lain melainkan tuala, itu pun ambil masa setengah jam untuk Pak Amin keluar dari telaga,


Terkebil-kebil Pak Amin bila ditangkap sedang mengukur dalam telaga orang punya. Mana Pak Amin nak letak muka, orang sudah nampak Pak Amin bukan macam orang Melayu tapi orang Arab sebab dia tidak bahasa dirinya SAYA tapi ANA, KAMU tapi ENTE. Kejadian macam ini sudah tentukan malukan dirinya seolah-olah kebulur telaga, dah ada 2 pun masih nakkan orang punya.


Satu kampung mengutuk Pak Amin kerana ceroboh telaga orang. Pak Amin, Pak Amin. Tapi Pak Amin masih tenang, dia cakap, tak apa ceroboh telaga orang, bukan ceroboh telaga jantan macam Pak Penghulu buat.


Pulak dah!!!!!!!!


Dipetik daripada : www. mykmu. net


p/s cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia