Tuesday, April 24, 2012

Ceramah "Aqidah" Oleh Ustaz Norazman di Surau An-Nur, Kampung Panchor

20 April 2012, Seremban : Satu ceramah agama dengan tajuk "Konsep Aqidah" telah diadakan bertenpat di Surau An-Nur, Kampung Panchor. Program ini merupakan program anjuran Jawatankuasa Surau An-Nur di Kampung Panchor.

Program ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Hj Norazman bin Amat, Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 8.00 malam hingga ke jam 9.15 malam. 

Turut hadir sama di dalam program ini ialah YBhg En Abd Manaf Ujang, Pengerusi JKKK Kampung Panchor, Tuan Nasuldin Karim, Imam Surau An-Nur dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Ketua Penerangan UMNO Panchor.

Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program tersebut berlangsung.


Ustaz Norazman ketika mengimamkan Solat Maghrib


Ustaz Norazman, ketika sedang menyampaikan ceramahnya
Mendengar dengan khusyuk
Pelbagai iktibar yang boleh direnungkan

 Disediakan oleh : EDITOR