Thursday, May 24, 2012

Program Komuniti LPPKN Bersama Exxon Mobil


20 Mei 2012, Seremban : Satu program komuniti LPPKN bersama Exxon Mobil telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Pancor. Program ini turut melibatkan kerjasama JKKK Kampung Pancor. 

Program ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng. Turut hadir ke program ini ialah Tuan Abd Manaf Ujang, Pengerusi JKKK Kampung Pancor, Tn Hj Hasan Sulan, Ketua Umno Cawangan Pancor dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Ketua Penerangan UMNO Pancor.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR