Wednesday, July 23, 2014

Tiba-Tiba Hari Ini, Najib Umumkan Rosmah Mansor Sebagai Menteri Besar dan Menteri Kabinet!

22 Julai 2014 

Apa yang tidak dikata kepada Rosmah Mansor?

Apabila PERMATA diberikan peruntukan, dikatakan Rosmah menggunakan peruntukan tersebut untuk berjoli katak. Kononnya Rosmah menggunakan setiap sen daripada peruntukan berkenaan untuk hidup bermewah-mewah, bahkan hidup seperti ahli sihir di dalam kolam coklat. Apabila ada orang Melayu yang naik dalam bidang korporat, dikatakan itu adalah kerja Rosmah Mansor dan Rosmah Mansor sebenarnya Perdana Menteri Malaysia, bukan Najib Abdul Razak.

Allah Taala Maha Kaya dan Maha Adil. Ditunjukkan-Nya siapa sebenar yang bercakap dengan lidah bercabang dan ditunjukkan juga siapa sebenarnya yang menyerupai apa yang dikatakan kepada Rosmah Mansor.

Khalid Ibrahim cuba dilucutkan jawatannya oleh Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim cuba berlagak sebagai Sultan Selangor. Khalid Ibrahim yang merupakan anak Selangor, dinafikan haknya dan orang luar seperti Anwar Ibrahim cuba mencatur pentadbiran negeri dengan ancaman akan menggunakan kuasa majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor untuk menghapuskan institusi atau kepentingan DYMM Sultan Selangor.

Keputusan dan pengabsahan seseorang sebagai Menteri Besar Selangor hanya datang daripada perkenan DYMM Sultan Selangor. Tanpa perkenan Sultan Selangor, Anwar Ibrahim sendiri pun tidak dapat menjadi Menteri Besar Selangor.

KAJANG MOVE sebenarnya dari awal lagi telah diketahui sebagai cubaan Anwar Ibrahim untuk berkuasa buat kali terakhir dengan menjadi Menteri Besar Selangor. Namun Kajang Move tidak kesampaian apabila Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan dia dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Dari awal lagi, Anwar Ibrahim dan konco-konconya seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Azmin Ali cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim. Namun halangan terbesar mereka adalah DYMM Sultan Selangor. Nama Azmin Ali tidak diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor kerana perangai tamak haloba serta serakahnya. Wan Azizah pula, sangat lemah,tidak ada pendirian, selain hanya merupakan seorang pelakon yang diarahkan oleh suaminya.

Apakah para penyokong Pakatan Rakyat khususnya PKR, masih mahu bercakap tentang kroni?

Rosmah Mansor dicela kerana menaungi PERMATA yang diberikan peruntukan sebanyak RM110 juta. Bagaimana dengan tindakan Anwar Ibrahim melantik isterinya sendiri? Bagaimana dengan RM2.5 bilion yang telah diusahakan oleh Khalid Ibrahim berdasarkan kepada kerja-kerja kerajaan Barisan Nasional dahulu?

Tidakkah Wan Azizah dan tindak tanduk Anwar Ibrahim jauh lebih kroni daripada sesiapa sahaja yang dituduhnya? Dan tidak sahaja kroni, bahkan cuba pula merampas, merompak dan menjarah duit rakyat menerusi perlegaran kuasa di kalangan ahli keluarganya semata-mata.

Bayangkanlah… tiba-tiba Najib Abdul Razak mengumumkan isterinya Rosmah Mansor sebagai Menteri Besar bagi mana-mana negeri yang dikuasai oleh UMNO!

Bayangkanlah… tiba-tiba Najib Abdul Razak mengumumkan isterinya, Rosmah Mansor sebagai salah seorang Menteri Kabinet atau Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen mana-mana Kementerian.

Bayangkanlah… tiba-tiba Najib Abdul Razak memberi alasan, perlantikan Rosmah Mansor sebagai kaedah untuk memantapkan parti dan memudahkan perjuangan seperti alasan-alasan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim.

Agak-agaknya apa yang akan dikatakan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Monday, July 14, 2014

DAP Nak Bangga Apa, Ada Melayu Sokong Komunis Pun!!!

15 Julai 2014

pimpinan_markas_besar

KEBELAKANGAN ini DAP lancar kempen propaganda untuk mempotretkan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum dengan mewar-warkan kemasukan orang Melayu ke dalam parti tersebut – seolah-olahnya selain cina, hanya Melayu saja kaum lain di Malaysia ni.

Malaysia ada berpuluh etnik tapi politikus DAP faham kalau nak nampak pelbagai kaum, mesti Melayu saja (selain cina).  Yang dia kalah di Teluk Intan hari itu pun pasal letak calon Melayu, lupa agaknya.

Apa pun pedulilah sebab kita tahu budak-budak Melayu yang diarak DAP masuk parti tersebut adalah penyokong PKR – parti yang tidak ada halatuju politik melainkan menyokong punggung Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri, tak kira apa nak jadi.

Yang penulis nak tegaskan disini ialah, janganlah sesiapa rasa terancam dengan propaganda yang semacam ini sebab kalau kita lihat sejarah, Melayu bukan setakat pernah sokong DAP saja, ada yang pernah sokong komunis pun!!

Orang Melayu sokong komunis ni kira kemuncak segala kejahilanlah sebab fahaman komunis tolak agama, tolak bangsa, semua orang sama taraf (walaupun anggota Politbiro kaya raya), harta pun negara punya.

Jadi nak hairan apa depa masuk DAP?

Cakap pasal itu (komunis), kelihatannya DAP guna pendekatan sama macam komunis dalam soal rekrut orang Melayu.  Kalau zaman-zaman 40-an dan 50-an dulu, komunis gemar sasar Melayu yang ada latar belakang agama untuk menyertainya sebab itulah kelompok berpengaruh dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.

Melayu yang jadi sasaran DAP hari ini pun ikut latarbelakang yang dia percaya boleh pengaruh Melayu lain untuk sokong parti tersebut. Antaranya professional, kalau perempuan tu mesti muda, ‘menonjol’ dan cantik.  Nenek-nenek baya Tunku Aziz yang DAP tipu dulu, kalau nak  masuk DAP hari ini, masuk diam-diamlah, jangan harap dapat cover muka depan.

Bukan nak kata DAP tu komunis tapi sekadar nak tunjuk strategi yang digunakan sama, cuma latarbelakang Melayu yang dibawa masuk tu saja disesuaikan dengan masa dan zaman.

Sebetulnya, untuk makluman semua, takde bezanya pun Melayu masuk PKR, masuk DAP atau masuk PAS.  
Tiga-tiga parti ini dakwa parti berbilang kaum dan bergabung dibawah komponen yang sama – Pakatan Rakyat.

Realistiknya, PAS mungkin ada beza sikit sebab dalam kata berbilang kaum, tak nampak lagi PAS perjuang kuil hindu atau tokong buddha, hardcorenya masih Islam lagi.  Tapi lain dari itu, PAS sering jadi pak turut kepada DAP dan PKR, maklumlah dari segi kerusi parlimen depa yang paling corot sekali.

Logiknya, separuh dari rakyat negara ini adalah Melayu/Bumiputra, setakat berapa kerat yang diheboh-hebohkan sangat ni tak cukup nak kata DAP tu berbilang kaum.  ‘Tak cukup’ kira bahasa berlapik, kalau betul betul drill peratusan dan angka, hampir tidak ada.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Demi Bebaskan Penjenayah, DAP Akan Lakukan Apa-Apa Sahaja

15 Julai 2014

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy terus mencipta permusuhan dan cuba mewujudkan kebencian di kalangan masyarakat India kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang seperti polis.

P.Ramasamy sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa PDRM perlu dibubarkan kerana PDRM mewakili orang Melayu-Bumiputera yang membela kerajaan sedia ada yang dikuasai oleh UMNO-BN.

Setiap kali melibatkan penjenayah berbangsa India, setiap kali itulah P.Ramasamy akan berlagak seolah-olah dia adalah PADAYAPPA. Bersama-sama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, termasuklah N.Surendran dan Latifah Koya dari PKR, P.Ramasamy meletakkan sepenuh kesalahan kepada PDRM kerana menangkap suspek-suspek jenayah berbangsa India.

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila, P.Ramasamy pernah mendesak agar Ketua Polis Negara meletak jawatan kerana menangkap 7 orang lelaki India dari Sri Lanka yang disyaki militan Tamil Eelam dengan salah seorang daripada mereka adalah pakar bom.

Beberapa hari selepas penangkapan berkenaan, P.Ramasamy muncul dengan mencabar Muhyiddin Yassin agar mencetuskan semula 13 Mei kerana ‘dia tidak takut’.

Kini, P.Ramasamy cuba menggambarkan bahawa dia membela masyarakat India daripada polis dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk memantau dan mendedahkan tentang kematian tahanan di dalam lokap polis.

Jawatankuasa yang diketuainya sendiri itu turut dianggotai oleh Dr. Afif Bahardin yang juga merupakan penjilat paling tegar Anwar Ibrahim dan Jagdeep Singh Deo yang merupakan anak Karpal Singh yang sedang mencari nama dalam bidang guaman dengan kes-kes berprofail tinggi.

Konon-kononnya jawatankuasa peringkat negeri Pulau Pinang tersebut sangat mengambil berat tentang apa yang berlaku dalam lokap polis. Namun pada masa yang sama, orang-orang seperti P.Ramasamy, Dr. Afif Bahardin mahupun Jagdeep Singh Deo langsung tidak bersuara atau menyatakan pembelaan terhadap anggota-anggota polis yang terkorban bagi membolehkan orang seperti mereka terus berpolitik dan hidup bebas sehingga ke tahap mencipta kekacauan.

Seringkali juga kita akan mendengar bahawa anggota-anggota polis sudah digaji untuk melakukan kerja-kerja bahaya itu. Justeru, para peguam dan rasis tegar seperti P.Ramasamy tidak terhutang budi sedikit pun kepada institusi kepolisian. Sebaliknya yang perlu diambil berat adalah orang awam agar terlindung daripada keganasan polis.

Agak menarik ialah apabila definisi ‘orang awam’ diberikan kepada para penjenayah. Sedangkan para penjenayah yang seringkali berselindung di belakang kelincahan dan kelicikan lidah peguam seperti Jagdeep Singh Deo dan mendiang bapanya, Karpal Singh tidak pernah memberikan sebarang kebaikan kepada negara ini. Bahkan rakyat pula yang terpaksa menanggung segala apabila mereka mula ditahan di lokap, dibicarakan dan akhir sekali dihukum.

Walau bagaimanapun, apabila membabitkan nama-nama seperti P.Ramasamy, yang dibela cumalah penjenayah-penjenayah berbangsa India semata-mata. P.Ramasamy cuba memberikan gambaran bahawa orang India di Malaysia telah diperlekehkan dengan label atau status penjenayah. Disebabkan itulah, P.Ramasamy cuba memberikan tekanan kepada PDRM agar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penjenayah-penjenayah berbangsa India. Biarkan mereka berbuat apa-apa sahaja, dan jangan sesekali menahan atau menembak mati mereka selepas mereka menyerang pihak polis.

Itu sebenarnya yang dimahukan oleh P.Ramasamy!

Tidak ada negara yang terkecuali daripada kematian di dalam tahanan memandangkan kaum penjenayah mendapat kecederaan sebelum ditangkap dan ditahan oleh polis lagi. Bahkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang dipuja-puji oleh DAP juga mencatatkan kadar kematian dalam lokap tahanan yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

Melainkan sebenarnya P.Ramasamy cuba berlagak sebagai PADAYAPPA dan mahu terus menghasut orang India agar memulakan pergaduhan dan pertumpahan darah dengan orang Melayu dan pihak berkuasa di negara ini, seharusnya manusia seperti P.Ramasamy tidak perlu wujud di negara ini walau atas alasan apa sekalipun.

Apatah lagi dia sememangnya mempunyai pertalian dengan Tamil Eelam!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Tradisi Pengaman Malaysia

14 Julai 2014

Daripada Muin Abdul Majid

MARAKAH (LUBNAN), 14 Julai — Perjalanan darat dari ibu negara Lubnan, Beirut, ke sini mengambil masa kira-kira dua jam merentasi kawasan luar bandar yang dipenuhi kebun pisang, ladang oren dan buah zaitun yang tumbuh subur.

Sepanjang perjalanan menuju ke selatan, blok pangsapuri dan rumah memenuhi kawasan bukit-bukit berbatu di satu bahagian manakala Mediterranean di bahagian yang lain.

Pos pemeriksaan tentera di sepanjang perjalanan menunjukkan keadaan keselamatan di selatan Lubnan yang bersempadan dengan Israel, yang regimnya dikutuk hebat kerana melancarkan serangan ganas terhadap sasaran di Semenanjung Gaza.

Laluan menjadi semakin sempit ketika perjalanan menyusuri kawasan yang berbukit sebelum kelihatan Kem Marakah, yang menempatkan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-1.

malbatt
Kem itu, yang menempatkan 850 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Pasukan Interim Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), sibuk dengan aktiviti menyambut Menteri Pertahahan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang akan melakukan lawatan sulung ke kem itu pada Selasa dan Rabu.


Hishammuddin akan berada di sini untuk meninjau secara dekat tugasan dan keperluan MALBATT 850-1, iaitu lawatan penyuntik semangat yang kebetulannya diadakan pada Ramadan.

Menurut jadual acaranya, selain Marakah, Hishammuddin dijadual melawat dua lagi kem di bawah Malbatt – Tibnin dan Shamrock.

Beliau dijangka menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anggota Malbatt 850-1, yang mandat di bawah UNIFIL bermula dari 23 Okt 2013 hingga 28 Sept 2014, dan menyampaikan sumbangan kuih raya sempena Aidilfitri hujung bulan ini.

Sempena lawatan itu, Monumen 1Malaysia di Dataran 1Malaysia Kem Marakah akan dirasmikan selain Hishammuddin dijadual mengunjungi markas UNIFIL di Naquora.

Anggota ATM menyambut Ramadan di bumi bergolak ini sama seperti mereka menyambut bulan mulia itu di Malaysia dengan bersahur dan menunaikan solat tarawih dan aktiviti agama lain di Masjid Kawkaba yang terletak dalam perkarangan kem.

Sebagai negara yang cintakan keamanan, Malaysia telah menghantar anggota tenteranya ke beberapa penjuru terpencil di dunia di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menjamin keamanan di kawasan-kawasan bergolak.

Malaysia bukan baru menyertai operasi pengaman PBB kerana ia pernah menghantar kontinjen tenteranya untuk menyertai pasukan pengaman di Kongo, Selatan Sudan, Sahara Barat serta Afghanistan, Bosnia dan Somalia.

Menurut Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hussein Hanif, Malaysia telah menyertai kira-kira 30 operasi pengaman PBB dengan penghantaran seramai 29,000 anggota sejak 1960.

Penglibatan ATM dalam UNIFIL bermula pada 2007 berikutan konflik antara pejuang Hezbollah dan Pasukan Pertahanan Israel antara Julai dan Ogos 2006 yang menyaksikan lebih 1,100 orang awam terbunuh dan 4,092 cedera.

Konflik selama 34 hari itu berakhir apabila Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi 1701, yang antara lain, menggesa badan dunia menghantar pasukan pengaman.

ATM kemudian menghantar tenteranya ke Lubnan di bawah misi Malcon, Malcoy dan Malbatt.
Hasil penggabungan Malbatt dan Malcoy pada Julai 2013, misi Malbatt 850-1 dari 23 Okt 2013 hingga 28 Sept 2014 di Lubnan diletakkan di bawah Sektor Barat UNIFIL.

Sebanyak 51 daerah di sektor itu diletakkan di bawah Malbatt 850-1 yang anggotanya juga merangkumi Angkatan Tentera Brunei.


Dipetik daripada : BERNAMA

Perlu Ramai Pemimpin Seperti Mahathir Untuk Bendung Kezaliman Zionis

14 Julai 2014

Keganasan dan kegilaan Regim Zionis bukan berlaku dalam sehari dua ini sahaja, namun kezaliman ini sudah melebihi 50 tahun dan dunia melihat bagaikan tiada kesudahan. Islam bukan sahaja dicabar malah lebih teruk dari itu, Islam dihina secara terang-terangan.

Persoalannya di mana suara Pemimpin Islam dunia? Persoalannya masih wujudkah istilah ‘keberanian’ pada diri Pemimpin Islam? Persoalannya untuk apa Liga Arab ditubuhkan?

Menurut sumber, saat artikel ini ditulis, angka kematian akibat bedilan roket dari regim Zionis ke atas Gaza sudah melebihi 150 nyawa terkorban dan ratusan lagi yang cedera parah termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa.

Penulis amat kagum dengan konsistensi Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang tidak pernah rasa gentar untuk menyelar Regim Zionis yang dilihat semakin hilang sifat kemanusiaan dalam diri mereka.

Apa yang terjadi pada Pemimpin Dunia Islam yang lain seperti Muamar Gaddafi, Hosni Mubarak dan Saddam Hussin sedikitpun tidak melemahkan semangat Tun Mahathir untuk bersuara mengkritik Israel secara terbuka. Bagi Tun Mahathir, strategi Yahudi menjatuhkan Pemimpin Islam yang bersuara lantang sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk menegakkan kebenaran di peringkat antarabangsa.

Keberanian Tun Dr Mahathir bukan sahaja dalam negaranya sendiri malah Ulama Dunia terkenal, Sheikh Imran Hossein menyatakan Tun Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Islam di dunia yang berani bersuara di peringkat antarabangsa.

Tegas Sheikh Imran lagi, Tun Dr Mahathir berani mengkritik Barat dan juga Yahudi tanpa rasa takut atau gentar demi menegakkan Islam.

Dunia tidak akan lupa Tun Dr Mahathirlah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana dibunuh seperti binatang oleh pengganas Serbia.

Dunia juga tidak lupa Tun Dr Mahathirlah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu.

“Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.

Ketika era Yasser Arafat, Tun Dr Mahathir pernah menangis ketika melawat “bunker” yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin. Beliaulah pemimpin Islam yang Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

Penulis teringat satu ketika Tun mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat sekutu Israel.

Penulis tertarik dengan pandangan pakar analisis politik dunia yang menganggap Mahathir merupakan seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.

Kini kita di Malaysia amat bersyukur kerana bukan sahaja Tun Dr Mahathir yang berani lontarkan suara supaya dunia ‘mendengar’, kita juga memiliki seorang lagi pemimpin yang cepat bertindak, terkini Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib Tun Abd Razak juga terus mengecam tindakan Zionis menceroboh dan menyerang Gaza tanpa peri kemanusiaan.

Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib terus menghantar bantuan kemanusiaan untuk membantu Gaza melalui wakil Biro Misi Kemanusiaan, Datuk Azeez Rahim, 50 orang Doktor bersiap sedia untuk ke Gaza. Ini adalah ‘suara’ yang amat jelas dari sebuah negara Islam yang kerdil yang tidak pernah putus-putus menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan ke seluruh dunia demi membawa mesej keamanan sejagat.

Penulis secara peribadi amat berbangga kerana kita mempunyai Pemimpin yang berjiwa murni dan melangkaui batasan politik demi kesejahteraan dunia Islam khasnya.

Dato Seri Najib juga telah menunjukkan rekod cemerlang dalam menjadi perantara atau orang tengah dalam menyatukan konflik di Filipina dan juga terbaru di Selatan Thai, penyatuan antara Islam dan bukan Islam.
Mudah-mudahan “Legasi Keberanian Tun M” kekal di bumi keramat ini. Mungkin kerana inilah maka Malaysia masih lagi Allah swt kekalkan keamanan walaupun diuji dengan pelbagai ujian dari anasir dalam dan luar negara.

Oleh : Riana Abd Aziz

Naifnya Rahman Dahlan Menilai Vincent Tan dan Francis Yeoh

14 Julai 2014

Malaysiakini melaporkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengkritik taikun perniagaan Tan Sri Francis Yeoh dengan memuji jutawan lain.

“Sekurang-kurangnya (Tan Sri) Vincent Tan berterima kasih terhadap Malaysia yang memberi banyak faedah kepadanya.

“Beliau tidak buat apa yang taikun lain buat baru-baru ini. Cheers!” tulisnya di Twitter.

rahman-dahlan


Walaupun tidak menyebut nama, Rahman dipercayai merujuk kepada Yeoh berhubung kenyataan berkaitan “kapitalisme kroni” di sebuah forum di mana beliau cuba menghapuskan tanggapan mendapat faedah daripada naungan bekas 
 perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.


Sungguhpun kita marah dengan Francis Yeoh, namun hakikatnya bukan beliau sahaja sudah lupa budi kerajaan Barisan Nasional.

Jika dilihat sumbangan Vincent Tan dalam mencemar imej Barisan Nasional jauh lebih besar dan kurang ajar berbanding apa yang dibuat oleh Francis Yeoh.

Vincent Tan membenarkan dan membiarkan akhbar The Sun membelasah kerajaan terutamanya kerajaan negeri Selangor di bawah BN sejak 2004 sehingga kejatuhan BN Selangor pada 2008.

The Sun juga merupakan akhbar yang sangat kritikal kepada kerajaan BN dan bersikap simpati kepada kerajaan negeri milik Pakatan Rakyat.

Dan akhbar ini diedarkan percuma melalui pembiayaan iklan-iklan syarikat di bawah Kumpulan Berjaya.

Justeru jika mahu dibandingkan kenyataan Francis Yeoh dengan perbuatan Vincent Tan, nyata sekali Vincent lebih banyak menyumbang kejatuhan BN berbanding Francis Yeoh.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Keganasan Di Sabah Akan Berterusan Kalau Kepala Talibarut Tak Ditangkap

14 Julai 2014

Jenazah-Koperal-Ab-Rajah-Selamat-Dikebumikan

PENULIS rasa ada cubaan pihak-pihak tertentu untuk memastikan serangan ke atas destinasi perlancongan di Sabah ini berterusan sehingga PRU14 yang akan datang.  Tak perlu sebutlah pihak yang mana satu, cukup kalau penulis katakan mereka adalah rakyat negara ini juga.

Nak perang terang-terang takut kena gantung, jadi kerjasama dengan gerila pemisah dari Filipina untuk buat onar di Sabah supaya diakhirnya pelancong tidak datang ke negeri itu, ekonomi merudum dan akhirnya orang ini datang konon macam penyelamat.

Strategi sama kita percaya digunakan di Sarawak, tapi bukan dengan keganasan, sebaliknya isu agama antara Islam dan Kristian.  Sebab itulah apa yang berlaku di Semenanjung tapi tidak kena mengena dengan di Sarawak, tetap dikaitkan juga sebab nak tanam kebencian rakyat ke atas kerajaan.

Tapi hari ini penulis nak tumpu pada apa yang berlaku di Sabah sekarang sebab sudah ada nyawa yang terkorban.

Rasanya kerajaan tidak boleh berlengah lagi.  Penulis percaya pihak berkuasa sudah pun mengenalpasti individu terbabit semasa peristiwa pencerobohan Lahad Datu lagi dan dengan kejadian Sabtu lepas, inilah masa yang sesuai untuk menahan orang ini.

Bukan apalah, rakyat rasanya dah taknak dengar lagi dah alasan ‘orang dalam’ setiap kali pencerobohan berlaku.  Kalau betul orang dalam, siapakah dia dan kenapa tindakan tidak boleh diambil sehingga kejadian ini masih berterusan?

Nak bagi muka sampai bila dan berapa nyawa anggota polis nak terkorban baru tindakan nak diambil ke atas orang ini.

Sekarang ini kalau Google Pulau Mabul masih lagi keluar gambar batu karang dan pemandangan yang cantik, jangan esok bila Google Pulau Mabul, keluar gambar perut terburai kena tembak!!  Sebab itu penulis katakan cepat ambil tindakan.

Kalau masalahnya bukti tak cukup (walaupun tahu dia terlibat), kita ada undang-undang anti keganasan seperti SOSMA.  Undang-undang ini patut digunakan untuk mengambil tindakan ke atas kepala talibarut yang dah tak peduli negara ni terlungkup asalkan cita-cita politiknya tercapai.

Begitupun berhati-hati sebab ada kebarangkalian kejadian di Sabah ini hanyalah satudiversion kepada peristiwa besar yang lebih buruk lagi.    Tapi penulis yakin pihak keselamatan kita tahu apa yang nak dibuat.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Lebih Ramai DYANA SOFYA dan RARA OTHMAN Akan Direkrut DAP Demi PRU-14

14 Julai 2014


DAP sedang melaksanakan rancangan mereka secara tersusun. Kalau dahulu, DAP mengamalkan sikap membenci Melayu-Bumiputera, tetapi setelah keputusan PRU-12 dan PRU-13, DAP sedar, untuk mereka menguasai Malaysia, DAP memerlukan Melayu dan Bumiputera.

Masyarakat Cina dianggap sudah solid menyokong DAP. DAP tidak gusar langsung dengan masyarakat Cina. Sebahagian daripada masyarakat India pula, cukup sekadar memuji mereka dan kelihatan seperti memperjuangkan mereka, maka India akan menyokong DAP. Yang menjadi masalah kepada DAP sekarang adalah Melayu.

Walaupun DAP bekerjasama dengan PKR dan PAS, namun DAP mempunyai perancangannya yang tersendiri. Berkongsi kuasa dengan PKR yang serba tidak menentu merupakan risiko besar. Begitu juga dengan kerjasama dengan PAS. Walaupun DAP bermanis muka dan mulut dengan PAS, hakikatnya PAS tidak dipercayai oleh DAP. Apatah lagi, pada tahun 1969, PAS pernah menyertai Barisan Nasional, bahkan Barisan Nasional wujud kerana penyertaan PAS.

Golongan tua bukanlah sasaran DAP. DAP membuat perancangan jangka panjang. Golongan tua atau golongan yang berusia lebih 40 tahun dilihat sebagai golongan tegar UMNO dan Barisan Nasional. Bagaimanapun, golongan sasar iaitu golongan di bawah 30 tahun, mempunyai  lebih banyak ruang untuk DAP menusukkan agenda, hasutan dan putar belit yang lebih besar.

Dyana Sofya yang dijadikan calon DAP untuk PRK Teluk Intan baru-baru ini merupakan ujikaji terbaik DAP. DAP berjaya mewujudkan daya pesona untuk menarik sokongan golongan muda Melayu kepada parti tersebut yang pernah dipalit sejarah hitam apabila terlibat sepenuhnya dalam tragedi 13 Mei 1969. 

Walaupun kalah di Teluk Intan, DAP berjaya mewujudkan satu fenomena yang belum pernah berlaku selama ini.

Justeru, DAP memperbaiki keadaan tersebut. Lebih banyak Melayu muda lain yang cantik, jelita, profesional dan mempunyai daya tarikan direkrutkan sebagai bakal pemimpin DAP. Walaupun  mereka tidak akan sama sekali berada dalam hierarki kanan DAP kerana keseluruhan tampuk kepimpinan DAP dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim dan konco-konco mereka, Melayu-Melayu muda seperti Dyana Sofya dan seorang lagi ‘bintang baru’ DAP, Shefura Othman bakal disusuli oleh lebih ramai anak-anak muda Melayu profesional lain yang juga berfikiran liberal.

Ditambah pula dengan keaktifan DAP mendaftarkan ahli-ahli baru di kalangan anak-anak muda Melayu dan pada masa yang sama, turut mendaftarkan mereka sebagai pengundi, ancaman tersebut akan menyusahkan UMNO dan Barisan Nasional yang sehingga kini masih lagi leka dan seolah-olah tidak dapat memikirkan kaedah terbaik untuk memantapkan parti selain terus bersikap retorik dan sambil lewa seperti sekarang.

Dalam keadaan sekarang di mana DAP menggunakan masa selama tiga tahun ini dengan sebaik-baiknya untuk menambah keahlian baru di kalangan ahli-ahli Melayu muda, sudah sepatutnya para pemikir di dalam UMNO dan Barisan Nasional mula mengorak langkah mencari jalan untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya memantapkan sokongan kepada parti. Corak dan kaedah politik yang diamalkan oleh Barisan Nasional sekarang ini, sudah jauh ketinggalan. UMNO dan Barisan Nasional perlu berpolitik secara aktif agar DAP tidak menukar catatan sejarah tentang 13 Mei 1969 dengan menyalahkan UMNO seperti yang dilakukan oleh penulis mereka, Kua Kia Soong memandangkan sejarah ditulis oleh pihak yang menang.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Insiden Pulau Mabul : Polis Wajar Siasat Guan Eng, Mungkin Jadi Talibarut

14 Julai 2014

IMG-20140713-WA0012

MEMBACA kenyataan Guan Eng yang mengaitkan rasa hormat pengganas Filipina dengan Perdana Menteri dalam insiden berbalas tembakan di Pulau Mabul kelmarin, penulis sebetulnya tak tahu nak beri reaksi yang macam mana atas kenyataan tersebut.

Kalau ‘bodoh’ itu boleh dikatakan satu reaksi, maka penulis pilih yang itu.

Sebab nampak sangat Guan Eng bercakap macam orang takde otak.  Pertama, dengan apa hal pulak pengganas dari Filipina nak hormat pada Perdana Menteri negara kita?  Kedua, apa kaitan hormat dalam insiden ni?  Dah nama pun pengganas, apa kira hormat, menghina, baling kasut dan sebagainya?

Apa yang berlaku di Pulau Mabul ini adalah satu insiden yang menggugat kedaulatan negara.  Rasa hormat kepada Perdana Menteri seperti yang disebutkan Guan Eng, tidak ada kaitan langsung dengan insiden tersebut.

Menteri Dalam Negeri sendiri percaya insiden ini ada kaitan dengan kejayaan pasukan keselamatan Malaysia menyelamatkan seorang Pengurus kolam ikan sangkar yang diculik pengganas tersebut beberapa bulan lepas.

Kalau Guan Eng ada maklumat yang lain dari itu, bekerjasama dengan pihak polis, bukan buat kenyataan yang hanya menunjukkan diri tu kurang cerdik.

Bagaimanapun, untuk berlaku adil kepada Guan Eng, mintalah mana balaci pembangkang untuk jelaskan disini logik disebalik kenyataan Guan Eng itu sebab penulis dan ramai lagi orang di luar ni tak faham.

Sementara itu, mana rakyat Sabah yang mengundi DAP dulu, sila tengok balik kenyataan Guan Eng ini.  Jelasnya, semua benda pun Guan Eng nak politikkan waima dalam hal yang menyentuh keselamatan negara, apatah lagi ada anggota polis yang terkorban dan hilang dalam insiden Sabtu lepas.

Nampak sangat tak sensitif dengan kejadian yang berlaku.

Bagi rakyat Malaysia yang lain, penulis cuma nak kata, inilah dia yang kononnya nak menjadi pemimpin negara.  Cakap hanya ikut kepala lututnya saja, bukan guna akal.

Dalam masa yang sama penulis berharap Guan Eng disiasat polis lanjutan dari kenyataan itu.  Penulis tak kata Guan Eng talibarut pengganas Sulu Filipina, tapi nampak macam dia tak peduli kedaulatan negara ini kena ceroboh dan nyawa anggota polis yang melayang.

Selain itu, kenyataan Guan Eng ini boleh juga diumpamakan seperti merestui pencerobohan tersebut sebab sebagai rakyat Malaysia (bukan rakyat China), dia seharusnya utamakan negara ini, bukan jadikan insiden tersebut untuk serang Perdana Menteri dan perlekeh nyawa polis yang terkorban.

Disediakan oleh : EDITOR

Wednesday, July 09, 2014

Kemelut MB Selangor, Tiba-Tiba Azmin Bersuara !!

9 Julai 2014 

khalid-azmin
BANYAK hal berlaku dalam PKR kebelakangan ini, hampir semuanya dikaitkan dengan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.   Antara paling menonjol, salah laku dalam pemilihan, insiden pecah kepala, blackout dan sebagainya.

Tapi, walaupun begitu, Ahli Parlimen Gombak ini ambil sikap kunci mulut, macam takde apa yang berlaku.

Sebaliknya, dalam kecoh-kecoh Khalid Ibrahim nak disepak keluar dari pejabat Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Azmin buka mulut, minta semua pihak agar berhenti membuat spekulasi tentang perkara tersebut dan menumpukan kepada pembangunan negeri!!

Menariknya, entah siapa yang Azmin minta berhenti buat spekulasi sebab setahu kitalah, semua kekecohan ini berasal dari Pakatan juga. Lepas sorang, sorang pemimpin PAS, DAP dan PKR buat kenyataan hentam Khalid secara terbuka, antaranya Khalid Samad, Tony Pua dan Rafizi Ramli – termasuk minta Khalid letak jawatan secara terang-terangan.

Apa pun, yang menjadi musykil di kepala sekarang kenapa dalam hal ini Azmin bersuara?  Adakah soal Khalid nak kena letak jawatan ini sudah semakin hampir menjadi kenyataan atau dalang disebalik semua ini (iaitu dia sendiri) semakin hampir didedahkan?

Maka itu awal-awal buat kenyataan selamat diri sendiri dulu.

Tapi bagi yang sangka dengan ‘nasihat’ Azmin ini polemik berkaitan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan terhenti, boleh lupakan saja.  Penulis berani katakan, polemik ini akan semakin berpanjangan selepas ini.

Sebab kita tahu Khalid Ibrahim sedang atur serangan balas.  Ikut laporan, Khalid sedang melihat kepada beberapa GLC milik kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh/atau orang yang ada hubungkait dengan Azmin – sama ada dari segi kakitangan atau kontraktor yang ada kaitan dengan GLC terbabit.

Ikut sumber, inilah orang-orang sama yang Khalid percaya menguatkan kedudukan Azmin di Selangor hari ini baik dari segi pengaruh mahupun kewangan –  walaupun tanpa sebarang jawatan rasmi dengan kerajaan negeri.

Bila orang-orang ini disentuh, disitulah kebarangkalian nama Azmin terdedah.  Sebab itulah awal-awal buat kenyataan selamat diri dulu.

Apa pun, dalam polemik ini, rakyatlah paling terkesan.  Sementara 2 ekor ini bergaduh, krisis air di negeri tersebut semakin tidak dapat dielakkan kerana tidak ada siapa yang nak ambil tanggungjawab.  Silap-silap, sembahyang raya tahun ini guna tayamum saja.

Undilah lagi.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

"The Edge" Salah Lapor, Ada Pula Yang "Menangguk Di Air Yang Keruh"?

8 Julai 2014 - Sebetulnya di mana-mana bulan sekali pun, seluruh umat Islam di dunia sewajarnya menghindari diri dari memfitnah atau perkara-perkara yang melibatkan syubhah. Apatah lagi di bulan Ramadhan, kita sewajarnya menjaga diri dari melakukan dosa seperti itu, bukan?Selain dari melaporkan kebenaran, etika kewartawanan juga perlu dijaga.

Namun, lain pula dengan akhbar “The Edge Malaysia” dan seorang blogger tersohor berbahasa Inggeris yang baru-baru ini menyiarkan artikel yang disifatkan tidak tepat. Tidak perlulah dinyatakan blog yang mana, perlu juga dijaga aibnya di khalayak ramai.

“The Edge” secara tiba-tiba telah menyiarkan sebuah artikel tentang sebuah syarikat GLC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Khazanah Nasional Bhd, kononnya syarikat berkepentingan kerajaan itu akan membeli kepentingan pelabur Timur Tengah dalam empat syarikat.

Khazanah dituduh akan membeli kepentingan dalam empat syarikat itu termasuk Medini Iskandar Malaysia, dengan nilai pembelian RM3 bilion, hanya berdasarkan sumber tidak rasmi atau lebih layak disifatkan sebagai “cakap-cakap kedai kopi”.

Lebih memburukkan keadaan, artikel “The Edge” tersebut telah dijadikan bahan rujukan blogger berkenaan untuk menghina pengurusan tertinggi syarikat GLC itu dengan pelbagai gelaran yang menghina dan tidak sedap didengar.

Saya tidaklah mengatakan diri saya sempurna. Namun saya cuba perbaiki diri saya untuk tidak menggunakan kata-kata kesat dari masa ke masa memandangkan tindakan sebegitu tidak dianjurkan Islam dan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang dihina.
Khazanah PC Iskandar Msia
Apa yang boleh kita peroleh dengan menggelar orang lain sebagai “monkeys” selain dosa percuma? Sebagai blogger berpengaruh, blogger tersebut sewajarnya menunjukkan contoh yang baik untuk diikut oleh penulis-penulis seperti saya, bukan?

Khazanah dalam kenyataannya yang terkini telah menegaskan bahawa segala fakta dan dakwaan “The Edge” itu tidak tepat dan salah. Malah maklumat dari “sumber” tersebut dikatakan sudah lapok!

Timbalan Presiden Khazanah, Mohd Asuki Abas dalam kenyataannya yang hari ini disiarkan oleh “The Edge” menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang disampaikan “sumber” itu sekaligus menjadikan tohmahan yang dilemparkan itu seolah-olah layak dikategorikan sebagai fitnah.

Mungkin atas rasa bersalah, “The Edge” menyiarkan penafian tersebut sebagai timbal balas pada kesilapan dari sudut etika kewartawanan khususnya melibatkan sebuah GLC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Persoalannya, sanggupkah blogger yang menyifatkan Khazanah sebagai “cacat”, “dungu” dan menggelar mereka sebagai “monyet” itu menyusun sepuluh jari memohon maaf atas ketelanjurannya menghina mereka berdasarkan laporan yang tidak sah?

Atau beliau lebih memilih untuk meminta maaf sempena Hari Raya Aidilfitri nanti? Terserahlah, kerana saya lebih memilih untuk berlaku adil bagi semua pihak. Selamat menikmati Ramadhan dan marilah kita tingkatkan ibadah serta pahala di bulan yang penuh keberkatan ini. Wallahu’alam…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

NGO Terbabit Setuju saranan Ku Nan Dalam Isu Gelandangan

8 Julai 2014

KENYATAAN MEDIA OLEH YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

“NGO BERSETUJU UNTUK BEKERJASAMA MENANGANI MASALAH GELANDANGAN DAN PENGEMIS DI KUALA LUMPUR”

Satu mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dengan semua NGO yang terlibat dengan aktiviti ‘Soup Kitchen’ pada hari ini. Mesyuarat telah membincangkan isu-isu berkaitan golongan gelandangan dan pengemis di Kuala Lumpur. Sebanyak 12 NGO yang melaksanakan aktiviti ‘Soup Kitchen’ termasuk NGO-NGO yang berminat untuk membantu kementerian dalam isu ini telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:

Supaya kerajaan membanteras habis-habisan aktiviti sindiket yang menggunakan pengemis untuk meminta sedekah di kawasan ibukota.

Mengenai isu gelandangan, semua NGO yang menghadiri mesyuarat tersebut bersetuju untuk membantu dan akan bekerjasama dengan Kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam menangani isu gelandangan dan pengemis.

Memperbetulkan persepsi bahawa kerajaan tidak membenarkan langsung NGO-NGO memberi makanan kepada golongan gelandangan. NGO-NGO tersebut masih boleh meneruskan agihan makanan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan dalam kawasan 2 km radius di ibu kota. Bagi yang mempunyai premis yang sesuai seperti di rumah-rumah ibadat dan di dalam bangunan sendiri, adalah dibenarkan walaupun dalam lingkungan 2 km radius. NGO-NGO ini disarankan beroperasi seperti konsep Anjung Singgah.

Bersetuju dengan cadangan permohonan NGO-NGO terlibat untuk melanjutkan tempoh memberi makan kepada golongan gelandangan di dalam kawasan ibukota selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri. Dalam hal ini kementerian menetapkan tarikh penguatkuasaan baru adalah pada 16 Ogos 2014.

Satu sesi town hall bersama golongan gelandangan dan pengemis akan diadakan dalam waktu terdekat untuk mendengar keluhan mereka dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Bekerjasama rapat dengan semua NGO-NGO yang terlibat dan menjadikan mereka sebagai program partners bagi membantu golongan gelandangan.

Mengenalpasti beberapa premis sedia ada yang digunakan oleh NGO-NGO terlibat untuk dijadikan sebagai premis angkat yang berkonsepkan ‘Anjung Singgah’ kepada golongan gelandangan.

Bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO berkaitan untuk memperincikan proses pengedaran makanan kepada golongan gelandangan dan mencari jalan terbaik bagi membantu golongan tersebut.

Mesyuarat yang diadakan pada hari ini telah mencapai satu kata sepakat antara kementerian, agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO terlibat untuk bersama-sama merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi menyelesaikan isu gelandangan dan pengemis di Kuala Lumpur yang telah berlanjutan sekian lama.

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan
8 Julai 2014

Azmin Selesa di Hadapan, Khalid Makin Tertekan

9 Julai 2014 - Sudah kelihatan tanda-tanda kemungkinan besar Azmin Ali selaku penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR akan mengekalkan kedudukannya setelah keputusan rasmi Pemilihan PKR 2014 jelas menunjukkan anak didik Anwar Ibrahim itu sedang selesa di hadapan berbanding dua pencabarnya yang lain.

Mengikut keputusan yang dipaparkan menerusi laman rasmi parti itu, undi yang diperolehi Azmin tika ini berjumlah 21,066 undi diikuti oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan perolehan 17,608 undi sementara Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula sekadar meraih 9,944 undi.

Dengan kelebihan 3,458 undi majoriti berbanding Khalid yang merupakan pencabar utamanya, kelihatan Azmin sudah boleh tersenyum lebar memandangkan baki 7 lagi Cabang PKR yang belum mengundi atau belum disahkan undinya dijangkakan tidak akan banyak mengubah keputusan tersebut melainkan ada keajaiban yang berlaku.

Keputusan rasmi yang bersandarkan pada jumlah perolehan undi yang sah dikira sehingga 28 Jun 2014 itu bagaimanapun agak bertentangan dengan perkhabaran yang diuar-uarkan oleh kem Khalid sebelum ini yang mendakwa MB Selangor itu sedang mendahului dengan kelebihan 700 undi majoriti.

Entah apa puncanya yang menyebabkan kiraan undi oleh kem Khalid bercanggah dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Pusat sukar dijelaskan, tetapi ini bukan kali pertama kem Khalid menyebarkan jumlah kiraan undi yang tidak menepati keputusan sebenar.

Percanggahan ini boleh diandaikan kemungkinan kiraan undi oleh kem Khalid adalah tepat tetapi wujud unsur sabotaj semasa penjumlahan undi yang rasmi oleh pihak tertentu, atau ia sebenarnya mendedahkan Khalid sedang tertekan memaksa penyokongnya menyebarkan propaganda untuk menimbulkan keraguan terhadap keputusan rasmi pemilihan.

Mana-mana satu andaian di atas yang mana satu benar dan yang mana satu tidak, ia tetap menuntut penjelasan kukuh dari PKR. Satu kebenaran yang tidak dapat dinafikan sesiapa, Pemilihan PKR 2014 sememangnya terlalu haru biru dan banyak keraguan yang berlaku dan jarang-jarang wujud dalam pemilihan parti politik lain.

Apa pun, jika keputusan rasmi terbaru itu dijadikan sandaran tidak syak lagi ia hanya akan menambah tekanan kepada Khalid kerana seandainya ia berkekalan sedemikian, bermakna kedudukannya sebagai MB Selangor akan semakin tergugat dan akan timbul lebih banyak asakan mendesaknya melepaskan jawatan tersebut.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Cina Gelarnya 'Tokong Siam', Melayu Gelarnya Penipu Yang Pandai Berlakon

9 Julai 2014

guan eng1
Figur politik yang paling menarik dari segi pembohongan, tipu perdaya, berlakon baik dan sentiasa mendabik dada kononnya dia terbaik di negara ini sebagai orang politik, selain Anwar Ibrahim adalah Lim Guan Eng. Lakonannya yang mantap sebagai seorang ketua pemimpin negeri, sentiasa menyembunyikan hakikat sebenar yang berlaku.


Sebaliknya dengan lakonan itulah, dia mendapat pujian dan sanjungan daripada mereka yang telah dibutakan mata, dihijab hati dan ditulikan telinga.
Kesemua penyokong Lim Guan Eng adalah penyokong DAP walaupun sebahagian daripada penyokong DAP terutama di Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Johor sentiasa mengatur rencana untuk menggulingkannya.

Semasa tahun pertama sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bantuan jentera propaganda dan publisitinya telah mempromosikan kejayaan demi kejayaannya menjadikan Pulau Pinang lebih baik berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Lim Guan Eng kononnya telah menukarkan Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang hidup tanpa bantuan daripada Kerajaan Pusat dengan kemasukan FDI yang sangat besar. Lim Guan Eng juga mempromosikan kebaikan hatinya dan dekatnya dia dengan umat Islam menerusi bantuan demi bantuan termasuklah kepada penghafaz al Quran yang kemudiannya dijadikan sebagai bahan oleh para penyokong DAP untuk memomok-momokkan Barisan Nasional.

Namun, menjelang tahun kedua, segala pembohongan dan lakonannya tidak dapat menyembunyikan kebenaran. Laporan Ketua Audit Negara tentang prestasi dan kemajuan di Pulau Pinang, tidak dapat menyembunyikan bagaimana Lim Guan Eng menggunakan kepintaran Simpan Kira dan Prinsip Perakaunan untuk menukar kerugian supaya kelihatan seperti keuntungan.
guan eng


Banyak pendedahan tentang pembohongan Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang telah dibuat, termasuklah kegilaan Lim Guan Eng dan DAP untuk menghapuskan apa-apa sahaja yang mempunyai kesan dan jejak Melayu-Islam di negeri tersebut. 

Kemelut tanah wakaf sehingga pernah dibawa ke mahkamah semata-mata untuk melayan nafsu Lim Guan Eng yang mahukan tanah-tanah wakaf tersebut menjadi tanah Kerajaan Negeri dan seterusnya dijual kepada pemaju-pemaju hartanah yang membangunkan hartanah bukan untuk orang Melayu dan bukan juga untuk orang tempatan.

Penggal kedua menyaksikan Lim Guan Eng dan DAP begitu tertekan meskipun mereka mengekalkan kemenangan besar di Pulau Pinang. Masalah kepimpinan yang melibatkan pendaftaran DAP, masih lagi menjadi bahan bualan di kalangan ahli-ahli bawahan DAP. Kebanyakan mereka melihat, Lim Guan Eng dan bapaya sengaja mencari jalan untuk menyah-daftarkan DAP sebagai sebuah parti siasah dan kemudian mewujudkan sebuah parti baru, mirip DAP tetapi lebih berpusat kepada seluruh keluarga Lim seperti yang berlaku kepada PKR yang dikuasai oleh Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang menyedari keresahan serta tentangan dari dalam parti terhadap pentadbirannya, terpaksa mencari jalan untuk mengalihkan perhatian. Cubaannya dengan menggunakan kalimah ALLAH dan BIBLE berbahasa Melayu, tidak memberikan imej yang baik kepadanya, bahkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta DAP dilihat sebagai pencetus masalah kepada rakyat negara ini.

DAP menjadi dalang kepada pembantahan terhadap Lynas dan RAPID Pengerang, tetapi pada masa yang sama, cubaan Lim Guan Eng memburuk-burukkan negara di Hong Kong dan cubaan menghalang kemasukan pelabur Taiwan ke negara ini, khususnya Pengerang, sekali lagi memperlihatkan niat jahat DAP dan Lim Guan Eng.

Dek kerana itulah, sebelum lebih banyak pembohongan Lim Guan Eng didedahkan oleh media, dia cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada sesuatu yang lebih dekat dengan hati rakyat, terutama sekali orang Melayu dan Cina.
guan eng2
Jikalau di Sabah dan Sarawak, DAP menjadi dalang kepada cubaan mengeluarkan kedua-dua negeri dari Malaysia menerusi kerjasama dengan NGO-NGO tertentu, selain cuba menimbulkan ketegangan kaum dan agama menerusi kempen anti-Christ dan memartabatkan Katholik, isu 13 Mei 1969 merupakan sesuatu yang Lim Guan Eng perlu sentuh agar rakyat Malaysia boleh terus sibuk daripada melihat keburukan dan kelemahan DAP di Pulau Pinang.


Sampai bilakah Lim Guan Eng boleh terus bertahan dengan lakonan dan pembohongannya selama ini? 

Sampai bila Lim Guan Eng akan terus mencetuskan masalah dan tidak menyelesaikan masalah yang dia sendiri ciptakan?

Berdasarkan kepada keadaan di Pulau Pinang, rasa-rasanya sampai bila-bila!

Dipetik daripada : www. mykmu. net