Sunday, July 05, 2015

Haron Din Bersubahat Dengan Najib Songlap Duit 1MDB?

Mursyidul AM Pas, Datuk Dr Haron Din turut menasihatkan agar rakyat tidak mudah percaya dengan fitnah dari media asing yang cuba memporak perandakan negara. Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran dari fitnah oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report mengenai Perdana Menteri menggelapkan duit 1MDB.

Jangan pula ada yang mengatakan Ulamak besar seperti Datuk Haron Din bersubahat pula dengan DS Najib didalam isu fitnah tersebut. Takkan lah seorang yang cerdik pandai agama sanggup berbohong kepada rakyat apabila mengatakan fitah dari WSJ dan SR tidak masuk akal.

Perdana Menteri didalam satu Program berbuka puasa bersama rakyat Selangor menegaskan beliau akan tetap berjuang melawan fitnah dari pihak-pihak yang mahu menumbangkan kerajaan Islam di Malaysia.

"Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara, takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara," bidas beliau.

"... Itu kalau saya hendak menyamunlah. Tentu sekali, saya sebagai Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dan harta benda milik rakyat. Itu merupakan janji saya.

"Sebab itulah saya kata saya akan rujuk peguam-peguam saya untuk tentukan tindakan susulan (tindakan undang-undang) sama ada dalam dan luar negara," katanya lagi.

Sebelum berucap, Najib dalam sidang media berkata, beliau kini sedang merujuk peguam-peguamnya bagi memutuskan tindakan lanjut terhadap pihak yang menyebar dakwaan dana RM2.6 bilion milik syarikat yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaunnya.

"Kita tidak boleh biarkan pihak-pihak luar menggugat atau menjatuhkan kepimpinan kerajaan," katanya lagi.

Portal The Wall Street Journal pada Khamis melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang diperoleh dari portal antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Najib dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang teguh menyokong beliau.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan tidak mudah percaya dengan pemberitaan tersebut.

"Datuk (Dr) Haron Din (Mursyidul Am Pas) pun menerusi kenyataan berkata tidak masuk akal saya melakukan perkara tersebut," tegasnya lagi. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment