Sunday, July 05, 2015
Mahkamah SAHKAN Lim Guan Eng Kaki Fitnah
Adun Telok Ayer Tawar, YB Dato Jahara Bt Hamid hari ini diisytiharkan
menang didalam satu kes perbicaraan saman malu yang membabitkan Ketua
Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng.
Saman malu tersebut dikeluarkan terhadap Guan Eng berikutan kenyataan
beliau yang menggelar Dato Jahara sebagai "nenek rasis". Mahkamah telah
mendapati Guan Eng secara sengaja memfitnah Jahara dan diperintahkan
membayar RM500 ribu sebagai ganti rugi.
Guan Eng sebelum ini secara kasar menggelar Adun Telok Ayer Tawar
tersebut dengan gelaraan nenek rasis di dalam kenyataan medianya. Ia
berikutan dari tindakan Jahara mempersoalkan tapak perniagaan melayu
yang dirobohkan di kawasan Seberang Perai.
Menurut Jahara, Guan Eng bersikap double standart apabila hanya
membiarkan kawasan perniagaan melayu dirobohkan tetapi membiarkan
kawasan perniagaan cina dikawasan yang sama beroperasi seperti biasa.
Susulan dari tindakan Jahara tersebut, Guan Eng yang tidak berpuas hati
bertindak mengecam Jahara sebagai perkauman dan menggelar Adun tersebut
dengan gelaran yang amat memalukan. Ramai menganggap tindakan Guan Eng
sengaja mahu menjatuhkan imej kaum wanita.
Dengan keputusan Mahkamah ini, maka terbuktilah bahawa Ketua Menteri
P.Pinang memang mempunyai kecenderungan memfitnah serta
merendah-rendahkan kaum wanita. Sepatutnya, Lim Guan Eng menunjukkan
sikap yang matang didalam berpolitik, bukannya menonjolkan perangai
kebudak-budakan.
Dengan tindakan mahkamah ini juga, diharap ia menjadi pengajaran kepada
Lim Guan Eng serta wakil-wakil DAP di seluruh negeri P.Pinang agar tidak
celupar dan tahu menghormati maruah orang lain di masa hadapan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment