Monday, July 06, 2015

Pecat Tak Ikut Prosedur: PAS Saman Kerajaan DAP Pulau Pinang

Ini berita yang sudah pasti akan menyebabkan pemimpin PAS pro DAP sentap habis... berikutan keputusan yang dibuat PAS Pulau Pinang untuk menyaman kerajaan DAP di negeri itu ekoran pemecatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan.

"Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh.

"Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik.

"Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya," katanya.

Ini selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota PAS yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Salah seorang ahli PAS, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014,” petik isi kandungan surat berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta kepimpinan baru PAS mengarahkan semua ahlinya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sehingga kini, dua orang wakil PAS dalam majlis perbandaran dipecat DAP susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS, baru-baru ini.

Timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut dipecat daripada bertugas di pejabat ketua menteri pada 12 Jun lalu. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment