Thursday, August 27, 2015

Mahathir Mahu Jumpa Penderma Arab Kesayangan Perdana Menteri

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terdesak apabila sering menggesa nama penderma dari timur tengah yang menderma sebanyak RM2.6 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedahkan.

Kali ini, beliau menggesa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan siapa penderma tersebut.

Mahathir berkata, beliau mencabar timbalan perdana menteri untuk mendedahkan siapa gerangan yang baik hati dari timur tengah itu memandangkan Zahid sebelum ini mengakui pernah bertemu 'keluarga' penderma tersebut.

"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut. Jadi biar beliau buktika orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.

"Negara mana? Dari mana sumber duit itu? Apakah perniagaan yang dilakukannya? Apakah nama bank yang digunakannya?

"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima sepatutnya memegang cek tersebut," kata Mahathir menerusi entri terbaru di blog miliknya.

Nampaknya keadaan Mahathir begitu terdesak ingin mengetahu siapa dermawan dari timur tengah itu. Adakah Mahathir iri hati dengan kerja diplomatik perdana menteri yang berjaya mendapat wang derma dari negara timur tengah itu bagi membantu Umno/BN untuk terus mentadbir negara???

Pada Sabtu lalu, Zahid memaklumkan beliau telah bertemu secara peribadi dengan ahli keluarga penderma dari timur tengah itu dan memaklumkan sumbangan itu disalurkan bagi membantu Umno/BN untuk memenangi pilihan raya lalu.

Tambah Zahid, penderma itu bukan sahaja menyalurkan dana tersebut kepada Malaysia, malah negara Islam lain juga turut dibantu.

"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu. Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma," kata Zahid.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment