Tuesday, October 06, 2015

Mahathir Menghasut Rakyat Sebab Dendam Pada Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ni sedang giat menghasut ahli-ahli parlimen UMNO dan juga rakyat-rakyat jelata untuk tidak mengundi dan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Mahathir sangat terdesak sekarang ni sehingga sanggup mempergunakan orang lain semata-mata untuk membalas dendam isu peribadinya kepada Najib.

Eshhhh eshhhh eshhhhh sungguh ka macam tu?? Mahathir katanya dalam usaha untuk meracun pemikiran semua wakil rakyat untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib dan sememangnya itu bukan satu semangat politik yang baik untuk diterapkan.

“Gesaan tersebut kurang rasional, Dr Mahathir harus sedar bahawa apa yang dilakukan lebih kepada isu peribadi, bukan menjurus kepada masalah politik, salah laku dan sebagainya.

“Saya gesa supaya Ahli Parlimen Sabah dari Barisan Nasional (BN) menolak cadangan Tun Mahathir, kerana tindakan itu tidak melambangkan politik yang baik,” kata Bung.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berpendapat bahawa Mahathir sekarang ini kekurangan penyokong sehingga dia sanggup merosakkan kepercayaan rakyat Sabah untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri.

“Dr Mahathir harus sedar bahawa perkara ini (undi tidak percaya) tidak pernah berlaku di negara ini.

“Malah semasa beliau menjadi Perdana Menteri, ramai orang tidak puas hati dengan beliau tetapi perkara itu tidak pernah berlaku,” katanya lagi.

Bung turut menasihati Mahathir supaya menghentikan sandiwara murahan tersebut kerana rakyat sekarang ini semakin muak dengan drama kwibawaan kepimpinannya yang sudah lama berakhir itu. Sudah-sudah la tu, seeloknya rehat saja la kat rumah dari sibuk hal orang.

Rakyat Sabah juga pastinya masih lagi mahu menyokong kepimpinan Najib dan tidak akan mudah terpengaruh dengan cerita murahan tu, kerana mereka masih lagi mahu Barisan Nasional memerintah Sabah pada PRU akan datang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment