Monday, October 05, 2015
Pakatan Harapan Terengganu Tanpa PAS – Azan Ismail
PAKATAN HARAPAN Terengganu 2.0 yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Democratic Action Party (DAP) di
Terengganu menjadi negeri pertama menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) bagi membentuk Pakatan Harapan Terengganu, selari
dengan gabungan yang telah pun dibentuk di peringkat Pusat.
PAS Terengganu sememangnya tidak diundang didalam majlis tersebut kerana
pendirian PAS yang tidak mahu lagi berkerjasama dengan Pakatan Harapan
ysng dibentuk ini.
Umum telah mengetahui PAS yang angkuh dengan perjuangan mereka tidak
mahu bersama kerana mereka beranggapan boleh melawan UMNOBN yang selama
ini kukuh dengan dasar-dasar yang menjaga kebajikan rakyat dan
mengembangkan syiar Islam dalam negara ini.
UMNOBN sejak 50 tahun lalu sudah diserangan dengan pelbagai serangan
kepada kerajaaan dan juga individu yang memegang jawatan tertinggi akan
tetapi ia tetap bertahan sampai ke hari ini.
Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail,
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan juga
Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.
Azan ketika bercakap kepada media selepas majlis tersebut memberitahu,
MoU itu merupakan inisiatif awal untuk mengelak perlawanan tiga penjuru
dalam pilihan raya umum akan datang khususnya melibatkan ketiga-tiga
parti.
“Sebagaimana kita tahu, kita di Terengganu telah berpengalaman merasai
pengalaman itu (pertandingan tiga penjuru) pada pilihan raya yang lepas.
Oleh kerana itu kami bersepakat menggerakkan inisiatif awal untuk mengelakkan kemungkinan itu berlaku lagi.
“Jadi kerjasama petang ini (Jumaat) dizahirkan dalam bentuk MoU yang
dipersetujui bersama ketiga-tiga parti,” katanya kepada pemberita di
Hotel Prinzpark, Kuala Ibai, di sini.
Bagaimanapun, pihaknya belum memuktamadkan seorang ketua bagi pakatan
baharu itu dan akan diputuskan selepas penubuhan sekretariat Pakatan
Harapan di peringkat negeri.
Beliau memberitahu, pihaknya turut membuka ruang kepada mana-mana parti
yang berminat menyertai Pakatan Harapan bagi menguatkan pakatan
pembangkang untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan
datang.
Ditanya sejauh mana kerjasama PKR dengan Pas, Azan memberitahu pihaknya
mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak sambil memberitahu
bahawa keputusan untuk bersama Pakatan Harapan bukan dibuat
bersendirian, tetapi ia merupakan dasar di peringkat pimpinan.
Ketika mengulas mengenai Pas yang masih menganggap PKR sebagai rakan
kerjasama dalam PR, beliau menjelaskan pihaknya bersikap terbuka dan
tidak menutup ruang kerjasama dengan parti itu.
Jelasnya, perkembangan itu juga dilihat membuka ruang kesepakatan, dan
berharap ia membawa peluang yang lebih baik demi kemenangan pembangkang.
Terdahulu, beliau ketika menjawab soalan seorang peserta yang hadir
dalam majlis sama yang membangkitkan sejauh mana jaminan untuk tidak
berlaku pertandingan tiga penjuru di Terengganu apatah lagi perjanjian
persefahaman itu tidak melibatkan Pas, Azan memberitahu perkara itu
tidak boleh didedahkan lebih awal kerana ia merupakan strategi yang akan
dibincang dalam biro politik Pakatan Harapan.
Apa yang jelas katanya, ketiga-tiga parti yang telah menandatangani MoU
itu tidak akan bertanding sesama sendiri. “Kita sedar dan faham
sangat-sangat kalau wujud tiga penjuru, pembangkang tidak boleh
berpotensi untuk menang. Ini ialah ikrar untuk elak pertandingan itu dan
memulakan perundingan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment