Friday, September 25, 2015

Bukti Jelas Peranan Datuk Seri Najib Membangunkan Ekonomi Malaysia Diiktiraf Dunia

Isu : Ramai pemimpin dunia jumpa Dato Seri Najib puji cara beliau mentadbir Malaysia dan hendak belajar dari Dato Seri Najib selepas perhimpunan United Nations di New York US termasuk puji tindakan Dato Seri Najib dalam isu Palestine

Fakta : Terbukti bahawa negara negara dunia iktiraf kredibiliti Dato Seri Najib tadbir Malaysia

Hujahan : Jelas mereka tahu bahawa musuh musuh akan sentiasa cuba jatuhkan sesebuah kerajaan dengan fitnah...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Dari Mekah: Rempuhan di Mina, Pengalaman dan Pemerhatian

Sekurang-kurangnya 717 orang jemaah haji maut ma­na­­kala 863 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Mina hari ini, yang merupakan kejadian terburuk selepas tragedi terowong Muassim yang menghubungkan Mekah dan Mina runtuh pada 1990. AL-Fatihah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQTrxFeoZ2io_luSayuu79ZzX7WzCF-MN6rY2QfgAGO-dT6553P_ZkS6eUXEEZtI0TY_go3bHLpgtHxRgSYkvb6cTO7o6pdblPT_oMEO1E8hGHxS_IHXgdumhIlqxRdv8C3RH-6izBmhU/s640/CPqDGAmUEAA7Fmo.jpg
Pada pandangan saya, boleh dikatakan Kerajaan Arab Saudi telah buat yang terbaik, hampir 90%. Tapi sikap jemaah dari sesetengah negara yang tidak mengikut arahan pihak berkuasa menjadi punca. Mereka gopoh, tidak sabar dan pentingkan diri sendiri. 

Kebanyakannya mereka ini jemaah dari India, Pakistan dan negara-negara afrika.

Mereka suka membuat halangan (duduk, berkumpul dan tidur) di tempat laluan ramai. Suka berjalan melawan arus (musim haji laluan pejalan kaki dibuat dua hala di kawasan-kawasan ibadat)dan membawa beg-beg besar bersama, tolak-menolak di belakang.

Jemaah India dan Pakistan, jika tawaf tangan mereka akan berkepak-kepak. Selain itu suka berkumpul dan membuat halangan di tempat laluan ramai. Bila pihak berkuasa larang mereka buat bodoh sahaja dan kemudian bertekak-tekak pula.

Jemaah Afrika dalam kategori gopoh. Dengan badannya yang sasa mereka tolak orang di hadapan sesuka hati untuk potong ke depan. Jemaah Turki pula suka buat rantaian dalam kumpulan yg besar kerana takut kumpulan mereka berpecah.

Jemaah Indonesia, Malaysia, Thailand, China, negara-negara Eropah dan Rusia jauh lebih berdisiplin. Kalau ada sedikit sebanyak masalah di pihak berkuasa Saudi pun, adalah masalah komunikasi kerana mereka hanya bercakap dalam bahasa arab sahaja.

Saya dan ibu ada pengalaman dirempuh beberapa malam lepas di kawasan Masjidil Haram. 

Saya menolak ibu saya ikut laluan sehala yg ditetapkan. Namun terdapat jemaah laluan bertentangan sedang bertekak dengan polis minta buka pagar berkenaan. Mereka tidak mahu ikut laluan sehala yang ditetapkan atas alasan jauh. 

Akhirnya mereka rempuh halangan pihak berkuasa. Serbu masuk ramai-ramai. Bayangkan dengan badan orang afrika yang sasa itu keliling kita dan mereka tolak-menolak untuk ke depan. Kita yangg di depan tersepit kelemasan.

Saya ketika itu hanya memikirkan nasib ibu saya yang berada di atas kerusi roda. Alhamdullilah dapat lepas juga dari keadaan tersebut dengan selamat. 

Coretan : Faizal Rohban

Petaling Street Bukan Isu Perjuangan UMNO atau Melayu

Tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, mengancam untuk menutup tempat perniagaan Petaling Street bukan perjuangan UMNO, apatah lagi perjuangan Melayu dan Islam.
http://kuala-lumpur.attractionsinmalaysia.com/img/photoState/kl/PetalingStreet/4.jpg
Apabila Pesaka menganjurkan Himpunan Merah bagi menyatukan orang Melayu ia bertujuan menunjukkan bahawa orang Melayu bersdia mempertahankan kepentingan Islam dan Melayu jika perlu. Ia bukan untuk menunjukkan siapa lagi samseng apatah lagi “berperang dengan kaum Cina.”

Melayu tidak pernah terjejas dengan Petaling Street. Sekian lama kita sudah ketahui Petaling Street ialah tempat penjualan barang palsu dan kurang kualiti terbesar di negara ini. Ia di monopoli oleh kaum Cina dan disukai oleh pelbagai bangsa kerana harga yang murah. 

Jika Jamal mahu kerajaan bertindak ke atas barangan palsu beliau boleh menjadi jaguh persatuan pengguna atau pejuang keadilan untuk korporat besar. Tapi jangan sesekali berdiri atas isu bangsa Melayu mahu menutup Petaling Street. Ia bukan sahaja tidak masuk akal malah sangat memalukan.

Jika kita marah dengan kaum Cina yang menyokong DAP, hari ini Jamal perlu desak semua pemimpin Melayu dan kerabat di raja berhenti berurusan dengan korporat besar kaum Cina seperti Berjaya, YTL dan lain-lain. Merekalah yang menyumbang kepada kejayaan DAP.

Beranikah Jamal?

Jika Jamal mahu membantu orang Melayu, maka kempenlah agar peniaga Melayu di Uptown, Downtown atau apa sahaja jenis “town” dibenarkan berniaga barang yang sama seperti peniaga Petaling Street tanpa gangguan.

Jika Jamal mahu membantu Melayu, apabila kerajaan beri geran kepada beliau sepatutnya beliau laksanakan sampai berjaya dan bantu Melayu lain. Malangnya sekian banyak perniagaan beliau yang kerajaan bantu, sekarang ini sama ada sudah berkubur atau hidup segan mati tidak mahu.

Kita mahu memperjuangkan hak Melayu dan kepentingan Islam, tapi bukan cara tidak masuk akal dan merosakkan keharmonian negara ini.

Jangan nanti Himpunan Merah yang berjaya tempoh hari, akhirnya menjadi “kad Merah” kepada Barisan Nasional.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Najib Mulakan Lawatan Kerja Di New York

Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di New York, Amerika Syarikat (AS) lewat petang semalam untuk memulakan lawatan kerja selama lapan hari ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Perhimpunan Agung PBB yang dijangka membincangkan dan memperakukan agenda baharu global ketika badan dunia itu me­nyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-70.
http://static01.nyt.com/images/2015/01/23/business/xxMALAYSIA3/xxMALAYSIA3-master1050.jpg
Perdana Menteri menyertai lebih daripada 170 orang ketua negara dan kerajaan negara-negara dunia yang bakal berada di kota New York ini bagi memperkukuhkan PBB serta membincangkan isu-isu antarabangsa dan cabaran sejagat menje­lang genap tujuh dekad penubuhan PBB pada 24 Oktober ini.

PBB ditubuhkan selepas kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua pada 24 Oktober 1945, dengan Malaysia menyertai pertubuhan multilateral itu secara rasmi pada 17 September 1957, kira-kira 17 hari selepas ia mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun tersebut.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri Malaysia itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat pada pukul 6.30 petang (6.30 pagi Khamis waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Westchester County di sini.

Beliau yang sebelum itu singgah di London, United Kingdom untuk lawatan kerja sehari bagi mengha­diri perasmian projek bangunan PNB House milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) disambut di hotel penginapannya di Hotel Mandarin Oriental di sini oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Awang Adek Hussin; Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan Ibrahim serta para pegawai Malaysia.

Antara para pemimpin dunia yang dijangka hadir sama pada Perhimpunan Agung PBB yang bermula minggu ini ialah Presiden AS, Barack Obama; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden China, Xi Jinping selain ketua-ketua kerajaan dari banyak negara yang membawa harapan tinggi untuk menjayakan usaha-usaha diplomatik, agenda pembangunan dan kemanusiaan global selain terus mencari penyelesaian kepada konflik, pertikaian dan huru-hara dalam detik-detik bersejarah PBB sejak penubuhannya.

Dalam satu kenyataan menje­lang Perhimpunan Agung PBB kali ini, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata: “Sesi Perhimpunan Agung PBB tahun ini dibuka pada saat-saat huru-hara dan harapan… Huru-hara, kerana konflik semakin parah di banyak tempat, dan orang awam menjadi mangsanya. Harapan, kerana bilangan pemimpin dunia yang hadir begitu ramai di PBB di sini untuk mara dengan penyelesaian dan menerima agenda pembangunan baharu dunia yang dicita-citakan.”

Najib dijadualkan turut berucap dalam beberapa sesi PBB termasuk pada Perhimpunan Agung ke-70, mengambil bahagian dalam mesyuarat sidang kemuncak Agenda Pembangunan Pasca 2015 dan mengadakan pertemuan bilateral dengan para pemimpin antarabangsa.

Presiden AS, Obama akan turut berucap pada sidang kemuncak Agenda Pembangunan Pasca 2015, suatu inisiatif PBB yang menetapkan langkah-langkah khusus ke arah mencapai sasaran matlamat pembangunan global membabitkan proses rundingan dengan 193 negara-negara anggota PBB.

Para pemimpin dunia akan me­ngupas cadangan-cadangan PBB untuk menerima 17 matlamat baharu pembangunan sejagat, dengan 169 sasaran untuk membasmi kemiskinan, membanteras ketidaksamaan dan memerangi perubahan iklim dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Daripada sekadar 51 anggota pada awal penubuhannya pada tahun 1945, PBB kini mempunyai keahlian sebanyak 193 negara termasuk Pa­lestin yang mendapat status pemerhati tetap dan sebuah lagi pemerhati tetap, Vatican, kota suci penganut Kristian Katolik yang kehadiran pemimpin spiritualnya, Pope Francis pada Perhimpunan Agung PBB mendapat laporan besar-besaran daripada media Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, satu laporan PBB minggu ini menyebut bahawa kegagalan untuk menghindar konflik berdarah di serata dunia telah mencetuskan isu kemanusiaan dan keselamatan global, terutama lambakan kira-kira 60 juta pelarian di seluruh pelosok dunia, dengan Syria dan Yemen menjadi antara negara terbaru yang terpalit dalam masalah tersebut.

Diplomat-diplomat Malaysia percaya kehadiran Najib dalam beberapa mesyuarat peringkat tinggi PBB dalam tempoh seminggu ini di New York akan memberi arah tuju signifikan kepada bentuk pandangan yang bakal diutarakan olehnya ketika beliau berucap pada Perhimpunan Agung di ibu pejabat PBB pada hari Khamis, 1 Oktober ini.

Tambahan pula, di bawah pentadbiran Najib, Malaysia kini memainkan peranan yang lebih mendalam dan berpengaruh dalam badan dunia itu selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, iaitu kerusi yang akan dipegangnya sehingga akhir tahun 2016.

Majlis Keselamatan PBB mempunyai 15 anggota terdiri daripada lima anggota tetap dengan kuasa veto (AS, Rusia, China, United Kingdom dan Perancis) dan 10 anggota tidak tetap yang dipilih melalui pengundian.

Selain Malaysia, antara negara anggota tidak tetap Majlis Kese­lamatan PBB ialah Angola, Chad, Chile, Jordan, Lithuania, New Zealand, Nigeria, Sepanyol dan Vene­zuela.

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB tahun 2010, Najib memperkatakan tentang penting­nya Gerakan Kesederhanaan Global dimulakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam situasi putus asa dan kerosakan.

Tiga tahun kemudian pada 2013 dalam ucapannya di pentas PBB, Najib menyentuh tentang bahaya perbalahan dalaman dan pertembungan antara mazhab di negara-negara Islam dalam mencorakkan kebangkitan Arab Spring yang ke­sannya amat besar kepada keselamatan serantau.

Pada tahun lalu Perdana Menteri secara terang-terangan di PBB menyeru umat Islam supaya menolak pertubuhan pengganas Islamic State yang bergerak di Syria dan Iraq. Katanya, dengan kekejamannya kumpulan pengganas tersebut mengkhianati prinsip-prinsip murni Islam. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

PAS Tidak Setuju Anwar Sebagai Calon PM

Pas menyifatkan keputusan Pakatan Harapan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang sebagai perkara yang tidak realistik.
http://i0.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/06/pr11.jpg?w=700
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, tindakan mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri juga tidak boleh dianggap satu keputusan konklusif kerana Penasihat PKR itu masih berada di dalam penjara.

“Perkara ini turut kita bincang dalam mesyuarat semalam dan kita ambil ketetapan bahawa sesuatu keputusan yang mukta­mad mestilah sesuatu yang realistik.

“Maksudnya, dalam keadaan Anwar sekarang di mana, takkan kita boleh buat satu keputusan yang konklusif bahawa dia yang akan menjadi Perdana Men­teri,” katanya di sini hari ini.

Dalam sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 semalam, Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembangkang masih menamakan suaminya sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mentadbir negara.

Wan Azizah berkata, pembangkang percaya Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk mena­ngani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir, kebajikan rakyat dan perpaduan kaum.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Mengulas lanjut perkara itu, Takiyuddin meminta parti-parti pembangkang membuat keputusan yang lebih realistik dalam soal pemilihan Perdana Menteri.

“Kita perlu berpijak di bumi yang nyata,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Tony Pua Disenarai Hitam Masuki Sarawak

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kini disenaraikan sebagai antara individu yang dilarang memasuki negeri ini. 

Sumber pihak pentadbiran negeri memberitahu, tindakan menyenarai hitamkan nama Tony yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP memasuki Sarawak berpunca daripada beberapa sebab termasuk kaitannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHya7Uqgl4vqwQCdTcKMZHBCd_l05rsZbgUwkI02Uw9rUvBFqdkUCpmCxLin5SnUf_GNXK781jN339ZGnUZFWk7yMaIdjjQ4s-oGqQxFJEZvOlbeH6s6YyS_n6tIZMSOyKRC-A9hIPx2Q/s1600/tony+pua.png
Katanya, disebabkan namanya sudah disenarai hitamkan, maka beliau telah diarahkan meninggalkan Sarawak menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Miri pada pukul 4.20 petang semalam, sebaik sahaja dikesan memasuki negeri ini.

“Memang sebelum ini, Tony dibe­nar­kan memasuki Sarawak tetapi namanya telah disenarai hitamkan baru-baru ini ekoran beberapa sebab termasuk tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada pukul 2.30 petang semalam, semasa sedang menikmati makan tengah hari bersama Ahli Parlimen Piasau, Alan Ling di sebuah restoran di Miri, lima pegawai imigresen telah mengambil Tony untuk dibawa ke Lapangan Terbang Miri dan diarahkan menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 4.20 petang.

Dalam sidang akhbar di restoran berkenaan, Tony memberi­tahu, beliau datang ke negeri ini untuk menghadiri satu majlis anjuran DAP di Kampung Pasir Lutong, Miri.

Katanya, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan negeri meng­halangnya memasuki Sarawak ke­rana mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan dan berharap namanya akan dikeluarkan daripada disenarai hitamkan dengan segera.

Mengulas lanjut, sumber berkata, adalah menjadi hak kerajaan negeri untuk tidak membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis memasuki Sarawak bagi memastikan elemen negatif itu tidak menjejaskan keharmonian di Bumi Kenyalang.

Selain Tony, antara individu yang disenarai hitamkan memasuki Sarawak ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; bekas Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution; Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin serta ahli akademik yang juga penceramah, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Anwar Calon PM Sebab Guan Eng & Mat Sabu Tak Layak

Pakatan baru pembangkang, Pakatan Takdak Harapan yang dirasmikan secara air liur kelmarin (sama macam Pakatan Rakyat sebelumnya) tetap mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri (juga sama seperti Pakatan Rakyat sebelumnya ) adalah kerana tidak ada di kalangan pemimpin pembangkang sedia ada yang layak jadi Perdana Menteri KALAU mereka menang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNoXpVuZ-F2AX2eNPXp-v7ISUi2CwxM2veaRxiIjFaDMf1ca-E7nmNcGShN44oEYmNHAs1OVd1RrQlKT1qsj10xBQ3zU7SOBkeCfgd61vWkO4uYg6TopEDyi2HjTrQp2AdYn0TIzfeuT0/s1600/1500148a25e0e834026dbfe0d2bb7779.jpg
Ironinya, dalam masa sama, senang-senang mau Datuk Seri Najib turun dan orang lain jadi Perdana Menteri tapi bahagian dia, hanya Anwar saja yang layak, orang lain tidak boleh.  Baru peringkat angan-angan pun dah takdak orang lain, ini pulak cakap pasal realiti nak ganti Najib sebagai Perdana Menteri.

Baik Guan Eng apatah lagi Mat Sabu, kedua-duanya tidak layak untuk jadi Perdana Menteri, kaki liwat ini juga yang boleh. Tanpa sedar ia sebenarnya merendahkan kebolehan pemimpin lain Pakatan Harapan terutama Guan Eng yang begitu cemerlang menguruskan Pulau Pinang. Sejak jadi ketua kerajaan, banyak perubahan yang berlaku di negeri itu, antara lain banjir kilat dan tanah runtuh yang kerap. Kesesakan jalan raya juga semakin menjadi-jadi, inilah bukti kejayaan yang dibawa Guan Eng di Pulau Pinang.

Guan Eng juga ada status bekas banduan sama seperti Anwar bila dia dibebaskan pada tahun 2020 nanti.  Yang Guan Eng tidak ada hanya status sebagai peliwat sahaja.

Mungkin sebab itu, tidak cukup syarat untuk menjadikan Guan Eng sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, hanya Anwar saja yang layak  atas ‘kelebihan’ yang dimilikinya. Tak sedar diri juga diperbodohkan, tak tahulah nak cakap. Mungkin DAP fikir Anwar tak lama jadi Perdana Menteri dan mereka akan ambil alih. Tapi DAP jangan pandang rendah Azmin, orang ini juga ada impian yang sama.

Apa pun ini semua untuk rakyat tahu bahawa negara ini tidak akan aman kalau pun BN ditumbangkan. Selain percakaran politik dan perebutan jawatan  (siapa jadi Perdana Menteri selepas Anwar), Pakatan ini tidak boleh bawa kestabilan antara kaum di negara ini termasuk sesama mereka sendiri.

Penulis jangka selepas ini giliran PKR pulak untuk jadi macam PAS sebab DAP sudah menguasai Pakatan Harapan ini. Parti Amanah Negara (PAN ) DAP yang tubuhkan,  Mat Sabu hanya boneka nya saja.

Kalau tubuh Pakatan baru pun pakai modus operandi sama dengan yang lama, jangan terperanjat kalau pengakhiran nya nanti pun lebih kurang itu juga.

Oleh itu, sokong lah BN.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Najib Kutuk Gejala Islamophobia

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya gejala Islamophobia dengan menyatakan ia merupakan satu bentuk penindasan dan diskriminasi yang melampau. 
https://pbs.twimg.com/profile_images/526212687101820929/wmAKmxjb.jpeg
Memberi contoh Islamophobia, Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, merujuk kepada satu insiden di Amerika Syarikat apabila seorang remaja lelaki Islam ditahan polis kerana mencipta sebuah jam yang disangkakan sebagai bahan letupan.

“Inilah yang dipanggil Islamophobia. Tindakan mereka yang sentiasa cuba mengaitkan Islam dengan keganasan ini sangat dikutuk,” katanya.

Beliau berkata Islam sering dikaitkan dengan keganasan walhal keganasan merupakan krisis kemanusiaan yang melibatkan semua tanpa mengira agama, dan ramai lagi gologan bukan Islam yang melakukan keganasan.

Peperangan yang mengorbankan nyawa beratus ribu orang di Iraq dan kekejaman Israel ke atas Palestin juga merupakan satu bentuk keganasan, malah ia lebih besar skalanya dan sudah berlaku berdekad lamanya, kata Najib.

“Penggunaan bom nuklear dan bom kimia jika digunakan, yang membunuh berjuta orang awam, juga adalah satu keganasan.

“Mereka ini bukannya beragama Islam namun tidak pula dianggap sebagai pengganas,” katanya.
Untuk itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya bersatu melindungi satu sama lain tanpa mengira agama.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Dokumentari ‘A Fractured Nation’ Berat Sebelah – Kata Salleh

KOTA BELUD : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan laporan dokumentari yang disiarkan saluran televisyen Channel NewsAsia (CNA) semalam sebagai berat sebelah memandangkan ia menggambarkan imej buruk Malaysia berdasarkan temubual hanya dengan sumber pembangkang. 
http://www.straitstimes.com/sites/default/files/styles/x_large/public/articles/2015/08/06/dw-mcmc-salleh-150806.jpg?itok=5sxa4HGJ
Beliau berkata laporan bertajuk ‘A Fractured Nation’ itu tidak mencerminkan situasi sebenar di dalam negara, dan stesen televisyen berpusat di Singapura itu seharusnya menyiarkan laporan seimbang dengan turut menemubual anggota dalam parti pemerintah.

“Laporan ini jelas berat sebelah sebab hanya mengetengahkan perkara negatif tentang Malaysia, CNA hanya menemubual anggota pembangkang.

“Laporan Channel NewsAsia pada Hari Malaysia adalah berat sebelah, tidak adil dan amat dikesali, serta perlu diperbetulkan.

Salleh berkata demikian dalam kenyataannya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pengagihan daging korban bersempena Hari Raya Aidiladha di Batu 7, Kesapang, dekat sini hari ini.

“CNA seharusnya mengambil kira pandangan semua pihak memandangkan laporan itu nampaknya menggambarkan bahawa negara kita sedang berdepan banyak masalah sedangkan ia tidak benar sama sekali. Laporan ini jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai pandangan atau niat untuk memudaratkan negara kita,” katanya. 

Dalam laporan itu, CNA menyatakan bahawa Hari Malaysia sepatutnya menjadi sambutan untuk memperkukuhkan perpaduan semua rakyat Malaysia, bagaimanapun terdapat pihak tertentu yang didakwa mengambil kesempatan untuk menyemai perselisihan dan perpecahan menerusi demonstrasi berbaur perkauman.

Ketika menyangkal laporan itu, Salleh berkata media asing berazam untuk mencemarkan nama baik Malaysia dengan menyiarkan laporan bersandarkan kepada sumber meragukan.

Beliau berpendapat laporan negatif itu dimulakan bukan sahaja oleh orang luar tetapi juga oleh kumpulan tertentu di dalam negara ini.

Salleh berkata majoriti rakyat dan pemimpin negara ini menyatakan sokongan padu mereka kepada perdana menteri, dan menyatakan bahawa “perbuatan seperti itu hanya sia-sia belaka”.

“Isu yang mereka bangkitkan tentang 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion sudah dijawab.

Perdana Menteri telah menyatakan bahawa akaun 1MDB mesti diaudit dan laporan dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Jadi, biarlah PAC menjalankan siasatan.

“Kerajaan turut mempunyai perancangan berhubung program pemulihan 1MDB dan kami percaya dalam tempoh enam bulan, masalah ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai US$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, Salleh berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun memperjelaskan bahawa ia disumbangkan sebagai sumbangan politik.

Beliau berkata setakat ini, belum ada undang-undang di negara ini yang “menghalang sesiapapun daripada menerima wang bagi tujuan politik.”

Dalam kenyataan baru-baru ini, SPRM dipetik sebagai berkata suruhanjaya itu tahu tentang identiti penyumbang yang memasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

BN Perlu Segera Bina Kekuatan Dalaman Sebagai Persiapan Hadapi PRU – Mustapa

JELI : Barisan Nasional (BN) perlu segera membina kekuatan bagi membela nasib rakyat dan untuk menghadapi pilihan raya umum kelak, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perpecahan dalam PAS selain parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan memberi kesan kepada senario politik negara dan BN perlu mengambil peluang untuk membina kekuatan dalamannya.
https://kenathjayashankarmenon.files.wordpress.com/2014/01/mustafa-mohamed.jpg
“Kita bukan bergantung kepada mereka (pakatan pembangkang) kita bergantung kepada kekuatan dalaman kita tetapi ini masanya kita mengubah strategi kita untuk memperkukuhkan kedudukan BN peringkat negeri dan nasional,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau bersempena Hari Raya Aidiladha di sini, hari ini.

Mustapa diminta mengulas kesepakatan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dalam proses didaftarkan, untuk menubuhkan sebuah pakatan baharu yang dinamakan Pakatan Harapan pada 22 Sept lepas, tanpa penyertaan PAS.

Beliau berkata senario politik negara telah berubah dengan berlakunya perpecahan dalam PAS sehingga lahirnya Parti Amanah Negara yang dalam proses didaftarkan serta keputusan PAS untuk tidak menyertai Pakatan Harapan itu.

Beliau berkata perpecahan dalam pakatan pembangkang itu sudah lama dijangka berikutan berlaku perbezaan pendapat yang besar antara PAS dan DAP sehingga PAS banyak bertolak ansur.

Kata Mustapa, walaupun pakatan pembangkang dilihat lemah kesan daripada keputusan PAS tidak menyertai Pakatan Harapan itu, UMNO dan BN tidak boleh leka daripada terus membina kekuatan membela nasib rakyat dan menghadapi pilihan raya umum.

Sementara itu, beliau meminta kerajaan negeri Kelantan memperjelaskan kepada rakyat isu berkaitan pembinaan lebuh raya rakyat, projek ladang rakyat dan pembalakan.

Katanya berkata rakyat ingin tahu perkembangan pembinaan lebuh raya rakyat dari Kota Baharu-Kuala Krai yang dikatakan akan diserahkan pelaksanaannya kepada kerajaan persekutuan berikutan kerajaan negeri tidak mampu dari segi kewangan.

Beliau berkata rakyat juga ingin tahu sejauh mana kejayaan projek ladang rakyat yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan rakyat di negeri ini dan begitu juga dengan pembalakan yang didakwa berlaku rasuah.

Pada majlis itu, Mustapa turut diraikan bersempena ulang tahun ke-65 kelahirannya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Sarawak Tak Suka Tony Pua.... Sarawak Memang Takkan Terima Chauvinist DAP

Jurucakap Jabatan Imigresen Sarawak, ketika dihubungi oleh media, mengesahkan perkara tersebut.

"Disahkan bahawa YB Tony Pua telah diperiksa keluar meninggalkan negeri Sarawak pada 4.20 petang ini dari Lapangan Terbang Miri ke Kuala Lumpur atas arahan pihak Penguasa Imigresen Negeri Sarawak," katanya.

Difahamkan difahamkan Pua, yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, tiba di Miri pagi Rabu.

Pada Julai lepas, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak tidak akan membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis memasuki negeri itu bagi memastikan elemen-elemen negatif itu tidak menjejaskan keharmonian agama dan sosial di negeri Bumi Kenyalang itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mat Sabu Dihalang Sampai Khutbah Aidiladha

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dihalang menyampaikan khutbah sempena Hari Raya Aidiladha, di Surau Tuan Guru Haji Md Rejab di Beseri, Perlis, hari ini.

Arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail melalui sepucuk surat bertarikh 23 September yang dihantar kepada pengerusi surau berkenaan, Abd Rahman Md Rejab.

Menurut surat itu, Shafie meminta Abd Rahman tidak membenarkan Mat Sabu menyampaikan khutbah, atas faktor keselamatan yang tidak perlu dinyatakan.

Pihak surau bagaimanapun akur dengan arahan berkenaan dan Mat Sabu tidak dapat menyampaikan khutbah yang menjadi kelazimannya, apabila pulang ke kampung mertuanya di Perlis, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Zolkharnain Abidin kemudiannya menggantikan Mat Sabu, dengan menyampaikan khutbah pendek.

Selepas khutbah itu selesai, Mat Sabu tetap tampil ke hadapan, namun bukan untuk berkhutbah, sebaliknya sekadar menyampaikan ceramah umum.

Turut hadir di ceramah berkenaan adalah Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

PAS Lawan Amanah : Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Arang

Tinggal kira-kira 100 hari sahaja lagi bagi Parti Amanah Negara (Amanah) membuktikan kemampuannya  mendaftarkan 69,982 ahli baru dan justeru menjadi pesaing politik yang patut disegani kawan dan lawan.

Pada hari pelancaran Amanah 16 September lalu, Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir  mengumumkan ahli berdaftarnya ialah 30,018 orang. Dan, sebagai parti alternatif Islam, Amanah yakin mencecah pendaftaran 100,000 hujung tahun ini.

Sasaran utama Amanah adalah pengundi muslim. Profil mereka tentu tidak jauh berbeza dengan yang disasarkan oleh PAS. Malah tanpa silu golongan yang cuba dipujuk oleh Amanah ialah ahli-ahli PAS sendiri.

Sebaliknya, PAS sebagai “saudara tua” dalam jemaah Islam di Malaysia, memberi amaran pada Amanah jangan cuba “menggoda” ahli-ahlinya.

Malah PAS juga tidak kurang tinggi keyakinannya dan mendakwa bahawa sejak  kemunculan Amanah, ia kini berhasil akan “memancing” lebih ramai muslim menganggotai PAS.

Melangkau soal perangkaan, sayembara politik di antara PAS dengan Amanah ini akan berlegar di sekitar penafsiran dan penterjemahan tiga konsep utama bagi “meminang” kepercayaan rakyat muslim di Malaysia.















Presiden Amanah, Mohamad Sabu, melontarkan istilah takfiri atau ideologi yang cenderung melabel hingga mengkafirkan orang lain yang dikaitkan dengan amalan PAS kini.

Jika bersilang pendapat dengan pimpinan, maka individu atau golongan berkenaan dianggap tidak sesuai menyertai PAS. Beliau menyindir bahawa ideologi takfiri yang menjadi punca beliau dan kawan-kawan menubuhkan Amanah.

“Ketaksuban golongan takfiri ini sememang tidak langsung menunjukkan bahawa mereka memahami anjuran Islam untuk meraikan dan mengurus ikhtilaf atau perbezaan.

“Bagi mereka, keluar dari jalur pemikiran dan ketaatan kepada kepimpinan organisasi mereka, adalah sama seperti keluar dari agama Islam.

“Semua entiti dan organisasi takfiri mempunyai ciri-ciri utama ini, walau apapun nama dan label mereka,” kata Mat Sabu.

Beliau berkata, secara khususnya perang saudara telah berlaku di negara umat Islam seperti Iraq, Libya dan Somalia mengakibatkan di Syria sahaja lebih 6.5 juta pelarian melimpah seluruh dunia.

Katanya, ini adalah lambang bencana takfiriyah yang sangat mudah menghukum individu lain yang tidak sehaluan sebagai kafir dan munafik hingga mencetuskan pertumpahan darah.

Di sinilah, kata Mat Sabu, Amanah tegas menolak segala rupa bentuk dan pelbagai penampilan ideologi takfiri kerana ia jelas memusnahkan kemurniaan dan kesucian Islam.

Di segi politik, Amanah mempertaruhkan kempen penyebaran makna dan kesan takfiriyah untuk menyapa minat muslimin Malaysia mendekati dan menyokong Amanah.

Bagaimanapun, presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, nampaknya sudah dapat membaca “tekanan” yang bakal dihadapi oleh PAS jika ia “berpatah arang dan berkerat rotan” dengan Mat Sabu dan kawan-kawannya.

Lantaran itu, beliau memperkenalkan dua istilah untuk mempersiapkan PAS melayan terjahan dan cabaran kumpulan yang akan menggunakan ideologi takfiriyah untuk memomokkan parti PAS yang dipimpinnya.















Hadi melontarkan istilah tasahul dan tasyaddud yang beliau kaitkan dengan rancangan besar musuh-musuh Islam untuk mengekang kebangkitan perjuangan Islam di seluruh dunia.

Kata Hadi, jarum hasutan disuntik di dalam pemikiran pejuang-pejuang Islam yang boleh disifatkan sebagai mangsa fahaman sekularisme yang cuba memisahkan tuntutan agama dengan kemodenan.

“Kalangan yang berjuang secara tasahul ingin menceduk setiap perkembangan di luar Malaysia seperti revolusi Islam Iran, AKP di Turki, Ikhwan Hizbu al Nadhah di negara Arab tanpa melihat perbezaan waqie’ (realiti) di bumi tempat kita berpijak.

“Sedangkan kita di tanahair ini telah jauh bergerak dalam matlamat memurnikan aqidah dan amalan masyarakat Islam ke jalan yang tulen berbanding suasana masyarakat di tempat rakan-rakan kita di luar sana,” kata Hadi.

Beliau berkata, walau pergerakan atau jamaah luar Malaysia ini adalah rakan-rakan seperjuangan PAS tetapi mereka bergerak di bumi dan waqie’ yang berbeza pula.

“Manakala dari kalangan yang kedua iaitu bertasyaddud, iaitu mahu melaksanakan Islam dalam sekelip mata, atau menang secara cepat tanpa pilihanraya seperti Taliban, al Qaedah dan Isis atau DAAISH.

“Kumpulan ini juga melibatkan kalangan ulama dan ilmuan yang bersemangat Islam tetapi tidak feqah dalam harakah Islamiyyah dan perlu dinasihati dan dibimbing,” kata Hadi.

Yang pasti cabaran selanjutnya bagi PAS dan Amanah ialah bagaimanakah penerangan, penghuraian dan pemujukan hendak dibuat supaya ia berkesan memenangi sokongan pengundi muslim.

Mampukah Amanah melekatkan persepsi bahawa PAS mabuk dirasuk ideologi takfiriyyah dan mungkinkah PAS pula berhasil mendedahkan penyakit tasahul dan tasyaddud dalam jalur perjuangan Amanah?

Bagi Amanah ukuran kejayaannya mungkin dapat dilihat dalam tempoh 100 hari apabila ia berjaya mendaftarkan 100,000 ahli seperti yang telah diisytiharkannya sendiri.

Bagaimanapun bagi PAS pula, ia mungkin memerlukan masa agak lebih panjang dari itu. Ini kerana Amanah berasa dalam posisi yang agak selesa. Kempennya ialah menerangkan rasional di sebalik kelahiran parti itu.

Ini memberinya peluang untuk membuktikan, menyindir, dan menuduh betapa PAS kini dijangkiti penyakit takfiri.

PAS pula perlu bekerja lebih gigih. Ia perlu memerhati dan menonjolkan dalil sikap gopoh atau tasyaddud Amanah serta betapa parti itu “rabun” visinya yang mudah diuja pengalaman dan model gerakan Islam luar negara yang dipalit ideologi tasahul.

Amanah merancang denai politiknya dengan agak mudah kerana memang sudah menghabiskan berpuluh tahun dengan PAS untuk mengumpulkan pelbagai anekdot yang boleh membuktikan takfiriyyah wujud dan menjalar dalam PAS.

Namun PAS juga berpeluang untuk mengutip bukti dan contoh kegopohan dan “jiwa kecil”  pemimpin-pemimpin Amanah yang nyata tidak istiqamah dalam perjuangan ketika mereka menjadi ahli PAS.

Namun alangkah baiknya jika pemimpin dan pengikut kedua-dua parti itu mempercayai apa yang disebutkan Haji Hadi sendiri dalam ucapan pembukaan Muktamar PAS ke-61 kira-kira lebih sedikit 100 hari lalu:

“Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam bahtera PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisme yang diwujudkan untuk menghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam saf gerakan Islam.”

Selagi dua entiti politik Islam ini saling mencari-cari perbedaan dan enggan hinggap pada dahan persamaan selagi itulah umat Islam di negara ini akan menari mengikut rentak musuh-musuh Islam.

Tidak guna perjuangan yang dilakukan atas nama Allah jika pihak manapun “yang menang akan menjadi abu dan yang kalah menjadi arang.”

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pakatan Harapan Akan 'Bungkus' Seperti Pakatan Rakyat, Kata Ku Nan

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin Pakatan Harapan yang diwujudkan PKR-DAP-Amanah baru-baru ini tidak akan kekal lama.

Ia bakal mengalami nasib sama seperti Pakatan Rakyat (PR) yang berpecah kerana krisis dalaman di antara PKR-PAS-DAP.

"Saya rasa mereka akan bungkus, tidak ada pakatan. Mereka cuba untuk ikut Barisan Nasional (BN).

"Hanya BN sahaja parti yang berbilang kaum, mereka cuba tiru BN dan tengoklah apa jadi dengan mereka sekarang, Pakatan Harapan akan bungkus," katanya kepada pemberita hari ini.

Pakatan Harapan yang diwujudkan pada Selasa lalu adalah menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur pada Julai lalu dengan disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini PKR mahu gabungan pembangkang yang baru itu turut disertai PAS, namun parti itu menolak kerana tidak mahu bekerjasama dengan DAP rentetan kemelut di dalam Pakatan Rakyat tidak lama dahulu.

Begitu juga dengan Amanah, PAS bertegas tidak akan sesekali bekerjasama dengan parti yang dianggap sebagai pengkhianat itu.

Namun PAS komited untuk terus mengadakan kerjasama politik dengan PKR sahaja.

Sementara itu Tengku Adnan memberitahu Umno terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk PAS.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Masjid Terbesar Eropah Di Moscow Dirasmi Putin

MOSCOW : Perbezaan agama tidak menghalang Presiden Russia, Vladimir Putin untuk merasmikan masjid baharu di Moscow dan terbesar di Eropah dalam satu acara besar-besaran semalam. Putin dalam ucapannya berkata, belia Islam di Russia perlu dididik dan tidak didiskriminasi bagi menghalang mereka daripada menjadi pelampau agama. Russia mempunyai lebih 20 juta penduduk Islam dan ramai dalam kalangan penduduk Islam Russia menjadi pelampau agama dan berjuang dengan pemberontak Negara Islam (IS).
"Kita lihat apa yang berlaku di Timur Tengah, pengganas IS menjatuhkan maruah dan mencemarkan Islam dengan menyemai sifat kebencian, membunuh orang serta memusnahkan warisan budaya di dunia dengan cara yang tidak bertamadun. "Ideologi mereka dibina di atas pembohongan dan penyelewengan Islam. Mereka cuba untuk merekrut pengikut di Russia juga. Pembinaan masjid baru ini diharap dapat menghalang penduduk Islam Russia terbabit dengan ideologi salah," katanya.

Masjid yang menelan kos AS$170 juta (RM745 juta) itu diberi nama Masjid Cathedral Moscow dengan seni bina masjid banyak mengikut seni bina rumah ibadat Kristian Ortodok Russia. Binaan kubah utamanya bersadur emas dan mempunyai menara tinggi mencerminkan budaya Moscow dan mempunyai bulan sabit sebagai simbol agama Islam. Majlis Mufti Russia menyatakan pembinaan masjid ini turut mendapat derma daripada pihak swasta, termasuk sumbangan daripada Kazakhstan dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan yang turut hadir pada majlis perasmian. Masjid yang boleh menampung sehingga 10,000 jemaah telah dibina di atas tapak masjid yang lebih awal didirikan pada abad ke-20 awal oleh masyarakat Tatar. Islam adalah agama kedua terbesar di Russia selepas Ortodoks Kristian, yang membentuk kira-kira 15 peratus daripada penduduk. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Politik Makin Kalut.....

Dengan kahancuran Pakatan Rakyat yang diganti dengan PAKATAN HARAPAN yang dilancarkan pada hari ini 22/09/2015 menyaksikan kehadiran Parti AMANAH yang terdiri daripada orang2 yang KECEWA DALAM pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PAS timpuh hari.

Bila kuasa bermain minda Siapa pun sanggup membelakangkan undang-undang dan membelakangkan perjuangan kususnya DALAM memartabatkan Bangsa Dan Agama.

SAYA MULA RISAU APA AKAN JADI DI MALAYSIA INI JIKA DAP (PARTI KELAHIRAN KOMUNIS) BERKUASA DI MALAYSIA INI NANTI. DAP SUDAH TENTU INGIN BERKUASA SEPENUHNYA.

BANGSA MELAYU YANG ADA DALAM PAKATAN HARAPAN MEMANG TIDAK BOLEH DIHARAPKAN, KEBANYAKAN NYA MENJILAT PUNGGUNG DAP. JANGAN SAMPAI BANGSA MELAYU MENGGEMIS DIBUMI SENDIRI.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Fasa Pertama Menghapuskan PAS Berjaya

Pelancaran Pakatan Harapan yang dilancarkan hari ini 22/09/2015 telah berjaya menghapuskan Parti Melayu Islam PAS, kata LGE. Dia juga berjaya memperdaya orang2 melayu yang menyokong PKR Dan AMANAH.

INI LAH TEKTIK YANG DITURUNKAN OLEH PARTI PAP SINGAPURA KEPADA DAP. DENGAN PERPECAHAN BANGSA MELAYU SAJA DAP AKAN DAPAT BERKUASA MEMERINTAH MALAYSIA.

TIDAK MUSTAHIL Perlembagaan Malaysia boleh dipinda jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 nanti. Diawalnya orang melayu akan jadi PM Dan timbalan sudah tentu Dari DAP. Dan tidak mustahil juga PM akan dapat kepada DAP, ini semua boleh belaku setelah pelembagaan dipinda, kerana pemimpin melayu DALAM Pakatan Harapan SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Thursday, September 24, 2015

Pemimpin DAP Sekarang Tetap Sama Seperti DAP Tahun 1969

Perhimpuanan Merah telah meninggalkan tarikhnya, sedikit sebanyak telah memberi tahu kepada DAP bahawa  jangan bermain api perkauman dan menyentuh sensitiviti orang Melayu khasnya.

Perhimpunan Merah yang julung kalinya dilakukan secara besar besaran telah menunjukkan masih banyak lagi orang Melayu yang  sanggup  mempertahankan bangsa Melayu, Agama Islam, Raja Melayu serta perlembagaan Negara dari menjadi sasaran DAP untuk  dihina.

Secara dasarnya perhimpunan ini juga telah menimbulkan kemarahan penyokong Melayu DAP yang mempertikaikan perhimpunan yang dikatakan rasis hanya disebabkan ianya melibatkan kepentingan hak hak orang Melayu.

Bermula perancangan perhimpunan hendak dilancarkan, bermula dari situ juga  fitnah dan pembohongan serta provokasi dilakukan  oleh puak puak sebelah sana bagi memalukan orang Melayu yang ingin menyatakan ketidakpuasan hati  terhadap sikap yang ditonjolkan DAP.

Sikap yang hanya mementingkan faedah kepada DAP dan menidakkan  hak hak bangsa lain terutama Melayu  menjadi agenda kepada DAP untuk membohongi rakyat tentang perjuangan yang mereka lakukan adalah berdasarkan kepentingan rakyat.

Seperti biasa, selepas dan semasa perhimpunan dijalankan  para pejuang cyber DAP dan juga PKR sedaya  upaya untuk melakukan fitnah dan memburukkan perhimpunan merah yang dijalakan secara aman.

Dari banner , kain rentang yang mamaparkan tujuan  telah diedit dan diubah untuk memburukkan  keadaan. Tetapi mereka lupa bahawa dalam perhimpunan bersih 4 secara jelas dan terang matlamat mereka bukan kerana  SPR, Kezaliman dan lain lain lagi. Akan tetapi mereka lakukan adalah untuk menjatuhkan nmaruah pemimpin melayu yang ada sekarang.

Apa yang tidak dilakukan oleh  BERSIH 4, setiap ayat dari banner dan juga perbuatan mereka menunjukkan betapa mereka telah menolak  perlembagaan negara dan rukun negara sebagai asas keharmonian  yang perlu diamalkan oleh setiap warganegara.

Ini kah yang dinama kan BERSIH? Bersih mereka hanya apada  sikap bermuka muka sahaja, namun hakikatnya didalam hati mereka tetap tersemat agenada kesamarataan dan  Malaysian Malaysia yang mana telah terpahat selama 46 tahun lagi.

Pemimpin yang ada sekarang didalam DAP adalah orang yang sama  menimbulkan rusuhan perkauman pada tahun 1969. Hakikatnya DAP tetap sama  dan tidak pernah berubah dalam perjuangan mereka seperti yang diamanahkan oleh PAP iaitu untuk menguasai Malaysia secara total.

Bersih 4 adalah pra sokongan yang ditunjukkan kepada orang Melayu bahawa pada pru 14 nanti sokongan mutlak orang Cina akan berpihak kepada mereka , Agenda memecahkan Melayu telah tercapai, Mereka begitu yakin bahawa dengan perpecahan tersebut  sokongan terhadap UMNO akan berkurangan dan hasilnya mereka boleh mengambarkan kemenangan pada PRU 14 nanti dan menguasai majoriti dalam parlimen.

Justeru itu, Melayu harus sedar, bahawa perjungan bangsa oleh DAP adalah matlamatnya, perkataan rasis adalah hanya retorik bagi menghasut pengundi bahawa DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan sikap sama rata.

Akan tetapi Pulau Pinang dan Selangor telah menjadi bukti corak pemerintahan yang diamalkan adalah bersifat mementingkan satu satu bangsa sahaja dan bukan berpihak kepada apa yang mereka katakan kesamarataan dalam segala perkara.

Melayu harus sedar , DAP tetap seperti pada tahun 1969, dan DAP tidak akan berubah untuk menidakkan agenda yang mereka  telah mulakan. Jadi jangan terpedaya, cukup la selama ini dibohongi oleh mereka ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN