Friday, May 20, 2016

Azmin : Hadi Tidak Tahu Apa Yang Sedang Berlaku Dalam PAS

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/azmin-ali_hadi-awang_600.jpg
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membidas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengatakan bahawa presiden PAS itu “mungkin tidak sedar apa yang berlaku di dalam parti sendiri.”

Azmin berkata beliau bersedia untuk bertemu Hadi bagi menyelesaikan rundingan kerusi dengan PAS untuk Sungai Besar pilihan raya kecil parlimen yang akan diadakan pada 18 Jun.

Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata beliau telah mengadakan mesyuarat dua kali dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, termasuk timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengenai rundingan kerusi itu, walaupun Hadi bertegas PAS tetap akan bertanding di situ.

“Kadang-kadang saya kasihan dengan Ustad Hadi. Mungkin dia tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam partinya,” kata Azmin.

“Pakatan Harapan dan PAS mempunyai ramai calon yang baik. Itulah sebabnya kita masih berbincang, “kata beliau sambil menambah bahawa masih jauh lagi sebelum penamaan calon pada 5 Jun.

Ditanya mengenai hasil pertemuannya dengan Parti Amanah Negara sehari sebelum itu, Azmin berkata Amanah ada menyebut tentang meletakkan calonnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

#PRKSgBesar : Entah Meroyan, Entah Gila Talak

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016
khalid samad pan dap
Kalau cemburu, itu tandanya sayang. Kalau meroyan, apa pula tandanya?

Kadang-kadang saya rasa kasihan juga dengan PAS, yang secara terang-terangan tidak lagi terikat dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Harapan.

Apa tidaknya, sungguh pun tidak lagi bersama dengan Pakatan itu, kelihatan masih ada tangan-tangan dari luar parti itu yang cuba untuk menentukan hala tuju parti. Pelik, tatkala talak sudah dilafaz, kini tergila-gilakan pula untuk sering campurtangan dengan urusan dalaman PAS.

Marahnya PAN kepada PAS bukanlah rahsia, dan kini kita melihat pula bagaimana PAN mendesak untuk PAS berundur dari kerusi parlimen Sungai Besar. Apa yang sedang kita perhatikan ketika ini adalah terjemahan hakikat, atas apa yang pernah berlaku di dalam “kelambu” ketika mereka bersama-sama di bawah Pakatan Rakyat. PAS tetap jatuh ke kasta terbawah.

Ketika bibit perpecahan Pakatan Rakyat berlaku, saya masih ingat ketika itu, kalau tidak silap, Lim Guan Eng pernah melafazkan kata-kata yang hampir sama maksudnya seperti apa yang dilafazkan oleh Khalid Samad semalam.

PAS menang bukan kerana PAS, tetapi PAS menang kerana Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga yang berkata PAS menang kerana nasib.

Matematiknya mudah, tidak perlu untuk mana-mana pihak menuduh siapa yang lebih disokong oleh rakyat. Untuk itu, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, adalah lebih elok untuk PAN meletakkan calon di pilihan raya kecil Sungai Besar sekalipun jika mengikut perkembangan semasa, ia akan berlaku secara 3 penjuru; BN, PAS dan PAN.

Maka, pada pilihan raya kecil kali ini, akan ada dua keputusan yang bakal dinantikan oleh rakyat.

Pertama, siapa yang akan menang kerusi parlimen Sungai Besar?

Kedua, antara PAS dan PAN, yang mana satu mendapat sokongan tertinggi dari rakyat?

Oleh yang demikian, kita akan tahu samada kata-kata PAS menang bukan kerana PAS adalah tepat, atau sekadar tuduhan tidak berasas dari PAN. Segalanya akan terjawab mengikut amalan demokrasi di negara ini.

Indah kan?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

PAS Menang Nasib, Wajar Beralah – Khalid Samad

https://gema1pahang.files.wordpress.com/2016/01/ghb-khalid-samad.jpg?w=736
Pas menang ‘nasib’, wajar beralah – PAN

Pas tidak seharusnya mendakwa kemenangan mereka di beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu adalah kerana calon parti itu, sebaliknya manifesto pakatan pembangkang yang membawa kejayaan itu.

Dakwaan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad itu seolah-olah mahu menyatakan yang kemenangan Pas selama ini adalah disebabkan sokongan daripada parti-parti lain dalam pakatan ber­kenaan, bukannya atas kekuatan mereka sendiri.

Sehubungan itu, jelas beliau, Pas sepatutnya beralah dan memberi laluan kepada calon daripada parti lain yang dirasakan sesuai untuk bertanding termasuk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

“Dalam PRU-13, sokongan pe­ngundi kepada kita (pakatan pembangkang) adalah kerana manifesto, maka tiada mana-mana par­ti boleh mendakwa kemena­ngan mereka atas kapasiti sendiri.

“Perkara ini perlu difahami oleh semua supaya Selangor terus kekal diperintah oleh pakatan pembangkang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi media, di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Laporan yang memetik sumber dalaman Pas itu mendakwa, kata dua tersebut dibuat Mohamed Azmin selepas mesyuarat Exco semalam.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Exco PAS Selangor Diminta Berundur?

http://postmetro.net/wp-content/uploads/2016/03/azmin-ali-PAS-600x342.jpg
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar mula mencetuskan konflik dalam pentadbiran Kerajaan PKR Selangor apabila tiga Exco Kerajaan Negeri daripada Pas dikatakan menerima tekanan meletakkan jawatan jika parti me­reka membuat keputusan untuk bertanding di kawasan tersebut.

Tiga Exco berkenaan ialah Pe­ngerusi Jawatankuasa Tetap Infra­struktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Walaupun Menteri Besar Sela­ngor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan desas-desus tersebut, namun kenyataan beberapa pemimpin kanan Pas seolah-olah mengesahkan tekanan tersebut berlaku.

Biarpun tidak merujuk secara langsung apa yang sedang berlaku di Selangor, mereka menyifatkan politik ugutan yang diamalkan oleh pakatan pembangkang sebagai perilaku samseng.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, politik ugutan sangat tidak harmoni untuk di­amalkan dalam orientasi politik negara apatah lagi yang dipraktikkan terhadap pihak rakan.

“Justeru politik ugut ini sebahagian daripada perilaku samseng politik dan juga adalah peribadi pembuli politik. Andai amalan sebegini dijadikan budaya dalam politik maka pincanglah peradaban kita,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya, di sini hari ini.

Media difahamkan tekanan ke atas tiga Exco Pas yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu mula tercetus apabila parti tersebut mela­lui kepemimpinan kanan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan beliau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas bahawa Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi parti itu.

Oleh itu mereka menolak sebarang rundingan sama ada de­ngan PKR, DAP mahupun PAN berhu­bung perkara tersebut.

Mohamed Azmin sebelum ini mencadangkan supaya Pas berun­ding dengan pakatan pembangkang berikutan kekalahan teruk pakatan itu dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) Sarawak baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Penera­ngan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali turut mengingatkan semua pihak supaya tidak perlu menjadi samseng politik dengan mengambil tindakan ugut-mengugut.

“Insya-Allah, Pas tetap bertan­ding di kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Itu keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat minggu lepas.

“Bertawakallah kepada Allah. PAS membawa mesej dakwah dan politik Islam. Tidak ada orang yang rugi jika membawa mesej ini,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula meminta pakatan pembangkang menghormati parti itu.

‘‘Hormati kami jika kami menolak rundingan ‘mi segera’ yang sekadar memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi pilihan raya umum 2013.

“Kalau masing-masing mahu tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan. Bulan adalah rawatan alam daripada sekelian kejadian di bumi tuhan,’’ katanya.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, Mohamed Azmin yang diminta mengulas desas-desus berhubung perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Ex­co kerajaan negeri menegaskan, dakwaan beliau mengugut tiga exco Pas itu adalah tidak benar.

“Tidak benar. Perkara itu tidak berlaku (ugut singkir Exco Pas). Sekarang ini fokus kita bincang kerusi dulu. Perbincangan juga masih berjalan dan saya ada jumpa PAN hari ini,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

#PRKSgBesar : PAN Tetap Berkeras, Sungai Besar Untuk “Test Market”?

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016
azmin pas pan
Apa pun sandiwara yang sedang dimainkan oleh PAN ketika ini terhadap PAS, seperkara yang perlu PAS ketahui ialah PAN sedang merancang untuk menjadikan pilihan raya kecil kali ini sebagai platform untuk mengukur sokongan ke atas parti mesra DAP itu.

Itu antara dapatan yang saya perolehi setelah beberapa hari meluangkan masa membuat panggilan telefon kepada beberapa rakan yang 'signifikan' dengan kawasan Parlimen Sungai Besar.

Para penyokong PAN yang sempat juga saya hubungi berbual bersama di warung-warung, sangat bertegas untuk meletakkan calon dari parti mereka agar bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional. Saya difahamkan, jentera PAN dari Sabak Bernam yang dikhabarkan jauh lebih kuat dari jentera PAN Sungai Besar sudah bersiap sedia untuk membantu pada pilihan raya kecil kali ini.

Umumnya, PAN tahu bahawa mereka akan kalah, jadi, tidak rugi untuk mereka menggunakan peluang yang ada untuk mengukur sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap parti itu. Namun, kemenangan dengan majoriti tipis Barisan Nasional membuatkan PAN tetap optimistik.

Apa relevannya untuk menidakkan peluang PAS untuk bertanding? Tentunya PAN juga mempunyai maruah, dan demi maruah inilah mereka bertali arus menekan PAS agar undur diri. Jika ditakdirkan kalah kepada Barisan Nasional nanti, maka majoriti akan jadi kayu pengukur.

PAN tentu akan mengalami malu yang teramat, sekiranya nanti memperolehi jumlah undi yang sangat sedikit berbanding PAS. Di mana hendak Mat Sabu dan sekutunya meletakkan muka nanti?

Oleh yang demikian, PAS perlu disingkirkan agar tidak meletakkan calon. Dalam senario satu sama satu, PAN lawan BN, kalah sekalipun pasti sekurang-kurangnya mereka memperolehi undi yang banyak apabila undi-undi pembangkang bergabung menjadi satu.

Saya sangat yakin, bahawa keputusan itu nanti akan menjadi asas gerak kerja PAN di Sungai Besar, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Yang DiPertuan Agong Kena Tahanan Rumah, Mahathir Sudah Hilang Akal !!!

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/Mahathir-Mohamadrules.jpg
Tiada kata-kata yang lebih sesuai harus dilemparkan kepada Mantan Perdana Menteri melainkan biadap dan hilang akal. Sebagai seorang mantan ketua kerajaan, Mahathir seharusnya tahu dan sedia maklum bahawa YDPA bukannya pengetua sekolah yang boleh berjumpa sesuka hati dan pada bila – bila masa mengikut kehendaknya. Adakah Mahathir perasan dengan merasakan peranannya sebagai Ketua Pembangkang yang baru beliau layak menuntut apa saja tanpa mengikuti protokol dan prosedur tertentu.

Menurut sebuat portal pro pembangkang, Mahathir berkata sedemikian semasa di dalam satu program yang diadakan di Subang Jaya semalam. Tindakannya menuduh YDPA dikenakan tahanan rumah merupakan satu penghinaan yang besar kepada Institutsi YDPA dan juga satu fitnah yang dahsyat pada kerajaan. 

Mahathir sememangnya tidak menghormati institutsi DiRaja sejak pindaan Perlembagaan 1983 Perkara 66 (4A) Perlembagaan yang dibuat oleh Parlimen yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat kerajaan dan kesinambungannya adalah pada penderhakaan pada krisis perlembagaan 1993 tetapi itu semua sudah jadi sejarah tetapi Raja – Raja Melayu tidak pernah lupa tentang perkana ini sehinggalah Sultan Ibrahim membangkitkan peranan institusi Beraja semasa Persidangan Speaker-Speaker Parlimen & Dewan Undangan Negeri minggu lalu.

Mahathir sudah tidak peduli mengenai adab dan kesopanan Melayu apabila membuat tuduhan seperti itu. YDPA bukan sahaja sebagai tonggak Negara malah baginda seorang Sultan yang datang dari negeri kelahiran beliau sendiri. 

Tetapi apakan daya itulah watak Mahathir yang sebenar, beliau akan mempergunakan dan menyerang sesiapa sahaja yang menghalang kehendak dan kemahuaannya. Kata orang – orang tua kalau sudah tidak boleh menjadi garam jangan pula hendak menjadi langau merosakan apa yang dihingapi olehnya.

Pihak polis seharusnya bertindak terhadap Mahathir dan menyiasatnya dibawah Akta Hasutan supaya menjadi pengajaran kepadanya dan yang lain agar tidak bercakap sesuka hati dengan menggunakan kedudukannya sebagai Mantan Perdana Menteri. 

Mahathir sepatutnya perlu lebih meluangkan masanya dengan beramal membuat bekalan akhirat sebagai persediaan mengadap Rabbul Jalil dan bukan membuat fitnah dan tohmahan jahat pada usia senja ini. Bertaubatlah Mahathir sebelum terlambat!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Mat Taib Calon PKR Di Parlimen Sungai Besar?

mat_taib_briefcase
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Mat Taib) sebagai calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan diadakan pada 18 Jun 2016 nanti.

Sumber yang rapat dengan Azmin Ali mendakwa Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR tersebut dijangka mengumumkan nama Mat Taib sebaik sahaja mendapat persetujuan PAS untuk bekerjasama dalam PRK Sungai Besar ini.

Jika dilihat sejak minggu lalu, Azmin Ali sudah “berkampung” di Sungai Besar tanpa menonjolkan sebarang calon untuk mewakili partinya atau Pakatan. Kemunculan Parti Amanah Negara (PAN) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanyalah rancangan “tambahan” sekiranya Azmin gagal mengatur kompromi dengan Pas.

Azmin hari ini dilaporkan meminta Pas memberi laluan kepada PKR kali ini kerana parti tersebut berhadapan dengan masalah “kepercayaan” kaum Cina sejak kebelakangan ini.

Sungguhpun Pas mengumumkan penolakan cadangan memberi kerusi Sungai Besar kepada PKR, namun rundingan peringkat tertinggi masih dijalankan. 

Azmin dikatakan telah menawar laluan untuk Pas bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional di Kuala Kangsar dan juga menjanjikan pemberian potfolio kanan kepada Pas dalam rombakan EXCO Kerajaan Negeri Selangor akan datang.

Azmin sanggup berhabis-habisan kali ini bagi menjaga maruah beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Kadir Jasin Sahkan Daim Di Belakang Tun Mahathir?

http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/379540/2002.jpg
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin seolah-olah mengeesahkan bahawa Tun Daim Zainuddin kini bersama Tun Mahathir Mohamad dalam gerakan menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kadir ketika mengulas surat terbuka Anwar Ibrahim membelasah Mahathir mendakwa Anwar mengetahui bahawa walaupun Daim tidak kelihatan bersama kumpulan Mahathir, namun pembabitan Daim di belakang tabir tidak harus diketepikan.

“He also knew that although Daim was not seen with the group, his behind-the-scene involvement was not to be dismissed. Let me put it as bluntly as I could. Mahathir, Anwar and Daim, for a good part of the 1980s and 90s, were the three musketeers of the Malaysian politics.”

Kenyataan Kadir Jasin ini walaupun mengulas surat Anwar ia seolah-olah mengesahkan pembabitan Daim dalam gerakan ini.

Kadir Jasin diketahui sebagai antara orang kepercayaan Daim Zainuddin. Malah sebahagian orang menganggap, Kadir lebih setia kepada Daim berbanding Mahathir.

Kadir bukan sahaja tidak menafikan pembabitan Daim dalam Kumpulan Mahathir malah memberi isyarat seolah-olah bersetuju dengan Anwar Ibrahim, jelaslah Daim turut sama dengan Tun Mahathir.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Baru PRK Dah Celaru, Kalau PRU? Haru Biru!!

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016
PRK-Sungai-Besar-Kuala-Kangsar
Parah !! Itu saja yang saya boleh katakan tentang pertelagahan pembangkang dalam soal siapa patut bertanding di pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Baru 2 kerusi, 2 parti  (PAS dan Pakatan), pun tak boleh nak selesai, belum bincang PRU lagi!! Tak hairanlah di Sarawak puak-puak ini kalah besar, berbalah tak habis habis. BN ada 13 parti, tak pernah kelam kabut macam ini.

Sepatutnya tak jadi masalah sebab PAS tak terikat dengan Pakatan, suka hati dialah nak buat apa tapi sebab formula entah apa haram jadah diguna pakai di Selangor ni untuk mengekalkan kuasa, yang takde masalah pun jadi masalah juga.

Jika berlaku di Pulau Pinang atau Kelantan ni, confirm takde masalah sebab di situ masing-masing PAS dan DAP cukup bentuk kerajaan sendiri tanpa bantuan dari parti lain. Nampak sangat formula guna satu nama tapi bertanding masing-masing ni, hanya bencana yang menunggu nak jadi.

Masa selesa tak nampaklah, bila dah berlaku perpecahan dan ada pulak pilihanraya kecil macam ini, barulah terdedah apa yang selama ini cuba disembunyikan. Guna lagi formula entah apa-apa Anwar tu.

Kita yang sokong BN ni lama nampak dah, berbuih pun cakap, tergeliat jari menaip tapi kalau dah jenis menyokong guna emosi, buang masa saja bercakap. Nah sekarang, baru padan muka.

Rakyat yang lain ini kena lihat dan jadikan sempadan kenapa pembangkang ini tak boleh kita sokong. Tak stabil, tak macam BN langsung sekalipun persepsi diberi seolah-olah yang bertanding tu satu gabungan walhal pakai lambang masing-masing. Mereka sebenarnya cuba meniru BN tapi buatlah macam mana pun, takkan menjadi punya.

Yang penting fikirkanlah, adakah semua pertelagahan, perebutan yang berlaku ini kerana rakyat dan demi rakyat? Tak nampak macam itu, ini lebih kepada diri mereka masing-masing punya kepentingan, nak jadi somebody ada title depan nama, kuasa, duit dan sebagainya.  Rakyat hanya bahan untuk dapat undi.

Itu yang tiba-tiba Sg Besar dapat bas percuma tu.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Surat Anwar Tuju Pada Azmin?

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016

b17c0ea0-0ba5-422a-9377-d81b862fddc8
Ada orang memaklumkan kepada saya, panjang-panjang surat yang Anwar tulis dari penjara tu sebetulnya ditujukan kepada seorang saja, iaitu orang nombor 3 dalam hieraki kuasa PKR, Azmin – bukan kepada sesiapa yang lain dalam PKR.

Ye tak ye jugak, takkan dia nak sound bini atau anak dia sendiri (berjumpa setiap minggu) pasal kerjasama dengan Mahathir melalui surat kot, mesti kepada seseorang yang spesifik.  

Spesifiklah tu, kalau nak buat umum kepada ahli-ahli PKR yang lain, taklah Azizah isytihar surat tu hal dalaman parti.

Dan siapa lagi yang spesifik itu kalau bukan Azmin. Buktinya, ia adalah Azmin yang konsisten nampaknya ke hulu ke hilir galak menyertai program Deklarasi Rakyat Mahathir, orang lain mana ada.  Satu dua tu adalah, yang banyaknya kelihatannya Azmin.

Tak hairan kenapa Azmin taknak ulas pasal surat tu, memanglah dia taknak ulas, sebab surat tu besar kemungkinan ditujukan pada dia!!

Apa pun tak kisahlah tu, yang penting pendedahan surat itu dan tunggang langgang yang mengikut di belakang, menandakan PKR memang dalam keadaan porak peranda – dek Mahathir saja.

Ini sebenarnya keadaan yang menguntungkan UMNO/BN. lebih lagi dalam persiapan kita menghadapi 2 pilihanraya kecil di Sg Besar dan Kuala Kangsar. PKR seperti yang kita tahu adalah pihak yang diharap untuk menjadi orang tengah antara Pakatan Harapan dan PAS bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru yang pastinya akan memenangkan BN.

Tapi nak jadi orang tengah macam mana bila dia sendiri sedang bergoncang dari dalam?  

Nak betul orang macam mana kalau diri sendiri pun tak betul?

Disediakan oleh : 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Apa Yang Rahsia Azmin? Surat Anwar, Bukan Pasal Mahathir…

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016

azmin-tun-m2
Katanya Sungai Besar ada perkhidmatan bas percuma sekarang.  Kalau Kuala Lumpur ada KL Sentral, Sg Besar pun dah ada Sg Besar Sentral, naik taraf tiba-tiba.  Baguslah, elok nak pilihanraya kecil je bas percuma pun dapat, kalau kena UMNO/BN buat ni dah kena tuduh rasuah pengundi tu, tapi sebab kerajaan Selangor PKR yang buat, tak rasuah tapi khidmat untuk rakyat.

Siapa bodoh, percayalah tu.

Bagaimanapun, bukan nak cerita pasal bas percuma tu, sebaliknya saya nak sebut pasal kenyataan Azmin kepada wartawan mengenai surat Anwar yang menjadi viral semalam dimana Azmin enggan mengulas, kononnya hormat dengan arahan Presiden yang mengklasifikasikan surat itu sebagai hal ehwal dalaman parti, bukan untuk tatapan umum.

Oklah, disebalik gebang gebung pasal kebebasan bersuara, rupanya dalam PKR sendiri bukan semua benda bebas dibualkan, ada juga had, ada juga halangan rupanya, tak tahula pulak, ingat semua bebas.

Tapi yang jadi tak faham tu, apa kaitan soalan wartawan mengenai sokongan Azmin terhadap bekas ahli UMNO Mahathir, dengan surat Anwar jadi masalah dalaman parti yang tidak boleh dihebahkan kepada umum?

Surat tu yang tak boleh hebah pada umum, bukan bab sokongan Azmin kepada Mahathir tu.  Ke, Azmin tak faham soalan?

Apa pun, cakap tak serupa bikinlah ni kiranya. Sana bebas bersuara, sini bebas bersuara tapi kena batang hidung dia, boleh pulak elak elak nak jawab soalan? Lepas ini jangan jadi bodohlah percaya puak Pakatan ni memperjuangkan kebebasan bersuara, takde mananya.

Saya sebenarnya fahamlah Azmin tersepit.  Jawab kena, tak jawab pun kena tapi lebih baik tak jawab – kalau kena pun sikit.  Cuma berhentilah jadi jaguh kebebasan bersuara selepas ni, hilang kredebiliti dah nak cakap pasal kebebasan bersuara.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Panassss Ni !!!! Dakwaan 'Minta Perempuan' : ADUN DAP Mahu Rafizi Lapor SPRM

PETALING JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mahu Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan bahawa wang dan seks digunakan dalam urusan kerajaan negeri Selangor.

"Dia sekurang-kurangnya perlu membuat laporan kepada SPRM.

"Ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada parti dalam jangka masa pendek, kita tidak boleh menutup rasuah," kata Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dalam posting di Facebooknya, Khamis.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, dikatakan membuat dakwaan melalui mesej WhatsApp bahawa PKR yang diterajui kerajaan negeri Selangor telah menggunakan wang dan seks dalam urusan pentadbirannya.

Rafizi mendakwa beliau menerima aduan daripada 'orang bona fide' berhubung 'permintaan mendapatkan perempuan' yang dibuat apabila berurusan dengan kerajaan negeri di mana Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali adalah menteri besarnya.

Rafizi berkata ada 'orang' yang datang kepadanya dengan aduan itu dan beliau kini sedang mengumpul semua maklumat dan bukti.

“Semalam saya mendapat laporan dan aduan daripada orang bona fide bahawa selain wang, sekarang ini ada juga permintaan 'perempuan' bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/i tahu apa yang saya maksudkan).

“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik. Selama ini tidak pernah sekalipun saya pergi ke SUK sejak sdr. Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” Rafizi didakwa berkata demikian dalam kumpulan perbualan WhatsApp 'Solidarity For Anwar'.

Pihak media cuba untuk menghubungi Rafizi bagi mendapatkan komen berhubung perkara ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

MB Perak Beri Amaran Keras Kepada Ahli Parti....

Amaran keras kepada ahli parti supaya tidak bertindak mensabotaj parti ataupun calon parti, kerana perkara itu merupakan satu pengkhianat kepada parti.

Amaran ini dituju kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO yang kini sanggup bersengkokol dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi merealisasikan impian Dr Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Najib Ubah UMNO Jadi 'Najis', Kata Mahathir... Inikah Cara Dan Perangai Mahathir?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulang paku buah keras terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mahathir menuduh Najib menjadikan Umno sebagai hak milik peribadinya.

Dalam dua majlis berasingan, bekas perdana menteri itu merujuk kepada bagaimana Umno telah menjadi 'najis'.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Najib sebelum ini yang menuduhnya menikam parti yang telah banyak memberi manfaat besar kepada ahli keluarganya.

Ini ekoran gesaan Mahathir supaya pembangkang bersatu untuk mengalahkan BN pada dua pilihan raya kecil akan datang.

"Beliau dan keluarganya dapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai PM dan ini kerana kekuatan UMNO dan BN.

"Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka terdapat reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak mengambil peduli langsung apa yang diterima sebagai manfaat kerana tanpa BN dan UMNO beliau tidak akan jadi perdana menteri, takkan jadi menteri," kata Najib.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Najib itu, tambah Mahathir, Najib juga mengaut banyak manfaat sepertinya tetapi dalam keadaan yang berbeza.

"Beliau juga meraih banyak manfaat dari Umno,” ujar Mahathir. “Tetapi saya tidak menjadikannya (Umno) sebagai hartanah peribadi.”

"Kini beliau menukar Umno kepada ‘najis', saya maksudkan Najib," beliau memberitahu media di Subang Jaya.

Beliau turut mengutarakan kenyataan yang kasar dan kesat semasa sesi soal jawab sebelumnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Inilah Yang Kita Mahukan Pada Kerajaan.....Sewa Percuma Untuk Peniaga MARA Digital Mall Di Seluruh Negara

Para peniaga di pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall di seluruh negara akan turut menikmati pengecualian bayaran sewa selama enam bulan sama seperti MARA Digital Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian telah memutuskan untuk memberi sewa percuma itu sama seperti diberikan kepada bakal peniaga di MARA Digital Mall di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall di Damansara, kedua-dua mall itu akan dibuka pada masa yang terdekat ini,” katanya pada sidang media di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata subsidi sewa itu diberikan sebagai bantuan sementara bagi peniaga memulakan perniagaan selama tempoh enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan, ia bukannya layanan istimewa kepada para peniaga seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Beliau berkata MARA Digital Mall di Anggerik Mall akan dibuka pada akhir bulan depan (Jun), kelewatan pembukaan mall itu disebabkan bangunan berkenaan mengalami kebocoran dan kerosakan akibat ribut baru-baru ini, justeru, pembukaan terpaksa ditunda atas sebab keselamatan.

“Para peniaga perlu memulakan perniagaan mereka pada masa yang sesuai kerana pada bulan puasa, kebiasaannya orang ramai gemar membeli pakaian baju raya berbanding telefon bimbit dan barangan IT,” katanya.

Pada Disember tahun lepas, Ismail Sabri berkata MARA Digital Mall akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara tahun ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Pertandingan Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) yang berlangsung dari 16 Mei hingga 15 Jun depan kini dibuka untuk penyertaan.

“Pertandingan RBC tahun ini, dua kategori masih dikekalkan iaitu pertandingan Pengembangan Perniagaan dan Idea Perniagaan. Untuk kategori Pengembangan Perniagaan, ia terbuka kepada syarikat yang telah beroperasi manakala kategori Idea Perniagaan boleh disertai oleh syarikat yang belum beroperasi.

“Penyertaan terbuka kepada semua golongan belia warganegara Malaysia yang berumur antara 18 dan 40 tahun,” katanya.

Beliau berkata hadiah yang ditawarkan untuk Pengembangan Perniagaan adalah dalam bentuk geran perniagaan sehingga RM1 juta dan juga kemudahan dan bagi Idea Perniagaan pula kementerian menyediakan hadian berbentuk wang tunai sehingga RM10,000 bagi rancangan perniagaan yang terbaik.

“Secara keseluruhan, pemenang RBC untuk tahun 2012 hingga 2014 telah berjaya mewujudkan hampir 487 peluang pekerjaan baharu, pertandingan RBC ini juga berjaya melahirkan 353 usahawan baharu dari pelbagai bidang,” katanya.

Ismail Sabri berkata produk-produk keluaran oleh para pemenang RBC itu juga berpotensi untuk dipasarkan dengan lebih meluas di pasaran dalam negara dan luar negara berikutan permintaan yang baik terhadap produk mereka.

Maklumat lanjut mengenai RBC boleh diperoleh dengan menghubungi Sekretariat RBC di talian 03-88915607 atau melayari laman web di www.rbc.my.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

PAS Pusat Dijangka Bermesyuarat Bincang Isu Pecat Exco

SHAH ALAM : PAS Pusat dijadual mengadakan mesyuarat Sabtu ini bagi membincangkan dakwaan tiga exco parti itu diminta letak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sallehin Mukhyi memberitahu, mesyuarat ini akan diadakan jika ia mendapat perhatian daripada kepimpinan tertinggi PAS.

"Saya dimaklumkan memang ada pertemuan antara (Datuk Seri) Azmin dengan exco (PAS) tapi saya tidak tahu butiran lanjut mengenai pertemuan, sebab ia melibatkan exco sahaja.

"Pimpinan PAS Pusat pun rasanya sudah tahu pasal isu ini, mungkin saya akan dipanggil dalam mesyuarat Sabtu ini, saya kena tunggu tarikh itu dahulu," katanya kepada Antarapos.

Difahamkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali ada membuat pertemuan dengan exco PAS selepas mesyuarat exco semalam.

Timbalan Presiden PKR itu didakwa memberi kata dua kepada PAS samada untuk menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Sebelum ini Azmin berkata rundingan akan tetap berjalan bagi merealisasikan prinsip satu lawan satu dalam PRK Sungai Besar 18 Jun depan.

Malah pihaknya masih berbincang dengan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP untuk mencapai tujuan tersebut.

Mengulas mengenai intipati pertemuan Azmin bersama tiga exco PAS berkenaan, Sallehin berkata beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan hal itu.

"Saya tidak boleh beri kenyataan sebab dia (Datuk Seri Azmin Ali) panggil exco Selangor sahaja. Saya tidak tahu tentang (pertemuan itu). Lebih baik hubungi exco (PAS) sahaja," jelas Sallehin.

Sallehin yang juga bekas exco kerajaan Negeri Selangor itu turut mengesahkan pertemuan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan kesemua exco PAS Selangor petang semalam.

"Saya tidak pasti sebab exco ada buat pertemuan mungkin dengan pimpinan PAS Pusat, saya tidak tahu butir pertemuan itu.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa partinya tetap akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Oleh itu, impian PH bagi mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar mungkin tidak menjadi kenyataan malah pembangkang mungkin terpaksa berputih mata dek kerana faktor perpecahan pengundi yang akan memberik kelebihan kepada BN. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Guan Eng Minta Hadi Jelaskan Laporan Kata-Kata Kesat Daripada PAS

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya membuat pengesahan mengenai laporan kata-kata kesat yang dikeluarkan PAS terhadap DAP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Abdul Hadi perlu membuat pengesahan untuk membersihkan namanya jika perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

"Sekiranya perkara itu benar, ia dilihat tidak adil bukan sahaja terhadap DAP malah kepada orang bukan Islam.

"Saya amat terkejut dengan tindakan Abdul Hadi yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas DAP secara khususnya kepada orang bukan Islam," katanya kepada pemberita di Georgetown,Khamis.

Lim turut mengesyorkan Abdul Hadi mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan bagi membersihkan namanya.

Dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Abdul Hadi dilapor mengarahkan ketiga-tiga exco di Selangor supaya tidak meletak jawatan dan bersedia untuk dipecat daripada kerajaan Selangor.

Dalam mesyuarat yang diadakan di kediaman Abdul Hadi di Rusila, Terengganu itu, Abdul Hadi dilapor berkata PAS 'lebih rela menjadi tunggangan lembu UMNO daripada tunggangan babi DAP' (the party would rather herd the cows of UMNO than herd the pigs of DAP).

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ehhh...Elehhhh.... Azmin Nafi Minta ADUN PAS Letak Jawatan

SHAH ALAM : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali menafikan memberi kata dua kepada exco PAS supaya meletak jawatan atau melupakan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bulan depan.

Katanya fokus beliau kini ialah mengadakan perbincangan dengan pelbagai parti pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

"Saya akan adakan mesyuarat dengan Parti Amanah Negara hari ini. Kata dua? Tak ada seperti itu. Ia tidak benar. Fokus kami adalah untuk membincangkan mengenai kerusi berkenaan dan ia belum selesai," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini, Khamis.

Menteri Besar itu diminta mengulas laporan bahawa beliau telah meminta anggota Exco Selangor daripada PAS untuk meletakkan jawatan jika parti itu berkeras untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Menurut laporan itu, Azmin mahu PKR bertanding di kerusi tersebut dan bukannya PAS atau Amanah.

Ditanya sama ada PAS akan kekal dalam pentadbiran negeri jika ia bertanding kerusi itu, Menteri Besar Selangor berkata: "Jangan terus membuat kesimpulan."

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Krisis Bertambah Panas Di Selangor : Exco PAS Mungkin Dipecat

PETALING JAYA : Ahli Exco Selangor dari PAS diminta meletak jawatan pada Isnin jika parti itu masih tetap dengan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.

Kata dua itu dilaungkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu PKR bertanding di kerusi tersebut.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menujukan kata dua itu kepada Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa exco PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas mesyuarat Exco di sini Rabu.

Namun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti memutuskan untuk terus bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.

Tiga ahli exco Selangor dan beberapa pemimpin parti itu telah berlepas ke Terengganu pada Rabu untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

"Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu," kata sumber PAS Selangor.

Hadi yang juga Presiden PAS mengarahkan ketiga-tiga ahli exco itu supaya tidak meletak jawatan.

Beliau berkata parti itu bersedia untuk digugurkan daripada kerajaan negeri.

Semasa mesyuarat dengan ahli exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang cerah untuk menentang Umno di Sungai Besar.

Jelasnya, PKR boleh mendapat sokongan undi Melayu dan Cina manakala PAS dan Amanah akan memberi kemenangan mudah kepada Umno.

Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau juga berjanji bahawa PAS akan diberi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

PKR bertanding tetapi tewas di kerusi Parlimen Sabak Bernam pada 2013.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN