23 Oktober 2013, Alor Setar : Hari ini, bermulalah sesi penamaan calon bagi pertandingan satu lawan satu di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) bagi DUN Sungai Limau akibat kekosongan yang ditinggalkan dengan pemergian Datuk Seri Azizan ke Rahmatullah. dengan itu juga bermulalah kempen PRK bagi menentukan siapakah yang bakal dipilih oleh rakyat begi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
Di antara penceramah yang telah diundang untuk turut sama berkempen bagi menyampaikan penerangan isu-isu semasa termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul juga adalah merupakan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia.
Beliau telah turut sama hadir pada sesi penamaan calon dari pagi hinggalah ke sebelah malamnya beliau terlibat di dalam ceramah penerangan isu-isu semasa di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Besar, DUN Sungai Limau.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang pergerakan Presiden ADAM ini dari pagi hinggalah ke sebelah malamnya.

Tempat Penginapan Sdr Syamsul

Suasana ketika bersarapan pagi di Hotel New Regent




Perjalanan menuju ke Pusat Penamaan Calon yang diiringi pemandangan sawah padi yang memukau...


Suasana kemeriahan di Pusat Penamaan Calon

Kawasan DUN Sg Limau menjadi penuh sesak dengan kehadiran penyokong parti BN dan PAS


Sdr Syamsul berkesempatan bergambar bersama Pn Zahida, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia


Datuk Seri Liow Tiong Lai


Calon BN, Dr Ahmad Suhaimi Md Lazim dengan diiringi Tan Sri Muhyddin Yasin



Bergambar bersama Datuk Razak Mansor dan Datuk Hasim Rusdi


Bermesyuarat di Bilik Gerakan Barisan Nasional N20 PRK Sungai Limau


Perbincangan dua hala pemimpin bersama penceramah

Dari kiri; YB Datuk Ahmad Maslan, YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan YB Datuk Jamil Khir Baharom


Di sebelah malam beraksi di pentas ceramah di PDM Bukit Besar DUN Sungai Limau

























Dari kiri; Cikgu Zainol Abidin (Penerangan UMNO Negeri Kedah),Sdr Syamsul Amri (Presiden ADAM) dan Tn Hj Azizan (Penyelaras PDM Bukit Besar)



Beramah mesra bersama Ketua Wanita Cawangan Bukit Besar
Disediakan oleh : EDITOR