Thursday, January 14, 2016
Dua Pengebom Berani Mati IS Sah Rakyat Malaysia…
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussien mengesahkan identiti
dua pengebom berani mati yang letup diri di Iraq dan Syria minggu lalu
adalah rakyat Malaysia.
Beliau beritahu demikian kepada wartawan pada satu majlis di Pengkalan TUDM,Subang petang Rabu.
"Sebelum ini ada seorang rakyat kita terbabit dalam serangan bom.
Sekarang dua orang lagi. Setakat ini tiga rakyat Malaysia terbabit dalam
kes serangan bom.
"Mereka ini bukan sahaja tidak takut untuk mati tetapi berhasrat untuk
melakukan sesuatu perkara yang orang tidak terfikir hendak buat,"
katanya.
Hishammuddin bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung identiti kedua-dua pengebom itu.
Sebelum ini timbul teka teki identiti kedua mereka yang mana ti dakan
letup diri dalam dua kejadian berasingan telah akibatkan lebih 30
terbunuh.
Selasa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata polis masih
menunggu laporan rasmi pengesahan identiti dua pengebom berani mati yang
didakwa rakyat Malaysia.
Pihaknya khuatir jika ada pihak yang menggunakan identiti rakyat Malaysia untuk melakukan perkara berkenaan.
"...45 peratus dipercayai berkemungkinan rakyat kita terlibat (kejadian
pengeboman itu) tetapi saya ingin menunggu laporan yang sah dahulu.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) mempunyai cara tersendiri untuk mengenal
pasti identiti mereka (pengebom berani mati), kemudiannya baru kami akan
membuat ulasan jika dapat pengesahan rasmi," katanya.
Khalid berkata sebelum ini memang ada rakyat Malaysia yang terlibat
sebagai pengebom berani mati, dan telah terkorban dengan tindakan mereka
sendiri.
Dua rakyat Malaysia berkenaan ialah Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, yang
berasal dari Terengganu, meletupkan bom yang berada padanya dalam sebuah
kereta semasa pertempuran di kubu kumpulan pengganas IS di Raqqa,
Syria, pada 29 Disember.
Manakala Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, yang melaksanakan misi pada
malam 3 Jan, ialah seorang daripada tujuh pengebom berani mati yang
menyusup ke pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, kira-kira
160km ke utara Baghdad, Iraq.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment