Thursday, January 14, 2016
Jasa Tun Abdul Razak Mengasaskan Felda Sentiasa Dikenang - Peneroka
KUANTAN : Tanah rancangan Felda yang dibangunkan Allahyarham Tun Abdul
Razak Hussein lebih 50 tahun lalu merupakan antara sumbangan terbesar
Perdana Menteri kedua itu kepada masyarakat.
Seorang peneroka Felda Bukit Sagu 1 di sini mengakui kehidupan yang
dikecapinya kini jauh lebih baik sebelum menyertai Felda pada tahun
1982.
Mustaffa Ismail, 70, yang dahulu bekerja sebagai penoreh getah di Pokok
Sena, Kedah, menyatakan penghijrahannya dari negeri jelapang padi itu ke
Pahang untuk menyertai Felda 34 tahun lepas merupakan keputusan yang
tepat.
"Apabila saya mula sampai ke Felda ini 34 tahun lalu, keadaan ladang
sawit tidak seberapa, namun saya telah mengusahakannya sehingga kini
mendatangkan pulangan yang lumayan.
"Syukur kerajaan memberikan tanah sawit 10 ekar di sini dan kehidupan
keluarga pun lebih stabil dan semakin baik," katanya kepada Bernama
sambil menyatakan dia pernah menerima pulangan mengusahakan kelapa sawit
sehingga RM6,000 sebulan.
Mustaffa yang juga seorang imam di Felda Bukit Sagu 1 berkata hasil
pendapatan sebagai peneroka Felda, kedua-dua anak perempuannya dapat
menjejak kaki ke menara gading, sehingga mereka kini bergelar peguam.
Anak sulungnya Nor Hidayah, mempunyai firma guaman di Kuantan manakala
anak keduanya Nor Munirah, merupakan peguam sivil dan syariah.
"Kalau saya tak masuk Felda, memang saya tak pernah mengimpikan
kehidupan seperti ini. Saya juga tidak pernah menyangka dua anak
perempuan saya akan menjadi peguam," katanya.
Sementara itu, seorang peneroka di Felda Bukit Sagu 2, Melah Busu, 56,
turut menghargai jasa Allahyarham Tun Razak yang membolehkannya
menikmati kehidupan yang lebih selesa selepas menyertai Felda pada tahun
1988.
"Memang dahulu orang Melayu yang tinggal di kampung susah hendak cari makan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment