Thursday, January 14, 2016

Jenis Keras Kepala Lim Guan Eng Ni..... CAP Pula Mahu Lim Guan Eng Utamakan Pengangkutan Awam, Bukannya Lebuhraya Baharu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) meluahkan kebimbangan mereka terhadap tiga projek lebuh raya yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

Pertubuhan bukan kerajaan (NG) itu mendesak kerajaan negeri memikirkan dan meneliti semula pelan pengangkutan dan dengan mengutamakan penggunaan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki berbanding penggunaan kenderaan persendirian.

Ketika Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow berkata, tiga lebuh raya itu dapat mengurangkan masalah kesesakan yang kritikal, NGO pula tetap berpendirian ia akan memberikan kesan negatif alam sekitar.

Kedua-dua NGO itu juga bimbang bahawa projek terbabit yang akan bermula Jun tahun depan, akan memberi kesan terhadap kesejahteraan penduduk yang tinggal berhampiran laluan terbabit yang disahkan tanpa perundingan awam.

Tiga projek jalan itu ialah Jalan Berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang; Jalan Pintas Lebuhraya Air Itam-Tun Dr. Lim Chong Eu; dan Jalan Pintas Lebuhraya Persiaran Gurney–Dr. Lim Chong Eu membabitkan laluan di kawasan kediaman, komersial, berbukit dan kepentingan umum.

Kedua-dua NGO itu juga mendakwa sudah menyuarakan bantahan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) keperluan pihak pemaju projek daripada tiga pakej jalan raya di Pulau Pinang hanya perlu mengemukakan Penilaian Awal Impak Alam Sekitar (EIA).

Presiden SAM dan CAP, SM Mohamed Idris, berkata ini bermakna rakyat tiada peluang untuk menyemak semula laporan EIA dan memberikan maklum balas mereka.

“Surat kami kepada JAS meminta laporan Terperinci EIA untuk dikemukakan bagi membolehkan penyertaan orang ramai kekal tidak berjawab.

“Kami turut mempersoalkan keperluan projek jalan kerana kita perlu membawa orang ramai, bukan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata perubahan dalam bandar dan perancangan pengangkutan adalah penting untuk memastikan pengangkutan awam yang dipercayai, cekap dan berpatuta.

“Oleh itu, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang tidak harus menggabungkan pembinaan lebih banyak lebuh raya yang menggalakkan penggunaan lebih banyak kenderaan persendirian,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment