Thursday, January 14, 2016
Mereka Hormati Perdana Menteri Malaysia Sebagai ‘Tokoh Paling Mesra di Malaysia Terhadap Singapura’..
SINGAPURA : Warga Singapura turut mendoakan semoga Datuk Seri Najib Tun
Razak segera sembuh dan dalam ucap selamat menerusi laman Facebook itu,
seorang daripada mereka menyifatkan perdana menteri Malaysia sebagai
‘tokoh paling mesra di Malaysia terhadap Singapura.’
Ini susulan status Facebook Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 9 Jan,
yang mendoakan mudah-mudahan rakan sejawatannya itu yang menjalani
pembedahan kecil di Hospital Kuala Lumpur, segera sembuh.
Lee memberitahu 934,996 pengikut Facebook beliau yang menandakan ‘like’:
“PM Najib Razak menjalani pembedahan hari ini untuk membuang ketumbuhan
kecil benigna pada tangan kanannya. Gembira mendengar ia berjaya dan
berjalan lancar.
Moga beliau segera sembuh dan harap-harap dapat bertemu beliau tidak lama lagi. – LHL.”
Dalam mengulangi status Lee yang mendapat 4,877 ‘like’ dan dikongsi 224
kali setakat ini, Janarie Donald berkata: “Tuan PM Hsien Loong, ya…
doakan beliau
moga segera sembuh. Beliau seorang daripada tokoh paling mesra di Malaysia terhadap Singapura. Saya akui.
Chee Ivan berkata: “Tuan, sehingga sekarang, pemimpin ini sangat mesra
terhadap negara kita, terima kasih kerana memaklumkan kepada kami.
Sebagai warga Singapura, saya doakan moga beliau segera sembuh.”
Selain mendoakan Najib, seorang daripada mereka meminta agar perdana
menteri Malaysia tidak terlalu runsing, sebaliknya menumpukan usaha
untuk kebaikan Malaysia.
Jerry Sierra berkata: “Doakan PM Najib Razak segera sembuh dan kembali
pulih supaya beliau tidak terlalu runsing dan dapat memberi sepenuh
tumpuan dalam meletakkan Malaysia di landasan yang betul.”
Selain itu, pengikut laman Facebook itu turut menyuarakan harapan mereka
agar hubungan antara kedua-dua negara terus diperkukuhkan.
Joseph Tan: “Saya gembira mendengar PM Najib Razak berjaya menjalani
pembedahan kecil. Pada penilaian saya, beliau setakat ini merupakan PM
terbaik bagi Malaysia untuk menjalin hubungan menang-menang dengan
negara jiran terdekat, Singapura. Semoga beliau dapat menguruskan serta
mengatasi cabaran getir dalam kepimpinannya bagi tahun-tahun mendatang.”
Ada antara mereka yang mengambil peluang menyatakan harapan mudah-mudahan 2016 menjadi tahun yang lebih baik bagi Najib.
Yi Feng Niang berkata: “PM Najib seorang yang baik kepada SG (Singapura)
tetapi sedang melalui masa yang amat sukar, kasihan beliau.
Mudah-mudahan 2016 menjadi tahun yang lebih baik bagi beliau dan rakyat
Malaysia!”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment