28 Februari 2014

Sokong Penstrukturan Semula Air Selangor
1. Salah satu perbincangan hangat sekarang ialah mengenai masa depan industri air bersih di Lembah Klang. Ramai yang berasa khuatir dan bimbang Lembah Klang akan mengalami krisis air yang lebih serius daripada 1998 jika kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini menjadi kenyataan.
2. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.
3. Justeru kerajaan Persekutuan telah bersetuju membiayai Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor yang bernilai sekitar RM3.936 bilion. Sebahagian besar pembiayaan projek adalah melalui pinjaman Japan International Cooperation Agency (JICA) dan selebihnya dibiayai geran Kerajaan Persekutuan. Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 31 Mac 2005 memperuntukkan bahawa JICA akan menanggung sebanyak 75 peratus daripada kos kerja pembinaan manakala baki 25 peratus lagi akan ditanggung Kerajaan Pusat.
4. Justeru apabila kerajaan negeri berusaha menangguhkan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat, kerajaan persekutuan perlu menanggung beban kewangan termasuk peningkatan kadar faedah daripada pinjaman.
5. Tindakan kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah. Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat adalah isu yang berasingan. Khalid Ibrahim memperjudikan nasib penduduk lembah klang hanya untuk menunjukkan beliau menjadi juara rakyat dalam masa yang singkat tetapi merosakkan masa depan rakyat untuk mendapat bekalan air bersih.
Sejarah Industri Air Selangor
6. Sebelum menunding jari kepada kerajaan Pusat atau mana-mana pemimpin kita perlu memahami sejarah industri air di Selangor terlebih dahulu. Pada awalnya semua industri air dikawal selia oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS). Kemudiannya timbul keperluan untuk meningkatkan kualiti rawatan air akibat banyak kritikan ketika itu. Justeru itu pada 1997, kerajaan negeri melantik Puncak Niaga sebagai pengendali 27 loji rawatan air di Selangor.
7. Pada 1998, berlaku satu krisis air yang serius di Lembah Klang. Ini menyebabkan kerajaan negeri mencari kaedah untuk menambah jumlah empangan. Pada 1999, Konsortium ABBAS telah dilantik untuk membina dan mengendalikan empangan dan loji air Sungai Semenyih. Pada tahun yang sama satu lagi syarikat, Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH)telah diberi tanggungjawab membina dan mengendali Loji air Sungai Badung, Selangor yang berharga lebih RM 2 Bilion.
8. Pada 2001, semasa dibawah pentadbiran saya, terdapat banyak aduan dan kritikan mengenai kualiti air. Selain itu JBAS juga mengalami kerugian kerana kehilangan air yang tidak digunakan (Non revenue water [NRW]) sekitar 45%. NRW yang tinggi ini juga menyebabkan JBAS rugi kerana jumlah air yang dibayar oleh pengguna kurang daripada jumlah air yang dibayar oleh JBAS kepada pengendali loji.
9. Setelah kajian dijalankan didapati kedua-dua masalah ini berpunca daripada sistem paip lama yang berkarat dan bocor. Untuk menggantikan keseluruhan paip lama sepanjang 6, 000 KM daripada keseluruhan 24 ribu KM paip dan ini memerlukan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM 2.6 bilion. JBAS tidak mampu melakukannnya secara bersendirian. Justeru JBAS diperbadankan dengan nama Perbadanan Air Negeri Selangor (PUAS). Selepas Puas diperbadankan, ia berusaha mendapatkan pinjaman daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM 2 bilion bagi program penggantian paip lama. Bagaimanapun ia ditolak kerana JBAS masih mempunyai hutang sebanyak RM 756 juta kepada Pusat.
10. Kerajaan Persekutuan mencadangkan agar PUAS diswastakan kepada Syabas dengan hasrat Syabas menanggung kos penggantian paip-paip tersebut.
11. Satu perjanjian antara kerajaan negeri dan Syabas telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Walaupun terdapat fasal-fasal mengenai kenaikan tarif air namun ia mesti dipersetujui secara bersama antara Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Syabas setiap kali ada permintaan untuk menaikkan tarif tersebut. Kerajaan negeri telah meminta diwujudkan Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil negeri, persekutuan dan Syabas dan juga Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji setiap asepek sebelum permohonan kenaikan tarif diluluskan.
12. Selain itu, perjanjian tersebut turut mensyaratkan Syabas melakukan penggantian paip sepanjang 2400 KM menggunakan barangan tempatan, mengurangkan NRW kepada bawah 25% dan meningkatkan kualiti air sebelum boleh membuat sebarang tuntutan kenaikan tarif. Semua ini gagal dipenuhi oleh Syabas.
Penstrukturan Semula Air Selangor
13. Apabila Syabas gagal memenuhi syarat perjanjian termasuk menggunakan paip buatan tempatan dalam penggantiannya, kerajaan negeri memutuskan untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor. Pada 2006, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memulakan pelan pengambil alihan semua syarikat yang terbabit dalam industri air di Selangor seperti Abbas, Splash, Puncak Niaga dan Syabas.
14. Usaha penstrukturan semula ini berlaku pada 2007 apabila KDEB telah mengambil alih ABBAS dan mula berunding untuk mengambil alih Splash, Puncak Niaga dan Syabas. (lihat laporan THE EDGE MALAYSIA pada 12 Nov 2007). Tujuan penstrukturan semula ini bagi membolehkan syarikat yang menguruskan air mendapat keuntungan lebih dan mengurangkan tarif air pada masa akan datang melalui cross subsidization. Dalam keadaan sekarang hanya pengendali loji yang mendapat keuntungan maksimum, manakala pembekal air terpaksa menanggung kerugian akibat NRW dan kegiatan “curi air”. Pembekal terpaksa membayar penuh kepada pengendali loji tetapi berhadapan kerugian 45% berdasarkan NRW.
15. Usaha penstrukturan semula ini sewajarnya dikendalikan sepenuhnya oleh KDEB memandangkan ia anak syarikat milik penuh kerajaan negeri. Namun ia mungkin sukar dilaksanakan pada masa sekarang memandangkan KDEB sendiri mempunyai hutang beratus juta kepada kerajaan negeri hasil pelaksanaan sistem subsidi air yang dijalankan sejak dua tahun lalu. Kerajaan negeri dilaporkan telah meminjamkan sejumlah RM 200 juta kepada KDEB untuk dibayar kepada Syabas bagi skim subsidi 20 meter padu air percuma. Sehingga kini hanya RM 28.2 juta dibayar semula oleh KDEB kepada kerajaan negeri. Dari segi prestasi kewangan sukar sama sekali KDEB mendapat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan bagi membiayai proses pengambil alihan Syabas dan lain-lain syarikat.
16. Penstrukturan semula ini juga selari dengan penubuhan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) di peringkat Pusat. SPAN akan mengawasi keseluruhan industri air negara dan mengeluarkan lesen kepada pengendali air negeri-negeri. Manakala PAB akan mengambil alih semua infrastruktur air negeri-negeri dan menyewakan semula kepada pengendali air negeri-negeri. Melalui kaedah ini, isu-isu penggantian paip, pembinaan empangan dan loji rawatan akan berada di bawah PAB dan pengurusan kewangan Persekutuan. Ini akan memberi kualiti pengurusan air yang lebih baik pada masa akan datang.
Politik Air Pakatan Rakyat
17. Perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri yang suka bermain politik daripada menyelesaikan isu ini secara profesional menyebabkan segala-galanya terganggu dan terencat sekarang ini.
18. Saya tidak nampak mengapa kerajaan negeri harus mengugut untuk tidak meluluskan pembinaan loji di Hulu Langat sekiranya mereka gagal menstrukturkan semula industri air Selangor.
19. Ia adalah dua isu yang berasingan dan membabitkan pihak yang berlainan. Pembinaan infrastruktur penyaluran bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor adalah projek Persekutuan. Manakala penstrukturan ini membabitkan syarikat-syarikat Berhad.
20. Jadi bagaimana kerajaan negeri ingin bermain logik mengugut kerajaan Persekutuan sedangkan mereka “bergaduh” dengan sebuah syarikat berstatus berhad yang mereka sendiri ada 30% saham? Bolehkah kita yang rasional menerima sikap kerajaan negeri yang menangguhkan kelulusan pembinaan loji kerana mereka gagal mengambil alih sebuah syarikat? Wajarkah projek yang bernilai berbilion ringgit ini dijadikan taruhan dan menyebabkan kerajaan Persekutuan perlu berbelanja lebih, yang tentunya membabitkan wang rakyat?
21. Alasan kenaikan tarif air ini hanyalah sandiwara kerajaan negeri kerana syarat-syarat sedia ada sudah cukup menjaga kepentingan pengguna. Seperti yang saya jelaskan tadi, tarif air tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan panel penilai yang dianggotai oleh kerajaan negeri, persekutuan dan wakil Syabas.
22. Ketika saya menyokong usaha kerajaan negeri meneruskan kerja-kerja menyusun semula industri air Selangor, saya kecewa melihat sikap kerajaan negeri menangguhkan projek pembinaan loji air di Hulu Langat.
23. Inilah yang dikatakan “lain Bengkak, lain Bernanah, lain yang yang Sakit, lain pula yang diubati.”
24. Saya berharap kerajaan negeri Selangor tidak bermain politik dalam isu bekalan air bersih di Lembah Klang. Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengaitkan isu pembinaan loji di Hulu Langat dengan penstrukturan semula pengendali bekalan air bersih di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tidak masuk akal dan boleh menjejaskan bekalan air bersih pada masa akan datang.
25. Memang kerajaan negeri berhak untuk membantah kenaikan air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan saya ingin nyatakan sokongan penuh terhadap bantahan tersebut. Namun mengapa mahu dikaitkan dengan pembinaan loji yang merupakan projek masa depan untuk rakyat?
26. Kos bekalan air di Selangor akan meningkat lebih tinggi sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membina loji rawatan air di Pahang bagi menggantikan loji di Hulu Langat. Jika itu berlaku, apabila berlaku krisis bekalan air nanti, Selangor perlu membeli harga air bersih dari Pahang yang harganya jauh lebih tinggi.
27. Alasan Tan Sri Khalid kononnya masalah bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku pada 2014 tetapi pada 2019 tidak pernah disokong oleh fakta atau mana-mana data penyelidikan. Sampai hari ini kita tertanya-tanya siapakah yang dilantik oleh Tan Sri Khalid bagi menjalankan penyelidikan tersebut?
28. Namun persoalan lebih releven ialah, jika berbeza 5 tahun sahaja mengapa kita perlu tangguhkan sedangkan masalah tetap akan timbul. Dalam industri pembinaan, penangguhan beberapa tahun sahaja sudah boleh menyebabkan kos pembinaan meningkat berkali ganda. Apakah kerajaan negeri akan menanggung kenaikan kos ini? Jika mahu pun mampukah kerajaan negeri?
29. Rakyat harus bijak membuat penilaian dan mendapat semua fakta bukan sekadar mempercayai sandiwara dan lakonan politik kerajaan negeri. Ini kerana mereka yang berhadapan dengan krisis kuasa dan melihat tiada masa depan politik akan mengambil pendekatan populis. Peduli apa dengan apa yang berlaku lima enam tahun lagi kerana mereka mungkin sudah tiada ditampuk kuasa untuk berhadapan dengan kemarahan rakyat.
30. Kerana benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu ada orang sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.
31. Malangnya, kerajaan Selangor hari ini yang masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya “cuci kaki sahaja”, ingin pula menunjukkan jaguh tanpa mengambil kira kesan jangka panjang. Sikap kerajaan negeri hari ini tidak ubah seperti beruk mendapat bunga.
Ceramah Motivasi "Pengurusan Masa" khusus buat para pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Kompleks 3C, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor
10 Januari 2014
Ceramah Perdana "Rasulullah SAW Cahaya Penyuluh Kehidupan" bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah khusus buat para pegawai dan kakitangan MATRADE di Menara Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur
13 Januari 2014
Ceramah Perdana "Kekeluargaan" di Surau Taman Dusun Setia, Ampangan, Seremban
14 Januari 2014
Ceramah Motivasi "Pembangunan Kendiri, Peribadi dan Keluarga" bertempat di Kompleks 3C, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor
14 Januari 2014
Ceramah Motivasi "Bicara Jejaka : Cinta Anak Malaysia" anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) bertempat di Pentas Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Seremban
19 Januari 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar khusus buat para pelajar tingkatan empat dan lima SMK Sultan Alaudin Riayat Shah bertempat di SK Panchor, Pagoh, Johor Darul Takz
22 Januari 2014
Ceramah Motivasi Sukan khusus buat para athlit Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi sebagai persediaan sebelum beraksi di Kejohanan Sukan Antara Agensi Agama yang bakal berlangsung di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur mulai 23 Januari 2014
24 Januari 2014
Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Kg Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan
25 Januari 2014
Ceramah Motivasi Kepimpinan Murid khusus buat para pemimpin murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Seri Mawar, Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan
25 Januari 2014
Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah bertempat di Masjid Bukit Bulat, Felda Machap, Alor Gajah, Melaka
27 Januari 2014
Ceramah Kuliah Maghrib dengan tajuk "Kemasyarakatan & Pemerkasaan Silaturrahim" khusus buat para jemaah Surau Taman Dusun Setia, Ampangan, Seremban
30 Januari 2014
Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah khusus buat para pegawai dan kakitangan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) Putrajaya
7 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Pengurusan Stress" khusus buat para pegawai dan kakitangan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling Jaya
7 Februari 2014
Ceramah Motivasi Team Building khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Majlis Daerah Raub pada 7 - 9 Februari 2014 bertempat di Nur Laman Bestari, Hulu Yam, Selangor Darul Ehsan
9 Februari 2014
Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1435 Hijrah bertempat di Surau Al-Hikmah, Taman Seri Pandan, Tengkera, Melaka Bandaraya Bersejarah
14 Februari 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan "Pesona Keluarga Bahagia : Dilema Ombak Rindu" bertempat di Dewan Kenanga, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Selangor
15 Februari 2014
Ceramah Motivasi UPSR "UPSR Penentu Masa Hadapan" dan "Ibubapa Pencorak Masa Hadapan Anak-Anak" khusus buat calon-calon UPSR 2014 seluruh Negeri Perak bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat SUK Perak Darul Ridzuan
15 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan (Kepimpinan)" khusus buat para pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya
17 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka bertempat di Hotel Queenspark, Bandaraya Melaka
18 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Pengurusan Kewangan" khusus buat para penerima bantuan dari Baitulmal Seremban bertempat di Pejabat Baitulmal Seremban
19 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Kerajaan seluruh Daerah Jelebu bertempat di Dewan D'Sury, Majlis Daerah Jelebu anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jelebu
19 Februari 2014
Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah anjuran Jabatan KEMAS Kuala Pilah bertempat di Pejabat KEMAS Parlimen Kuala Pilah
19 Februari 2014
Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah bertempat di Masjid Sungai Relai, Simpang Gelami, Jelebu
20 Februari 2014
Ceramah Tatacara Pendakwaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anjuran Majlis Daerah Tampin (MDT) pada 20 hingga 21 Februari 2014
22 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Pengurusan Stress" khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Department) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak
23 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" di Seminar Kerjaya bertempat di SMK Taman Dato' Harun, Petaling Jaya Selatan (PJS)
25 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Reducing Stress" khusus buat para Mahasiswi Mahallah Zainab Jansy, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling Jaya
26 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Penghayatan Integriti" khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Bahagian Kawalan KF (Filem) KDN di Bangunan Tabung Haji, Seremban
27 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Integriti" khusus buat para pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan bertempat di Pejabat KDN Seremban, Bangunan tabung Haji, Seremban
28 Februari 2014
Forum Perdana Wacana "Sehangat Asmara" bersempena dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2014 dengan Ustaz Norazman Amat (Moderator), Ustazah Nik Salida (Panel 1) dan Sdr Syamsul Amri (Panel 2)
3 Mac 2014
Ceramah Motivasi Bimbingan Kerjaya bertempat di Petaling Jaya Utara, Petaling Jaya, Selangor
4 Mac 2014
Ceramah Motivasi "Integriti" khusus buat para pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) seluruh Negeri Sembilan bertempat di Pusat Dakwah dan Islamiah, Paroi
5 Mac 2014
Ceramah Motivasi Pelajar dengan tajuk "Kenali Stress" khusus buat para Pelajar Jurusan Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka di Alor Gajah
6 Mac 2014
Ceramah Motivasi "Keluarga vs Kerjaya" khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertempat di Dewan Zabedah, UIAM Gombak
6 Mac 2014
Ketua Hakim Pertandingan Debat Piala Naib Canselor USIM 2014 kali ke - 7, mulai 6 Mac 2014 hingga 9 Mac 2014
12 Mac 2014
Ceramah Motivasi Kepimpinan Belia "Pembuatan Keputusan & Penyelesaian Masalah" dan "Delegasi & Pemantauan" bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson
12 Mac 2014
Ceramah Motivasi Keibubapaan "Peranan Ibu Bapa Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak" bertempat di SK Datuk Akhir Zaman, Rantau
13 Mac 2014
Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah bertempat di Bangunan KEMAS Kampung Ulu Inas, Johol, Negeri Sembilan Darul Khusus
14 Mac 2014
Seminar Team Building "Rejuvenasi Minda" khusus buat Pegawai dan Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Shah Alam bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang
17 Mac 2014
Ceramah Motivasi Pelajar : "Pemantapan Sahsiah & Kualiti Peribadi" khusus buat para pelajar SMK Datuk Undang Jelebu (SMKDUJ)
21 Mac 2014
Ceramah Motivasi Pelajar "Pemantapan Sahsiah & Kualiti Peribadi" khusus buat para Pelajar di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang, Jelebu
22 Mac 2014
Ceramah Motivasi Keusahawanan anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bertempat di Hotel Sani, Kuala Lumpur
22 Mac 2014
Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" khusus buat para ahli Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI) bertempat di Hotel Grand Lexis, Port Dickson
23 Mac 2014
Ceramah di Bengkel Pengucapan Awam & Debat Ala Parlimen Malaysia bertempat di Politeknik Melaka, Melaka
24 Mac 2014
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda & Kemahiran Komunikasi Berkesan" bertempat di Mahallah Khadijah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling Jaya
25 Mac 2014
Ceramah Motivasi Pelajar "Simulasi Temuduga & Pembentukan Personaliti / Imej" bertempat di Bilik Seminar, Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi
26 Mac 2014
Ceramah Motivasi Isu Teknologi & Komunikasi : "Kesan Media Sosial Terhadap Individu & Masyarakat" anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan bertempat di Bilik Bunga Raya, Wisma Negeri, Seremban
27 Mac 2014
Ceramah Motivasi "Kepimpinan Berkarisma Rakyat Sejahtera" khusus buat Pengerusi JKKK seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan
29 Mac 2014
Ceramah Motivasi di Seminar "Muslim Profesionalisme - Jannati" anjuran Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi
7 April 2014
Ceramah Motivasi "Kompetensi Keusahawanan" khusus buat para guru dan pelajar SMK Tunku Ampuan Najihah (STAN) Seremban
9 April 2014
Ceramah Motivasi "Membina Keluarga Bahagia" di Stesen Janakuasa Elektrik TNB Tuanku Jaafar, Port Dickson
11 April 2014
Ceramah Motivasi Akademik Pelajar khusus buat para pelajar Tingkatan 3 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj (SMKDUMA)
12 April 2014
Pertandingan Debat Khalifah 2014 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai
13 April 2014
Ceramah Seminar "Peranan Ahli-Ahli Majlis" dan "Prosedur Pendakwaan PBT Malaysia" khusus buat Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) bertempat di Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan
19 April 2014
Pertandingan Pidato Perpaduan 2014 Peringkat Kebangsaan bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi
23 April 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar khusus buat para pelajar SMk Segambut, Kuala Lumpur
26 April 2014
Ceramah Motivasi "Kekeluargaan" bertempat di Masjid Felda Pasoh 2, Simpang Pertang, Jelebu
27 April 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan "Ombak Rindu" anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bertempat di Institut Latihan dan Kecemerlangan MARA (ILKM) di Sungai Jawi, Pulau Pinang
30 April 2014
Forum Seminar Kerjaya 2014 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan, Seremban
5 Mei 2014
Ceramah Motivasi Keusahawanan "Kuasa Minda Positif" anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang
6 Mei 2014
Ceramah "Persediaan Sebelum Berucap" dan "Teknik Menarik Minat Audiens" di Kursus Pengucapan Awam khusus buat para pegawai dan kakitangan MPSJ bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam
7 Mei 2014
Ceramah Motivasi "Kekeluargaan" bertempat di Perkarangan Masjid Dato' Undang Musa Al-Haj, Felda Titi, Kuala Klawang, Jelebu
8 Mei 2014
Ceramah Motivasi "Keluarga vs Kerjaya" khusus buat Jururawat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah bersempena dengan sambutan Hari Jururawat 2014
13 Mei 2014
Ceramah Motivasi "Nilai-Nilai Murni & Integriti Pekerja" anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah bertempat di Dewan Seminar Pejabat Felcra Kuala Pilah
18 Mei 2014
Ceramah Motivasi "Kemahiran Keibubapaan" anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sk Ampangan bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Ampangan, Seremban
18 Mei 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar anjuran Badan Kebajikan Islam (BAKI) Majlis Perbandaran Seremban bertempat di Bilik Pameran, Dewan Majlis Perbandaran Seremban
19 Mei 2014
Ceramah Motivasi Keibubapaan anjuran KEMAS DUN Serting bertempat di Balai Raya Felda Serting Hilir 6, Jempol
20 Mei 2014
Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" bertempat di Auditorium Gemilang, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
21 Mei 2014
Ceramah Motivasi "Jom Pergi Sekolah!!!" buat 50 pelajar dari seluruh daerah Jelebu bertempat di Dewan Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu (SMKUJ) Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan
21 Mei 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Integriti ; "Nilai-Nilai Murni & Integriti" khusus buat 160 orang Pegawai Lantikan Baru Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) bertempat di Bangunan Airport Management Centre (AMC), Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang
21 Mei 2014
Ceramah Motivasi "Kaunseling Kekeluargaan" khusus buat para Pegawai Khidm24 Meiat Nasihat, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat di Kompleks Islam Daerah Hulu Langat di Bangi, Selangor Darul Ehsan
24 Mei 2014
Ceramah ”Kuliah Subuh” di Program Perkampungan Merah Jambu ”Pink Village” di Putrajaya
24 Mei 2014
Ceramah Motivasi ”Jatidiri Belia” di Program Perkampungan Merah Jambu ”Pink Village” di Putrajaya
25 Mei 2014
Ceramah Motivasi ”Keluarga Bahagia” di Program Keluargaku Kampungku bertempat diBalai Raya Kg. Jiboi Baru, Ampangan
26 Mei 2014
Ceramah Israk Mikraj 1435 Hijrah bertempat diKompleks KASTAM Wilayah PersekutuandiKelana Jaya, Selangor Darul Ehsan
6 Jun 2014
Ceramah Motivasi Keluarga BahagiadiSambutan Hari Keluarga Hj Salleh 2014 bertempat diChalet Warisan Nona, Pengkalan Balak, Melaka
9 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Kuasa Minda Positif” khusus buat para pelajar jurusanOperational Management (OM)diUiTM Kampus Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan
11 Jun 2014
Ceramah Motivasi Pelajar dengan tajuk ”Maju Sempurna” khusus buat para pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ), Kuala Pilah
13 Jun 2014
Forum Bicara Ummah dengan tajuk ”Antara Amanah & Tanggungjawab” bersama Ustaz Rosdi Long (Moderator)danSdr Yasin Sulaiman – Brothers (Ahli Panel 1)di Padang Awam Meru 3 anjuran Belia 4B Meru, Klang
14 Jun 2014
Ceramah Motivasi KeusahawanandiProgram MEMBARA Usahawananjuran Biro Usahawan, Pemuda UMNO Bahagian Serembanbertempat diPusat Khidmat BN DUN Ampangan
14 Jun 2014
Ceramah Motivasi Pelajar ”Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan” anjuranPetronas Chemical Group khusus buat para pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK Jugra, Bantingbertempat diKem El-Azzhar, Morib, Banting
15 Jun 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajarserta peranan Ibubapa sebagai persiapan menghadapi peperiksaan UPSR 2014bertempat diSekolah Rendah Agama (SRA) Parit Baru
18 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Pengurusan Stress” dan "Pengurusan Konflik Suami Isteri" bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
18 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Kompetensi Keusahawanan” khusus buat para pesertaAzam Tani dari Negeri Sembilan, Johor danSelangor anjuranLembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)bertempat di Hotel Guest & Spa, Port Dickson
20 Jun 2014
Forum Perdana Israk Mikraj 1435 Hijrahanjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan. Moderator : Ustaz Firdaus. Ahli Panel :Ustaz Tengku Nor Iftah (JHEAINS) dan Sdr Syamsul Amri Ismail (Presiden ADAM)
21 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Rejuvenasi Minda” di Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur
23 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Rejuvenasi Minda” diSeminar Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson bertempat diWana Riveside Hotel, Melaka
24 Jun 2014
Ceramah ”Tatacara Pengeluaran Kompaun” dan ”Pendakwaan Kes PBT” khusus buat penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
25 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Peranan Hamba & Khalifah” dan ”Aku Tak Nak Miskin” anjuranLembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedahbertempat di Hotel Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan
26 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Nafas Suci Bermula Ramadhan” dalamKempen Anti Rokokbertempat di Auditorium HTJS, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban
26 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Keluarga Bahagia” diSeminar Smart ParentinganjuranMajlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertempat diHotel Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie.
27 Jun 2014
Ceramah Motivasi ”Ramadhan Medan Meningkatkan Nilai Integriti” bertempat diKementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya
29 Jun 2014
Ceramah Motivasi Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrahbertempat diMasjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah
4 Julai 2014
Ceramah Motivasi LDP"Kepimpinan & Komunikasi Organisasi"bertempat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur
11 Julai 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan “Dilema Ombak Rindu”bertempat diMaktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Cheras
12 Julai 2014
Ceramah Motivasi Kuliah Subuh “Ramadhan & Kekeluargaan”bertempat di Surau Taman Purba, Ampangan, Seremban
16 Julai 2014
Ceramah Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrahdi Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan
18 Julai 2014
Ceramah Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrah : "Ramadhan Dihayati Syawal Dinanti" bertempat di Tingkat 6, Menara MATRADE, Jalan Duta, Kuala Lumpur
18 Julai 2014
Ceramah Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrah bersempena dengan Program Iftar Jama'ie bersama anak-anak yatim bertempat di SK Kiaramas, Kuala Lumpur
19 Julai 2014
Program Karisma Ramadhan anjuran MPWK Parlimen rasah bersama LPPKN Negeri Sembilan bertempat di Surau Kg. Kubang, Nilai
21 Julai 2014
Program Karisma Ramadhan 1435 Hijrah anjuran MPWK Parlimen Jempol bersama LPPKN Negeri Sembilan bertempat di Surau Felda Serting Hilir 6, Jempol
15 Ogos 2014
Ceramah Motivasi “Leadership & Efecctive Communication Skills” bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang, Perak
18 Ogos 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 4 SMK Bandar Pusat, Jengka, Pahang Darul Makmur
23 Ogos 2014
Ceramah Motivasi “Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang” bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Mawar, Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan
23 Ogos 2014
Ceramah Motivasi “Kepimpinan & Kemahiran Komunikasi” khusus buat para Pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan (Diploma in Retail Management) bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang, Perak
27 Ogos 2014
Ceramah Motivasi “Pelajar Cemerlang Penentu Masa Hadapan Negara” bertempat di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak Darul Ridzuan
27 Ogos 2014
Ceramah Motivasi “Kompetensi Keusahawanan” khusus buat para peserta Kursus Azam Tani anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang
28 Ogos 2014
Ceramah Motivasi “Rejuvenasi Minda dan Kepentingan Terlibat Dalam Persatuan” khusus buat para ahli Kelan Kebajikan Kakitangan Am Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (KURNIA) bertempat di Auditorium Perpustakaan, UIAM Gombak
30 Ogos 2014
Ceramah Motivasi “Rejuvenasi Minda” khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya
10 September 2014
Ceramah Motivasi “Rejuvenasi Minda” khusus buat para pelajar di SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur
15 September 2014
Ceramah Motivasi "Bicara Integriti : Apabila Kain Terlondeh" bertempat di Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) Kuala Terengganu
17 September 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar anjuran Jawatankuasa Penduduk Taman Kelab Tuanku, Mambau bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban 3
17 September 2014
Ceramah Motivasi Belia dengan tajuk "Pengurusan Mesyuarat" dan "Kemahiran Komunikasi Berkesan" bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson
22 September 2014
Ceramah dalam Slot Bicara 45 : "Komunikasi SUPERB" bertempat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya
22 September 2014
Ceramah Motivasi "Kekal Fokus Kecemerlangan UPSR" di Sekolah Kebangsaan sepri, Rembau
22 September 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan dalam Slot Kuliah Maghrib di Surau Taman Purba, Ampangan
24 September 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 5 Menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur
26 September 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan "Ummah Bersatu, Masyarakat Sejahtera" bertempat di Dewan Orang Ramai, Felda Palong 8
27 September 2014
Ceramah Motivasi Pengucapan Awam anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban bertempat di Pejabat JASA di Plaza Angsana, Ampangan
8 Oktober 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar di SK Dato' Raja Melana, Rantau, Negeri Sembilan
12 Oktober 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan (Slot Kuliah Subuh) di Surau Taman Purba, Ampangan
15 Oktober 2014
Ceramah Motivasi "Diri Dinilai, Keluarga Dibelai" bertempat di Balai Raya, Kampung Felcra Rompin, Negeri Sembilan
17 Oktober 2014
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" khusus buat para pegawai dan kakitangan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur
19 Oktober 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan (Slot Kuliah Maghrib) di Surau Taman Dusun Setia, Ampangan
20 Oktober 2014
Ceramah Motivasi "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" bertempat di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar, Perak anjuran Majlis Daerah Kerian (MDK), Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan
20 Oktober 2014
Ceramah Motivasi "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang" bertempat di Pusat Islam Tuan Hj Said, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban, Negeri Sembilan
22 Oktober 2014
Forum Perdana "Siapa Kata Tak Sayang" khusus buat para banduan bertempat di Penjara Seremban.
22 Oktober 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan "Jalinan Mesra, Keluarga Gembira" bertempat di Balai raya, Felda Serting 7, Jempol, Negeri Sembilan
25 Oktober 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan pelajar Tingkatan 5 bertempat di IKBN Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, Selangor darul Ehsan
27 Oktober 2014
Ceramah Motivasi "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" khusus buat pegawai dan kakitangan Kerajaan seluruh Negeri Pulau Pinang bertempat di Bangunan SUK, KOMTAR, Pulau Pinang
29 Oktober 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar di SMK Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan
29 Oktober 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan "Diri Dinilai, Keluarga Dibelai" di Felda Serting Hilir 2
31 Oktober 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan / Kemasyarakatan "Ummah Bersatu Masyarakat Sejahtera" bertempat di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah
2 November 2014
Ceramah Maal Hijrah 1436 Hijrah bertempat di Masjid Kg. Sungai Dua Besar, Kuala Pilah
3 November 2014
Ceramah Motivasi "The Art of Self Marketing" anjuran Fakulti Pengurusan Perniagaan bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor, Kampus Segamat
3 November 2014
Ceramah Maal Hijrah 1436 Hijrah bertempat di perkarangan Surau Felda Raja Alias 1, Jempol, Negeri Sembilan
5 November 2014
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri" di Program Mentor Menti JKKK Kebangsaan 2014 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) bertempat di Hotel Everly, Putrajaya
10 November 2014
Ceramah Motivasi "Seronok Bekerja & Pekerja Berintegriti" khusus buat Pegawai dan Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bertempat di Tingkat 3, Bangunan UMNO Negeri Sembilan di Seremban.
12 November 2014
Ceramah Motivasi Keusahawanan anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang Perak (LPP) bertempat di Hotel MH, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
14 November 2014
Ceramah Motivasi Pelajar "Zina : Tragedi Ummah Masakini" bertempat di SMK Taman Forest Heights, Senawang
14 November 2014
Ceramah Motivasi "Peranan Wanita Dalam Pembangunan Masyarakat" anjuran Pergerakan Wanita UMNO Kuala Pilah bertempat di Dewan Perbandaran, Kuala Pilah
15 November 2014
Ceramah Motivasi Integriti Pegawai dan Kakitangan Jabatan Farmasi bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson
15 November 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan dan Persaudaraan anjuran Belia Taman Dato' Syahbandar, Ampangan bertempat di Hotel Golden Straits Villa
16 November 2014
Ceramah Keusahawanan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Negeri Perak bertempat di MH Hotel, Ipoh, Perak
17 November 2014
Ceramah Taklimat Asas Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai
19 November 2014
Ceramah Motivasi Pelajar Tingkatan 2 di SMK Taman Seri Pagi, Senawang
23 November 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan bertempat di Balai Raya, Kampung Batu 3, Mambau, Seremban
24 November 2014
Ceramah Motivasi "Pemakanan Sihat" di Tapak Karnival Mini Kesihatan di Kampung Bayai Lama, Serting, Jempol, Negeri Sembilan
24 November 2014
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri" khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bertempat di Bilik Seminar MPN
30 November 2014
Ceramah Motivasi "Wanita Hebat" bersempena dengan Pelancaran Program DIDIK bertempat di Restoran Marhaba, Bandar Sunway, Petaling Jaya
5 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri" dan "Pengurusan Masa" khusus buat para Pelajar Diploma in Retail Management di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak
5 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri" khusus buat para Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan para Pelajar SMK Ketereh, Kelantan bertempat di Dewan Seminar UNIKL, Kuala Lumpur
6 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Belaian dan Kasih Sayang Ibu Kepada Anak" anjuran Persatuan VOGUE Malaysia bertempat di Perbadanan Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
7 Disember 2014
Hakim Pertandingan Akhir Debat Kesihatan 2014 bertempat di Dewan Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur
8 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri" khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Wilayah Persekutuan di Kompleks KDRM, Kelana Jaya
10 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Pembinaan Sikap Positif & Personaliti Pekerja Cemerlang (Rejuvenasi Diri)' bertempat di Klinik Kesihatan Daerah Kuala Pilah
10 Disember 2014
Ceramah Motivasi Kepimpinan Belia anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson bertempat di Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan di Terminal 2, Seremban
11 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Anak Anugerah Allah" bersempena dengan Majlis Graduasi Anak-Anak PDK Nilai bertempat di Bangunan PDK Nilai, Pekan Nilai
13 Disember 2014
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka di Masjid Tanah, Melaka
13 Disember 2014
Ceramah Motivasi Remaja di Kem Remaja Muslim bertempat di Masjid Dato' Undang Musa Al-Haj, Felda Titi, Kuala Klawang, Jelebu
20 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Pengurusan Stress & Emosi" buat para Pegawai dan Kakitangan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) bertempat di Suria City Hotel, Johor Baharu, Johor Darul Takzim
21 Disember 2014
Ceramah Motivasi Kekeluargaan & Kemasyarakatan : "Antara Keringat dan Air Mata" bersama personaliti Ebby Yus bertempat di Masjid Ar-Rahman, Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka
24 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Peranan Wanita Dalam Keluarga dan Masyarakat" bertempat di Masjid Kampung Tulang Rimau, Dangi, Kuala Pilah
26 Disember 2014
Ceramah Motivasi Kesihatan "Penyusuan Ibu Menurut Perspektif Agama dan Sains" bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2
26 Disember 2014
Ceramah Motivasi "Baiti Jannati - Rumahku Syurgaku" bertempat di Felda Serting Hilir 5, Jempol
31 Disember 2014
Ceramah"Hikmah Di Sebalik Penyembelihan Dalam Islam" bertempat di Kompleks KEMAS Daerah (KKD) Pantai, Seremban
1 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Kampung Parit 11, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
3 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Surau As-Solihaniah, Blok 8, Felda Palong 8, Gemas, Jempol, Negeri Sembilan
5 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Surau Al-Mukmin, Rumah Rakyat Jambu 8, Bahau, Jempol, Negeri Sembilan
8 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Surau Kampung Geduk, Gemencheh, Gemas, Negeri Sembilan
9 Januari 2015
Seminar Kepimpinan Pelajar 2015 bertempat di Kolej MARA Banting mulai 9 hingga 11 Januari 2015.
16 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Balai Raya Felda Palong 10, Gemas, Negeri Sembilan
16 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Masjid Kariah Tapak, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan
19 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah KESATRIA Negeri Sembilan bertempat di Masjid Kariah Bagan Pinang, Port Dickson
19 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Dewan Orang Ramai, Felda Palong 11, Gemas, Negeri Sembilan
21 Januari 2015
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar : "Komunikasi dan Etika" khusus buat para Pelajar Institut Veterinar Malaysia (IVM) Kluang, Johor
23 Januari 2015
Ceramah Motivasi Kepimpinan DUN Belia bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson
24 Januari 2015
Ceramah Motivasi Keibubapaan "Ibubapa Cakna, Guru Pengantara, Murid Berjaya" bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur
25 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Masjid Kg. Kuala Serdang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah
26 Januari 2015
Ceramah Motivasi "Kepimpinan & Kemasyarakatan" di Mini Dewan, Felda Palong 7, Jempol, Negeri Sembilan
26 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Masjid Al-Firdaus, Qariah Melang, Kuala Pilah
28 Januari 2015
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 6, Calon-Calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2015
28 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Surau Felda Palong 12, Jempol, Negeri Sembilan
30 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Seremban
31 Januari 2015
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri" anjuran Persatuan Jururawat Negeri Sembilan bertempat di Palm Hotel, Seremban
31 Januari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Masjid Kampung Ibol, Terachi
1 Februari 2015
Ceramah Kuliah Subuh : KItab Mukasyafatul Qulub di Surau Taman Purba, Ampangan
6 Februari 2015
Ceramah Motivasi "Pengurusan Konflik Suami Isteri" dan "Pengurusan Stress" bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
6 Februari 2015
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri : Kejayaan Milik Semua Insan" bertempat di Dewan LT1 dan LT2 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor Kampus Segamat
7 Februari 2015
Ceramah Motivasi Keibubapaan untuk Ibubapa Calon UPSR 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney, Kuala Lumpur
8 Februari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Dewan Kompleks JAPERUN Kuala Linggi, Melaka
9 Februari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Bilik Gerakan GPW Felda Palong 13, Jempol
11 Februari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Markas Staf Stesyen, Port Dickson
11 Februari 2015
Ceramah Motivasi Kepimpinan Pemimpin Pelajar bertempat di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban
13 Februari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Surau Felda Raja Alias 3, Jempol
20 Februari 2015
Ceramah Motivasi Seminar Pengucapan Awam anjuran Jawatankuasa Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban bertempat di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di Ampangan
20 Februari 2015
Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah bertempat di Surau Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah
21 Februari 2015
Ceramah Motivasi Kepimpinan JKKK Seluruh DUN Kamunting bertempat di Tingkat 2, Bangunan Rumah UMNO Taiping, Perak Darul Ridzuan
24 Februari 2015
Ahli Panel Jemputan Slot Keibubapaan dalam Segmen WANITA HARI INI (WHI) di TV3, Bangunan Seri Pentas, Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya
25 Februari 2015
Ceramah Motivasi Pengucapan Awam & Kemahiran Komunikasi Berkesan : "Lu Gua, Bro !!!" bertempat di Auditorium Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)
4 Mac 2015
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" pada 4 dan 5 Mac 2015 bertempat di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman (Palace of Justice) Putrajaya
6 Mac 2015
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar khusus buat Para Pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) di SMK Dato' Undang Musa Al-Haj (SMKDUMA), Jelebu
8 Mac 2015
Ceramah Motivasi Kekeluargaan : "Rumahku Syurgaku" bertempat di Surau Al-Falah, Taman Desaru, Sikamat, Seremban
8 Mac 2015
Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Balai Raya, Kampung Pasir Panjang, Port Dickson
16 Mac 2015
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda : Inovasi Menjana Produktiviti" bersempena dengan SHE WEEK (Minggu Keselamatan dan Kesihatan) di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar TNB di Port Dickson
16 Mac 2015
Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda : Apabila Kain Terlondeh" bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jengka, Pahang Darul Makmur
25 Mac 2015
Ceramah Motivasi Keibubapaan dengan Fokus Menangani Stress Melayani Karenah Anak-Anak Kecil bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
25 Mac 2015
Ceramah Motivasi Keibubapaan bersempena dengan Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau
26 Mac 2015
Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa bertempat di Rumah Rakyat Permatang Pasir, Linggi, Port Dickson
27 Mac 2015
Ceramah Motivasi Kepimpinan Belia bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Banting, Selangor Darul Ehsan
28 Mac 2015
Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar di Program Jejak Menara anjuran YADIM dan berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
29 Mac 2015
Ceramah Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti bertempat di Dewan Komuniti Blok 4F Presint 9, Wilayah Persekutuan, Putrajaya