10 Februari 2015, Putrajaya : Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara
lima tahun berkuat kuasa hari ini terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu
peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Ketua pembela Sri Ram Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk
menambah hukuman berdasarkan fakta kes.Katanya, mahkamah patut mengambil
kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia
bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.
Ketua pendakwaraya mahu Anwar dikenakan hukuman sekurang-kurangnya
enam tahun.Shafee berkata kesalahan itu serius dan tidak menolak
sumbangan Anwar terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, lebih besar seseorang itu, “lebih besar juga jenayahnya”.
Hakim berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Disediakan oleh : EDITOR
No comments:
Post a Comment