24 Julai 2015, Kuala Lumpur : The Edge telah mengelirukan rakyat Malaysia
supaya beranggapan bahawa kumpulan media itu mendapat maklumat
mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terhormat daripada
sumber yang dipercayai, kata Pengarah Komunikasi dan Strategi Barisan
Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Berdasarkan pengakuan pemilik kumpulan itu Datuk Tong Kooi Ong bahawa
mereka telah memperdayakan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd
(PetroSaudi) Xavier Andre Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan
bukti, katanya: “Rakyat Malaysia tidak boleh menerima apa yang dikatakan
oleh The Edge pada nilai lahirnya.”
“Jika The Edge boleh menipu seorang penjenayah lick seperti Justo,
saya tidak akan terkejut jika mereka boleh turut menipu rakyat biasa.
“Memang, organisasi berita yang berwibawa tidak akan membayar
untuk mendapatkan maklumat dan mereka juga dijangka tidak menipu untuk
memperolehnya.
Jika tidak, reputasi mereka juga menjadi taruhan apabila mereka
menipu untuk mencuri maklumat yang dicuri,” katanya dalam tulisan di
Facebooknya hari ini.
Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, berkata adalah memalukan apabila The Edge tidak
muncul ‘bersih’ dari awal lagi dan ‘cuba menutup perbuatan mereka’
selepas Justo mendedahkan maklumat mengejutkan dalam wawancara dengan
akhbar The Straits Times dari Singapura.
“The Edge berkata dokumen-dokumen curi itu tidak dipinda sama sekali
tetapi pakar forensik komputer antarabangsa serta pihak berkuasa
Thailand menyatakan sebaliknya.
“Mereka mengembar-gemburkan laporan ini untuk beberapa bulan untuk
tujuan politik manakala berharap tiada siapa akan mengetahui siapa itu
sebenarnya Justo,” katanya.
Abdul Rahman berkata penerbit akhbar Financial Daily itu telah
mendakwa menerbitkan maklumat yang diragui dan dicuri merupakan perkara
yang paling terhormat untuk dilakukan.
“Jangan cuba untuk mencari jalan keluar dengan mendakwa sebagai tindakan yang mulia, Mr Ho (Kay Tat) dan Mr Tong,” katanya.
Terdahulu, Tong dalam kenyataan hari ini mengakui memperdayakan
Justo berhubung bayaran kepadanya untuk memperoleh dokumen 1MDB yang
didakwa dicuri oleh warga Switzerland itu daripada bekas majikannya.
Bagaimanapun, Tong berlaia itu sahaja cara untuk mendapatkan bukti
bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing
menipu rakyat Malaysia membabitkan jumlah wang US$1.83 bilion (RM6.97
bilion).
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
No comments:
Post a Comment