Hari tu bukan main lagi pertahan DAP...
Setiausaha Agung PAS dedah rancangan jahat DAP menerusi GHB.
Penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh kumpulan yang digulingkan
dalam pemilihan PAS pada Jun lalu adalah rancangan DAP untuk memecahkan
parti, kata Setiausaha Agung parti Islam itu, Datuk Takiyuddin Hassan.
Selain itu Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, DAP mengetahui bahawa
mereka tidak boleh menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat sekiranya
PAS terus bersatu. Takiyuddin juga menuduh DAP bertanggungjawab
menyalurkan dana kepada GHB.
"Kami menyedari rancangan halus DAP, tetapi masih mendiamkan diri selama
ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya di
sini.
Sebelum ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata PAS tidak akan
menjadi sebahagian daripada pembentukan pakatan pembangkang baharu
kerana mendakwa parti itu menjadi punca berakhirnya kerjasama Pakatan
Rakyat. Beliau juga berkata penyediaan dana kepada GHB bukan isu yang
penting untuk diperkatakan.
Takiyuddin berkata, kesediaan DAP untuk membiayai parti baharu itu nanti
adalah bukti jelas bahawa GHB merupakan satu langkah untuk memecahkan
PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment