1. Kritikan bahawa penggantungan The Edge Financial Daily sebagai satu
langkah menghalang kebebasan bersuara dan mendedahkan penyelewengan
adalah tidak tepat dan “mislead” masyarakat.
2. Hakikatnya The Edge telah menyiarkan pelbagai tuduhan dan dakwaan
terhadap 1 Malaysia Development Berhad selama lebih lapan bulan tanpa
gangguan mahu pun tindakan undang-undang oleh Kerajaan. Adakah Perdana
Menteri dan Kerajaan ini tidak demokratik?
3. Kerajaan hanya menggantung The Edge apabila telah muncul bukti dan
kenyataan bahawa pemilik The Edge berkonspirasi dengan Justo, Sarawak
Report dan beberapa pihak yang belum didedahkan untuk menjatuhkan
Perdana Menteri Mohd Najib melalui serangan ke atas 1MDB.
4. Konspirasi menyerang 1MDB dan Perdana Menteri bukan lagi sekadar
mendedahkan penyelewengan tetapi telah untuk menjejaskan kestabilan
politik dan ekonomi negara. Ketika ini dunia sedang berhadapan dengan
krisis matawang yang turut membabitkan ringgit.
5. The Edge sebagai sebuah akhbar kewangan sepatutnya turut memberi
tumpuan dan “highlight” kepada pencapaian ekonomi negara yang dianggap
memberangsangkan oleh agensi penyelidikan dan penarafan antarabangsa.
Namun mereka memilih untuk merosakkan imej negara di peringkat
antarabangsa dengan gosip-gosip penyelewengan oleh Perdana Menteri.
6. Malah ketika kerajaan telah menubuhkan pasukan penyiasat di peringkat
Audit Negara, Parlimen dan pasukan petugas khas, The Edge berterusan
mengulangi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat tanpa mahu menunggu
keputusan siasatan yang sedang dijalankan.
7. The Edge juga bertindak jahat kerana hanya menyerahkan
dokumen-dokumen yang diperolehi mereka kepada Polis beberapa hari lalu
walaupun tuduhan dan dakwaan telah dibuat mereka sejak tahun lalu.
8. Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mendakwa beliau
bertanggungjawab mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa.
9. Jika benar demikian, mereka telah membuat laporan polis dan menyerah
dokumen sejak hari pertama mereka mendapat atau menyiarkan maklumat
terbabit. Sebaliknya mereka menyiarkan sedikit demi sedikit tuduhan dan
menyebabkan Malaysia berada dalam krisis politik dan ekonomi yang
berpanjangan.
9. Tujuan The Edge jelas sekali bertujuan mewujudkan ketidaksatbilan
ekonomi dan politik bagi menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan
“jahat dan nakal”. Dan sekarang telah jelas ada konspirasi malah usaha
menyunting dokumen yang diperolehi secara haram bagi mewujudkan
prasangka ke atas kerajaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment