Monday, October 19, 2015

Mat Sabu Tidak Setuju Tanpa PAS, Pakatan Harapan Gagal Tarik Undi Melayu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa tanpa PAS, Pakatan Harapan gagal menarik sokongan Melayu untuk mendapat undi majoriti pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14).

Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu turut menangkis dakwaan parti sekutu, PKR yang mendakwa hanya PAS sahaja mampu menarik undi Melayu di luar bandar.

“PAS berpengaruh di Kelantan dan Terengganu. Justeru ada antara sekutu kita fikir jika kita ketepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti.

“Tetapi saya tidak setuju,” katanya dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

Sebaliknya, Mat Sabu mendakwa UMNO dan PAS kini bermasalah untuk mendapatkan sokongan pengundi, justeru peluang itu terbuka luas untuk parti Amanah.

“Tidak sukar tetapi perlukan masa, terutamanya apabila penyokong UMNO sedang kecewa dengan pemimpin mereka,” katanya yang membangkitkan kritikan tokoh UMNO seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Rafizah Aziz.

Beliau berkata PAS memang kuat untuk menang beberapa kerusi bersendirian, tetapi dalam realiti politik Malaysia, parti bertanding perlu masuk gelanggang sebagai sebuah gabungan.

Mat Sabu berkata, pada PRU 14, rakyat Malaysia akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan, sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment