KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin
Hussein yakin pelantikan pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC) akan mempercepatkan penyelesaian terhadap keraguan dalam
isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau percaya pengerusi baharu PAC dan anggota jawatankuasanya akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan.
Orang ramai yang mahu isu 1MDB diselesaikan harus menunggu hasil
siasatan PAC, kata Hishammuddin kepada pemberita di lobi Parlimen hari
ini.
Dewan Rakyat meluluskan pelantikan Anggota Parlimen Rompin Datuk
Hasan Arifin sebagai pengerusi baharu PAC hari ini, menggantikan Datuk
Nur Jazlan Mohamed yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Perkara itu dinyatakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul
Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas 2015 yang dimuat
naik dalam Portal Rasmi Parlimen Malaysia, pada 16 Okt lepas.
Sementara itu, Nur Jazlan yakin Hasan dapat menjalankan tanggungjawab berkenaan dengan baik. Beliau juga berharap Hasan akan mendapat kerjasama sepenuhnya
daripada semua parti yang mengganggotai PAC supaya urusan yang
tergendala sebelum ini dapat diteruskan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment