1. Sebagai seorang Ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan
hak seseorang Ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian
mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.
2. Saya ingin menjelaskan bahawa usul yang dikemukakan oleh YB PJS disenaraikan sebagai urusan No. 25 daripada 28 urusan yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, pada hari Isnin, 19 Oktober 2015 yang merangkumi Rang Undang-Undang dan Usul-Usul dari Kerajaan serta Usul-Usul Persendirian daripada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang. No 1 dan 2 adalah Usul Kerajaan, No 3 hingga 6 adalah Rang Undang-Undang Kerajaan (bacaan kali yang kedua), No 7 hingga 28 adalah Usul Persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Di samping itu, 5 Rang Undang-Undang Kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut.
3. Justeru itu, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.
4. Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan oleh YB PJS tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat.

Parlimen Malaysia sememangnya
sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua Ahli
Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat. Pada masa yang sama, saya juga
berharap agar mana-mana Ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan
mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan
mana-mana Usul Persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau
spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat
Peraturan-Peraturan Mesyuarat.
5. Kami di barisan Kerajaan yakin bahawa Tuan Yang di-Pertua seperti biasa akan memberi pertimbangan yang saksama dan adil kepada semua Usul yang telah dikemukakan mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Terima kasih.
Kenyataan Akhbar - 18 Oktober 2015
Dato' Sri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment