Monday, October 19, 2015

Talam Dua Muka Buat Apa Simpan Lagi.... Pengerusi Baru PAC Akan Kaji Kedudukan Tony Pua

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membincangkan status wakil DAP, Tony Pua, apabila mesyuarat pertamanya diadakan pada sidang Dewan Rakyat kini, kata pengerusi barunya Datuk Hasan Arifin hari ini.

Katanya, memandangkan beliau baru sahaja dilantik pengerusi jawatankuasa itu, beliau tidak dapat menghukum sebarang tuduhan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu, walaupun dari rakan-rakannya di Barisan Nasional (BN).

Kami akan membincangkan mengenai Tony Pua di mesyuarat pertama. Saya tidak boleh menghukum semua tuduhan dilempar terhadapnya, termasuk daripada Barisan Nasional,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen.

Pua disaran meletakkan jawatannya dalam PAC oleh pelbagai pihak, termasuk dari 1MDB kerana ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu disiasat polis berkaitan dengan firma pelaburan negara yang dilanda kontroversi itu.

Pua berkata, polis hanya menyoalnya sebagai saksi dalam siasatan mereka, sambil menambah walaupun beliau sedang disiasat ia tidak menjejaskan siasatan terhadap 1MDB.

Beliau dituduh membuat kenyataan berat sebelah terhadap 1MDB ketika memegang jawatan dalam PAC yang menyiasat firma pelaburan berkenaan.

Hasan berkata hari ini, mesyuarat pertama PAC akan diadakan selepas tiga lagi wakil rakyat dilantik ke panel itu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment