Ahli perniagaan Phang Li Koon didakwa berbohong dalam akuan bersumpah
(SD) beliau berhubung penjualan banglo RM2.8 juta kepada Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pemuda UMNO Pulau Pinang selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat
Polis Daerah Timur Laut mendakwa phang li koonbahawa dakwaan Phang tidak
mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri adalah
tidak tepat.
“Beliau mendakwa tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan
kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi jika merujuk laman web InvestPenang,
beliau adalah pemegang saham salah satu daripada syarikat-syarikat yang
disenaraikan di laman web itu,” kata Penolong Setiausaha Pemuda UMNO
Pulau Pinang, Ifan Zaimi Mohd Tahar, Rabu.
Ifan Zaimi mendakwa syarikat itu, Winbond Management and Consultancy Sdn
Bhd, telah disenaraikan sebagai satu daripada syarikat yang diberi
kelulusan untuk menyediakan pekerja asing di Pulau Pinang.
Phang juga katanya, telah disenaraikan sebagai orang hubungan syarikat
dan mendakwa beliau mempunyai 20 peratus pegangan dalam firma itu.
Semakan di laman InvestPenang menunjukkan bahawa Winbond disenaraikan di
bawah “Sumber” dan merupakan salah satu pembekal perkhidmatan dalam
senarai agensi pekerjaan di Pulau Pinang.
Dalam laporannya, Ifan Zaimi, yang juga seorang peguam, juga mendakwa
bahawa alasan “willing buyer, willing seller” kerana menjual banglonya
di Jalan Pinhorn kepada Guan Eng di bawah nilai pasaran tidak sah dalam
kes ini.
“Jika kita melihat Seksyen 165 Kanun Keseksaan, ia merujuk kepada
seorang penjawat awam menerima sebarang benda berharga daripada
seseorang dalam apa-apa prosiding atau transaksi perniagaan,” katanya.
Beliau katanya maklum bahawa Setiausaha Agung DAP itu membayar RM2.8
juta untuk membeli rumah itu sedangkan anggaran nilai hartanah itu oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah RM4.27 juta sekali gus jelas
menunjukkan seorang penjawat awam menerima sesuatu yang berharga
daripada orang lain.
Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat dakwaan SD Phang dan Guan Eng atas kemungkinan pelanggaran Kanun Keseksaan.
Semalam, Phang mendedahkan bahawa beliau melakukan perjanjian lisan yang
dibuat pada 2012 untuk menjual banglo di Jalan Pinhorn kepada Guan Eng
dengan harga RM2.8 juta.
Beliau juga menafikan mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan
kerajaan negeri dan apa-apa hubungan dengan syarikat yang terlibat dalam
penjualan kontroversi tanah Taman Manggis, yang telah dikaitkan dengan
pembelian banglo itu.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya
mengaitkan pembelian banglo oleh Guan Eng pada 2015 dengan isu tanah
Taman Manggis selepas membangkitkan persoalan harga jualan rendah
hartanah itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment