Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat tempohari, Datuk Shabudin Yahaya
(BN – Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP – Bagan) membeli sebuah
rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.
Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai
RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan
belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya
pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.
Lim
Guan Eng melalui laman sosial Twitternya sudahpun mengaku membeli
10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo. Beliau menulis akan
menjawab persoalan ini esok. Persoalannya, kenapa perlu Lim Guan Eng
tunggu sehingga esok untuk menjawab persoalan sama ada beliau telah
membeli rumah banglo berkenaan lebih rendah daripada harga pasaran atau
tidak.
Tokong Lim mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan
rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya
tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan ‘subsale’ tidak bermakna
harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran. Malangnya
Tokong Lim terlupa fakta di bawah:
1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.
2. Rumah yang telah mengalami proses pengubahsuaian oleh pemilik asal
dijual dengan lebihan RM300,000 sahaja berbanding harga asal pada 2008
iaitu RM2.5 juta.
3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk
harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta.
Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli
rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tidak mengambil sikap pilih
kasih dengan tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini.
Jangan lupa, Ketua Menteri yang sama telah ‘ditangkap’ berbohong
semalam oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan isu harga minimum rumah
kos murah. Baca di bawah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN


No comments:
Post a Comment