
Cakap tidak serupa bikin! Kata dulang paku serpih, mengata orang dia
yang lebih! Itulah perumpamaan yang sangat sesuai untuk ‘dijodohkan’
dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Manusia hipokrit ini
kalau kena batang hidung orang lain bukan main lagi dia ‘menyalak’ tapi
bila kena batang hidup sendiri, pandai pulak dia nak mengelak.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali
mendakwa Guan Eng sebagai seorang hipokrit kerana keengganannya yang
tidak mahu mengambil cuti sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menyiasat mengenai isu pembelian banglo di Jalan
Pinhorn, George Town yang melibatkan dirinya itu.
“Apakah Lim Guan Eng ini umpama peribahasa Melayu mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
“Keengganannya (Guan Eng) untuk bercuti atau undur diri hanya meletakkan
dirinya sebagai cakap tak serupa bikin atau bersifat hipokrit.
“Guan Eng mesti tunjuk sikap konsistennya dalam memerangi rasuah atau penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Bila kena batang hidung pemimpin lain, bukan main gah Guan Eng
‘menyalak’ suruh bercuti sementara bagi memberi laluan kepada SPRM untuk
menyiasat kes rasuah. Tambah-tambah pemimpin parti lawan, memang kerap
la jadi mangsa Guan Eng. Tapi bila kena tahi atas muka sendiri,
amboiiiii…. Melawan pulak!
Seeloknya Guan Eng tunjuk sikit yang dirinya tu professional! Tidak
hipokrit sedunia! Harus berlaku adil, setidaknya Guan Eng patut
mengambil cuti dan melantik seorang pemangku untuk jawatan Ketua Menteri
yang dikosongkan sementara.
Alaaaa… Sementara je pun bukannya selama-lamanya! Lepas SPRM putuskan
bahawa dia bebas daripada sebarang salah laku berhubung pembelian banglo
itu, sambung jela balik jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Kenapa nak
takut sangat?? Ke memang bersalah??
Almaklumlah… Ramai sangat dah yang buat laporan terhadap Guan Eng
mengenai isu rumah banglo tu. Sebab tu Guan Eng gelabah biawak sangat!
Takut kantoi agaknya…. Sudah la perangai hipokrit, pengecut takde telur
pulak tu..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment