
Semua orang tahu yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
sememangnya spesies suka jaga tepi kain orang lain. Suka sangat masuk
campur urusan dan masalah orang lain. Apa sahaja yang berlaku pasti ada
Mahathir, konon nak jadi penyelamat, penyibuk, orang tengah dan
macam-macam lagi la!
Oleh disebabkan itu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed
menyoal apakah kepentingan Mahathir dalam isu kontroversi dana politik
bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dengan dirinya?? Ada kaitan ke??
Sebab hairan la dengan Mahathir, apa kaitan isu tersebut dengan dirinya
sehingga memaksa dia untuk memfailkan saman terhadap Najib. Pelik betul
la… Yang dia nak menyibuk sangat tu apesal??
“Beliau tiada locus standi (hak untuk mengambil tindakan di mahkamah)
kerana RM2.6 bilion itu bukan berkenaan dengan (ada kaitan dengan)
beliau,” katanya.
Baru-baru ini Mahathir bersama dua pemimpin yang lain bertindak
memfailkan saman terhadap Perdana Menteri atas dakwaan telah
menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan
Presiden UMNO. Tuduhan mereka ialah mengganggu siasatan keatas 1MDB dan
syarikat-syarikat berkaitan, RM42 juta daripada SRC International dan
derma politik RM2.6 bilion.
Sikap Mahathir yang suka menyibuk itu jelas menunjukkan dirinya seorang
yang busuk hati. Sengaja mahu menghangatkan lagi keadaan dan menanam
sifat benci dalam diri rakyat terhadap Najib. Sedangkan para pemimpin
lain juga tidak terkejut dengan tindakan Mahathir tersebut.
Malah mereka menyifatkan sikap keterlaluan Mahathir sebagai satu motif,
atau sebagai satu cara pemimpin negara selama 22 tahun itu untuk
menjatuhkan maruah pemimpin negara sekarang ini.
“Apa yang beliau lakukan ini sebagai gimik politik; hendak dapatkan publisiti sahaja,” kata Nur Jazlan.
Mungkin juga Mahathir cuma mahu mendapatkan perhatian daripada rakyat,
meraih simpati atau mahukan kasih sayang. Pasti dirinya kini tidak
mendapat tumpuan sepenuhnya seperti pada zaman pemerintahannya dahulu.
Sebab tu sekarang ini dia gila glamor dan publisiti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment