Sebelum ini ada seorang bekas pemimpin negara dakwa matawang Malaysia
takan terus jatuh selagi Datuk Seri Najib Razak tidak letak jawatan...
nampaknya cakap pemimpin itu cuma ombongan kosong.
Ini kerana pada mulai petang Selasa dan pagi rabu ringgit mengukuh untuk
dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan
minat belian dalam mata wang tempatan itu, kata peniaga.
Pada jam 9.01 pagi, ringgit disebut pada 3.9850/9910 berbanding dolar AS dari 4.0050/0100 semalam.
Perkembangan ini kali pertama sejak 2016 di mana ringgit diniagakan bawah RM4 untuk USD1.
Seorang peniaga berkata, ringgit menyaksikan permintaan baharu berikutan aliran masuk dana asing ke dalam pasaran tempatan.
Sementara itu, dolar menyusut susulan serangan pengeboman di Lapangan Terbang Brussel, katanya.
Mata wang tempatan itu juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9308/9356 dari
2.9388/9444 dari Selasa dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5501/5564
dari 3.5865/5922 semalam.
Ringgit juga meningkat berbanding pound British kepada 5.6679/6780 dari
5.7091/7171 dan meningkat berbanding euro kepada 4.4680/4763 dari
4.4852/4916 semalam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment