Thursday, March 24, 2016

Serpihan Yang Ditemui Di Mozambique Hampir Pasti Milik MH370

serpihan
Dua serpihan yang ditemui di Mozambique adalah hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines 370, yang hilang dua tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Menteri Insfrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester susulan analisis yang dijalankan oleh pakar teknikal yang menyiasat kehilangan MH370.

Menurutnya, pasukan siasatan MH370 juga mendapati bahawa serpihan itu sama dengan panel dari pesawat Boeing 777.

“Serpihan itu yang telah dijumpai di pantai timur Afrika adalah konsisten dengan model drift dilakukan oleh CSIRO (badan sains kebangsaan) dan mengesahkan lagi usaha penyelidikan kami di Lautan Hindi,” katanya.

Serpihan itu ditemukan di tebing pasir di Mozambique dan ia telah dibawa ke Australia untuk ujian pengesanan.

Pasukan Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan Pasukan Penyiasatan Ke­selamatan Pertubuhan Penerba­ngan Awam Antarabangsa (ICAO) dengan bantuan pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah melakukan ujian serta analisis ke atas serpihan itu.

Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Menurut Chester pencarian MH370 diteruskan dengan carian di kawasan dasar laut seluas 25,000 kilometer persegi.

“Kita memfokus untuk melengkapkan tugasan ini dan berharap pesawat itu akan ditemui,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment