
KOTA KINABALU : Ibu kepada Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin meninggal dunia akibat barah hati, petang
tadi.
Rosnah berkata beliau menerima berita itu dua minit selepas ibunya,
Saadiah Abd Hamid, 80-an menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.17
petang.
“Semasa arwah meninggal, saya berada di Parlimen. Ibu saya telah lama sakit,” katanya ketika dihubungi media.
Rosnah, yang sebak dan sukar menahan kesedihan, menambah beliau akan pulang ke Sabah petang ini.
Saudara terdekat Allahyarhamah, Emnah Md Nor berkata Allahyarhamah menghidap barah hati tahap empat sejak lebih dua bulan lalu.
Beliau berkata Allahyarhamah meninggalkan tujuh anak dan dijangka dikebumikan esok di Papar, kira-kira 50km dari sini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment