Umat Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan mengagalkan rancangan
DAP yang dikatakan parti sekular untuk memerintah negara ini kata,
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Laporan Utusan Malaysia hari ini, Hadi dipetik sebagai berkata majoriti
orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang
memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di Malaysia.
“DAP mempunyai rancangan yang lebih besar, lebih daripada sekadar
mengawal ekonomi oleh itu ia hanya melalui penyatuan umat Islam kita
boleh memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.
“Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi Pas telah mengingatkan agar Umno
kembali kepada Islam untuk perpaduan dan pengukuhan ummah,” kata Hadi
dalam ceramahnya malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ujar Khalid pula, DAP yang terdiri daripada orang-orang Cina berjaya
walaupun mereka hanya 30 peratus daripada penduduk negara ini.
“Mereka mengawal pendapatan yang lebih tinggi per kapita dan saya percaya mereka mempunyai cita-cita yang lebih besar.
“Kami akan membentuk satu unit seperti sebuah badan bukan kerajaan untuk
memantau (calon pilihan raya) dikalangan Melayu yang meletakkan diri
mereka sebaris dengan DAP dan memastikan mereka tidak menang dalam
pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini.
Khalid sebelum ini dari PKR tetapi dipecat daripada parti itu dan
disingkirkan jawatan sebagai MB Selangor kononnya atas isu-isu berkaitan
pentadbirannya di negeri itu.
Pas berpisah dengan DAP dan PKR tahun lalu kerana tidak sebulu dengan
DAP yang menentang hudud PAS. Baru-baru ini Pas telah menjalin hubungan
kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) iaitu musuh
tradisi UMNO dalam usaha seolah-olah bertujuan untuk menyatukan
konservatif kuasa politik Melayu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment