Pada 15 Ogos 2009, telah berlangsungnya Program "Gotong Royong 1 Malaysia". Program ini telah dirancangkan oleh Pengerusi JKKK iaitu Tuan Hj Safie bin Mohd Amin yang mana turut mendapat mendapat kerjasama daripada UMNO Cawangan Pancor. Program ini juga telah mendapat bantuan serta sokongan daripada beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi.
Program Gotong Royong ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Yang Berhormat Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Didalam ucapannya YB Tuan Mustafa menasihatkan agar kesemua penduduk setempat mengambil berat kebersihan serta menjaga kesihatan memandangkan kini negara diancam penyakit selesema babi ataupun dikenali dengan H1N1.
Di dalam majlis ini juga, YB Tuan Mustafa turut menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim yang tinggal di Kampung Pancor ini. Tuan Nizar (Penghulu Mukim Ampangan), Ketua UMNO Cawangan Pancor, Tuan Hj Hasan Sulan, Puan Norhafilah Nordin (Ketua Puteri UMNO Cawangan) telah turut serta hadir ke program ini.





























Akhir kata, tahniah buat Pengerusi JKKK dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Program "Gotong Royong 1 Malaysia" ini. Ini merupakan satu usaha yang baik malahan perlu dicontohi oleh semua pihak. Semoga usaha ini akan mendapar keberkatan daripada Allah SWT. Mudah-mudahan.
Dilaporkan oleh : Jawatankuasa Penerangan UMNO Kg. Pancor
No comments:
Post a Comment