6 Mac 2010 (Seremban) - Satu Mesyuarat Agong Aktiviti KEMAS TABIKA, PKK dan PKJ telah diadakan di Bilik Gerakan Daya Wawasan (GDW), Kg Pancor. Mesyuarat ini meriah dengan aktiviti pertandingan mewarna, persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar tabika serta Bengkel Keibubapaan yang berlangsung sebelum bermulanya Mesyuarat Agong.
.
Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, ADUN Lenggeng. Majlis ini turut dihadiri oleh Tn Hj Safiei @ Safain Mohd Amin, Pengerusi JKKK Kg Pancor, Tn Hj Ali bin Majid, Penyelia KEMAS Daerah Seremban. Puan Maimunah pula telah bertindak selaku Pengerusi Majlis pada program ini.
.
Apa yang menarik, Pengerusi KEMAS iaitu En Aziz Ahmad yang telah memegang jawatan selama 17 tahun akhirnya terpaksa 'mengalah' dengan suara majoriti apabila semua ahli mesyuarat bersetuju mengangkat Saudara Syamsul Amri Hj Ismail yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Kg Pancor sebagai Pengerusi KEMAS yang baru. Perlantikan yang dianggap sebagai 'tepat pada masanya' ini diharapkan dapat membawa perubahan kepada perkembangan positif KEMAS di Kg Pancor ini.
.
Kepada En Aziz jasamu akan tetap sentiasa dikenang, dan kepada Saudara Syamsul, tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.
.






No comments:
Post a Comment