31 Ogos 2010, Seremban : Sambutan Kemerdekaan di Tabika KEMAS Kg Panchor telah berlangsung dengan meriah sekali meskipun berlangsung pada 21 Ramadhan 1431 Hijrah. Walaupun dalam suasana berpuasa kesemua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan serta komitmen penuh di dalam program ini.
.
Program telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Kemerdekaan, Lagu Keranamu Malaysia dan Lagu 1 Malaysia. Lagu-lagu ini telah disampaikan dengan penuh bertenaga oleh murid-murid Tabika KEMAS Kg Panchor.
.
Seterusnya majlis telah disambung dengan upacara bacaan doa yang telah dikendalikan oleh Tn Hj Hasan bin Sulan, Ketua UMNO Cawangan Panchor. Kemudian Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail selaku Pengerusi KEMAS telah dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
.
Di dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa program seperti ini wajar diteruskan demi memastikan golongan muda akan terus disedarkan betapa pentingnya mengingati detik kemerdekaan. Begitu juga beliau menyatakan betapa sayangnya jika kita tidak menghargai kemerdekaan ini yang mana diam tak diam, negara kita telah 53 tahun mengecapi nikmat kemerdekaan.
.
Sebaik sahaja selesai ucapan beliau, Tn Hj Ali bin Majid, Penyelia Kanan KEMAS Seremban, telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian.
.
Akhirnya, sebaik selesai ucapan perasmian oleh Tn Hj Ali bin Majid majlis diteruskan dengan tayangan video "KEMERDEKAAN NEGARA". Tayangan ini telah disaksikan oleh sekelian yang hadir ke program ini.
.
Majlis ini telah berkahir kira-kira jam 11.30 pagi. Program ini telah turut dihadiri oleh Tn Hj Safiei, Pengerusi JKKK Kg Panchor serta Setiausahanya iaitu En Abd Manaf Ujang.
.
Tahniah dan syabas diucapkan buat sekelian Jawatankuasa KEMAS yang terlibat di dalam penjayaan program ini. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan hingga ke masa akan datang.
.















No comments:
Post a Comment