1 Disember 2014 : Apabila Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh
menyentuh tentang segelintir Cina penyokong DAP di Pulau Pinang yang
menjadi kaya-raya kerana terlibat dengan kegiatan jenayah dan maksiat,
maka serta-merta kenyataan membabitkan istilah ‘segelintir’
dan ‘kadang-kadang’ tidak disebut sama, sebaliknya golongan chauvinist
yang diketuai oleh Lim Guan Eng dengan bantuan media-media
berbahasa Cina yang gagal menguasai dan memahami Bahasa Kebangsaan
tetapi berlagak seperti mereka pakar, telah memutarbelitkan
kenyataan yang dibuat oleh Mohd Zaidi Said ketka berucap dalam
Perhimpunan Agung UMNO beberapa hari lepas.
Kata-kata Mohd Zaidi begitu membengkakkan hati Lim Guan Eng. Marah
benar Lim Guan Eng apabila golongan yang
terlibat dengan jenayah dan maksiat di Pulau Pinang disentuh
oleh mana-mana orang Melayu. Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap
Setiausaha Agung DAP itucuba menukarkan kenyataan Zaidi yang mendesak
pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas ke
atas jenayah dan maksiat di Pulau Pinang, sebagai elemen hasutan
dan kebencian kepada masyarakat Cina.
Hari ini, Zaidi membuat sidang media dan memanggil media-media berbahasa Cina. Menariknya, portal-portal master spin seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider tidak menghantar wakil untuk mendengar penjelasan Mohd Zaidi sendiri di Permatang Pauh. Portal-portal pro-DAP itu sebenarnya sudah pun membuat kesimpulan mereka sendiri berdasarkan kefahaman cetek mereka dalam Bahasa Kebangsaan.
Walaupun sudah terbentang di hadapan mata, Lim Guan Eng masih cuba untuk menjual minyak dengan cubaan menafikan kewujudan industri maksiat dan jenayah di Pulau Pinang. Begitu yakin sehingga mencabar Mohd Zaidi untuk membuktikan bahawa ‘segelintir’ orang Cina kaya kerana terbabit dengan jenayah dan maksiat di Pulau Pinang.
Motif Lim Guan Eng amat jelas, dia sebenarnya cuba menyembunyikan perkara sebenar dan cuba menjadikan kenyataan serta pendedahan Mohd Zaidi sebagai satu isu rasis yang bukan sahaja akan membangkitkan kemarahan orang Cina kepada Melayu dan UMNO tetapi juga memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar tidak meneruskan usaha membanteras kegiatan jenayah dan maksiat di Pulau Pinang kerana ia akan dilihat sebagai peperangan ke atas orang Cina.
Penjelasan telah dibuat tetapi yang pasti, penjelasan Mohd Zaidi hari ini tidak akan mudah diterima oleh Lim Guan Eng sekalipun pada masa yang sama, Lim Guan Eng sudah pun mengakui tentang masalah industri jenayah dan maksiat di Pulau Pinang. Standard Guan Eng bila terkantoi, dia akan mula menyalahkan pihak lain.
‘Pihak lain’ yang dipersalahkan oleh Guan Eng dalam isu industri jenayah dan maksiat di Pulau Pinang adalah PDRM. Katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk menangani masalah premis haram untuk kegiatan tidak bermoral dan jenayah sekalipun kuasa sebenar menyekat kuasa jenayah dan maksiat di negeri itu adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta PBT-PBT di negeri itu sendiri.
Justeru, cabaran Guan Eng agar UMNO Pulau Pinang membuktikan pembabitan Cina-Cina kaya bukan penyokong BN menerusi pembabitan mereka dalam jenayah dan maksiat telah disahut oleh Zaidi. Bahkan Zaidi mencabar balik Guan Eng agar meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya cabaran Guan Eng disahut.
Zaidi memberi tempoh sehingga hujung bulan kepada Guan Eng sebelum dia mendedahkan lima premis yang dimiliki oleh ‘segelintir’ Cina kaya yang terbabit dalam kegiatan jenayah dan maksiat selain tidak pernah dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:
Post a Comment