KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG
ISU PERJUDIAN, PELACURAN DAN PUSAT HIBURAN YANG BEROPERASI SECARA HARAM DI PULAU PINANG
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri menyokong kenyataan yang telah dibuat
oleh Y.Bhg Datuk Mohd Zaidi semasa berucap di Persidangan Agung UMNO
baru baru ini. Beliau telah membangkitkan isu penguatkuasaan sebagai isu
utama yang menyebabkan Pusat Perjudian, Pelacuran dan Pusat Hiburan
masih berleluasa di negeri ini.
Pemuda UMNO Negeri juga ingin mengulangi cabaran Ketua UMNO Bahagian
Permatang Pauh terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Jika beliau berjaya
menunjukkan lokasi premis Perjudian, Pelacuran dan Pusat Hiburan, Ketua
Menteri Pulau Pinang harus meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau
Pinang. Pemuda UMNO juga akan memperlihatkan 5 lagi lokasi pusat
sebegini kepada Ketua Menteri dan akan meminta beliau menyahut cabaran
Y.Bhg Datuk Zaidi.
Kami menyedari pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pihak Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan mereka komited dalam menjalankan operasi bagi
membenteras kegiatan haram itu dan buktinya beberapa serbuan telah
dilakukan terhadap premis judi dan Pusat Hiburan sepanjang tahun ini.
Antara kejayaan PDRM dalam membenteras gejala ini ialah pada 22 Nov
yang lalu, PDRM telah berjaya memberkas 15 wanita warga asing yang
berkhidmat sebagai tukang urut dibeberapa buah Pusat Refleksologi haram
di Kawasan Bandar Baru Farlim. Selain daripada itu, Ketua Polis Pulau
Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah membuat kenyataan di Bernama yang
disiarkan pada 5 November lalu dimana sejumlah 6,771 mesin judi tidak
berlesen dirampas dalam operasi polis di negeri ini sejak Januari hingga
31 Okt 2014.
Tahniah PDRM Negeri Pulau Pinang.
Ini jelas terbukti kegiatan haram ini benar-benar berlaku di negeri
Pulau Pinang yang ditadbir oleh regim DAP dan menjadi persoalan
mengapakah pengusaha kegiatan haram ini berani untuk menjalankan
perniagaan di negeri ini.
Timbul juga persoalan adakah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah
mengetahui wujudnya kegiatan haram berkenaan di negeri ini ataupun dia
hanya sekadar menutup mata dan sengaja tidak mempedulikan dengan apa
yang berlaku disebalik aktiviti di negeri naungannya.
Laporan media dan statistik yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri
itu jelas menunjukkan dakwaan mengenai kegiatan haram itu benar-benar
berlaku di negeri ini seperti yang dibangkitkan Ketua Umno Bahagian
Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi dan Ketua Menteri Pulau Pinang wajib
menarik balik ungkapan ‘penipuan terkeji’ yang dilemparkan kepada Datuk
Mohd Zaidi.
Dalam usaha membanteras kegiatan haram di negeri ini, Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang bersedia menawarkan kerajasama dengan pihak PDRM
untuk menggempur dan melumpuhkan aktiviti perjudian haram, pelacuran dan
pusat hiburan haram. Kami bersedia menjadi mata dan telinga kepada
pasukan PDRM bagi membanteras aktiviti haram dari terus berleluasa di
negeri ini.
Pemuda UMNO bimbang sekiranya kegiatan haram berkenaan tidak
dibendung dengan serius ianya akan mencetuskan pelbagai masalah kepada
masyarakat.
Kami juga menggesa kepada semua masyarakat agar memberi kerjasama
kepada pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui
berlaku kegiatan haram di mana-mana kawasan di negeri ini.
Rafizal Abd Rahim,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment