3 Disember 2014 : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai
pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang telah dibentangkan oleh
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa sebentar tadi menyatakan
hanya 68,703 warga asing yang mendapat status kewarganegaraan.
Ini bertentangan dengan dakwaan bahawa kerajaan telah memberi satu
juta kewarganegaraan kepada pendatang asing yang dinyatakan oleh seorang
saksi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Dr Chong Eng Leng (PBS)
sebelum ini.
Angka RCI ini merupakan angka yang terdapat dalam pangkalan data yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara.
Suruhanjaya juga mendapati tiada petunjuk yang jelas bahawa tatacara pemberian kewarganegaraan dilanggar atau diketepikan bagi membolehkan pendatang asing mendapat kewarganegaraan secara mudah.
Suruhanjaya menyatakan adalah keperluan untuk membuat perbezaan di kalangan pendatang asing iaitu antara pendatang tanpa izin, pelarian dan pekerja asing.
Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:
Post a Comment