KENYATAAN MEDIA:
1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh
isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan
dan/ atau pengetahun Banduan sendiri.
Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!
Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau
persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan
pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah
satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!
2. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah
kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan
akujanji tidak akan mengulanginya lagi;
3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;
4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkaldaikan institusi pengampunan
DiRaja dengan menjadikan alasan “kehakiman tidak telus” sebagai alasan
pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib
ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!
6. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman
yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan
“kehakiman tidak telus” sebagai alasan permohonan pengampunan;
7. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara
sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan
hukuman.
Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan
hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak “luar biasa” untuk
memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi bagi Banduan ini yg selalu
meneriak slogan “Lawan Tetap Lawan”.
Adakah keluarga membuat permohonan
pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam
penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?
Zulkifli Noordin
Rabu
6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015
Rabu
6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015
No comments:
Post a Comment