16 Februari 2015 : Tindakan segelintir penyokong Pas melemparkan
kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
semasa pengebumian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada
Jumaat lalu bukan sahaja biadab, malah memalukan parti itu.
Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, perbuatan
tersebut tidak menggambarkan mereka sebagai penyokong sebuah parti
Islam dan upacara berkenaan tidak sepatutnya dicemari dengan insiden
berkenaan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keterbukaan Najib datang menziarahi jenazah bekas Menteri Besar Kelantan itu membuktikan beliau pemimpin yang berjaya menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat, khususnya umat Islam.
“Saya kecewa dengan perkara tersebut yang sepatutnya tidak berlaku ketika ramai yang bersedih ekoran pemergian ulama yang terkenal dengan sifat zuhud. Apa juga keadaan kita perlu bersangka baik terhadap semua orang.
“Islam melarang menggunakan kata-kata kesat kepada orang lain. Begitu juga Nabi Muhammad SAW tidak ajar umatnya bersikap biadab, sebaliknya mahu mereka tunjuk sikap yang baik sebagai orang Islam” katanya selepas menyampaikan bantuan Tahun Baharu Cina Parlimen Ledang di Bangunan MCA Ledang di sini hari ini.
Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:
Post a Comment