EDITOR MENULIS
22 APRIL 2015
Satu ketika dulu ahli UMNO diganyang dan
dibelasah dengan pelbagai gelaran hanya kerana mempertahankan
Presidennya yang bernama Mahathir Mohamad.
Orang UMNO dilemparkan tuduhan kafir, tahgut dan bodoh hanya kerana
pemikiran Presidennya.
Bukan sahaja ahli UMNO , bahkan Presidennya
sendiri di beri gelaran Mahzalim, Mahafiraun, bermakna jugalah orang dan
ahli UMNO yang menyokong individu ini ada lah sama juga dengan yang di
sokong.
Pada pertuduhan ini dan panggilan gelaran ini apakah yang ahli UMNO lakukan?
Mereka tumpang terima saham kehinaan dan cacian dengan berdiri teguh
di belakang Presidennya. Kerana apakah mereka lakukan itu semua? Kerana
mereka dididik setia dan akur.
Ketika ahli UMNO berjumlah tiga juta orang itu berdiri teguh dan
setia, bukan semua dari mereka dapat IPP, Kerja bina lebuhraya, bina
bangunan, lesen astro , projek mega atau projek tidak mega, tetapi
mereka setia juga.
Penjilatkah mereka semua?
Kini kesetian mereka kepada Presidennya diejek, dihina hanya kerana
ketidakpuasan hati seorang individu yang sudah merasai segalanya ketika
menjadi Presiden UMNO.
Jasa-jasa individu ini semua terhasil kerana dia dapat menjadi Presiden UMNO.
Dipuji, dilambung, dimuliakan kerana apa? Kerana dia pernah jadi Presiden sebuah parti bernama UMNO.
Siapa dan apakah yang patut disanjung? Parti UMNO atau individu ini?
Apa pula balasan individu ini setelah menikmati kesemua itu kerana menjadi Presiden UMNO atas sebab ahlinya setia dibelakangnya?
Hinaan demi hinaan, ejekan demi ejekan. Itulah balasan nya.
Ketika 14 orang Islam mati di bunuh di Memali, apa terjadi kepada
UMNO? Sama lah juga , ia itu parti di hina dan di ejek kerana memilki
Presiden Mahazalim dan maha firaun, tetapi orang UMNO yang majoriti nya
hanya dapat T-shit, kain pelikat dan payung tetap juga teguh berdiri di
belakang Presiden nya.
Ketika isu Perwaja yang di akibat kan oleh bukan ahli UMNO pun tetapi
berkait dengan Presidennya, apa terjadi? Ahli UMNO setia juga terima
tembakan demi tembakan, mereka setia tetap setia.
Demi siapa? Siapa lagi jika bukan Presidennya.
Apa rumusan pada ini semua? Iaitu didikan kesetian pada Presidennya walau entah betul atau tidak tindakannya.
Orang UMNO yang ke masjid dan surau yang juga mengerjakan haji tetap
di panggil gelaran kafir kerana Presidennya di katakan menolak hudud dan
isteri tidak memakai hijab.
Apa ahli UMNO buat? Tetap setia di belakangnya.
Ketika anak Presiden dituduh memiliki kilang arak betul atau tidak,
ahli UMNO di Bandar di ceruk kampung, yang hanya ada motosikal buruk dan
beskal buruk tetap teguh dan akur dengan Presidennya.
Kini apa sudah terjadi sebaik sahaja individu yang sudah puas jadi Presiden tidak suka kepada sesuatu?
Mereka yang sudah berpuluh tahun , bahkan 22 tahun diajar setia, tunduk dan akur kepada Presiden, digelar penjilat pula.
Orang ini yang pernah menyebabkan nama UMNO menjadi erti “Undur Madey Negara Okay”
suruh ahli yang dididiknya jadi akur dan setia supaya sanggup bergaduh
sama sendiri bahkan menolak sifat yang mereka pegang selama dia menjadi
Presiden kepada sifat menolak Presiden pula.
Bukan sekali , bahkan kali kedua pula.
Salahkah apabila ada ahli UMNO menolaknya kerana mendapati kehendak individu melampaui kehendak ahli parti?
Partikah yang harus akur kepada individu atau sebaliknya?
Sistem apakah jika Presiden yang bertanding dan dipilih boleh ditolak hanya kerana seseorang tidak menyukainya?
Inikah balasan kepada parti? Mana lebih penting parti atau individu?
Mungkin kata kata penentang UMNO satu waktu dulu “Undur Madey Negara
Okay” amat betul dan tepat , kerana sehingga hari ini individu itu
masih belum berundur dalam erti kata sebenar.
Tepuk dada tanya minda... mudah-mudahan anda pun boleh berfikir sama...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment