EDITOR MENULIS...
5 MEI 2015
Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk A. Kadir Jasin, mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perjumpaan dengan 60 Ketua Bahagian UMNO (yang bukan ahli Parlimen) pada minggu hadapan.
Menurut beliau lagi Setiap Ketua UMNO Bahagian ini akan menerima RM 500,000 peruntukan untuk bahagian masing-masing.
Dalam artikel blog beliau yang penuh
dengan khabar angin, dakwaan dan serangan peribadi “below the belt”
kepada Perdana Menteri itu, kadir mendakwa perjumpaan tersebut bagi
mengukuhkan solidariti kepada Perdana Menteri.
Dilihat dari yang buat dakwaan dan
gerakan yang dikaitkan dengannya, dipercayai tujuan penyebaran fitnah
jahat ini adalah untuk menjejaskan kemenangan BN/UMNO dalam piliharaya
kecil Rompin yang berlangsung esok.
Kadir mungkin berniat jahat untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan UMNO atau sekadar diberi maklumat yang salah.
Memang benar minggu hadapan ada
perjumpaan Perdana Menteri dengan UMNO. Namun ia merupakan acara
tahunan iaitu Sambutan Ulang Tahun UMNO yang disambut setiap 11 Mei.
Jadi perjumpaan tersebut bukanlah
perjumapaan sulit dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian yang bukan ahli
Parlimen tetapi dengan semua pimpinan UMNO dan ahli yang ada kelapangan
hadir...
Malah Kadir Jasin dan Tun Mahathir patut
turut hadir meraikan hari ulang tahun UMNO yang mungkin hanya tinggal
beberapa tahun lagi jangka hayatnya jika terus diburuk dan dijijikkan
oleh kumpulan mereka.
Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment