23 Jun 2015, Bangi : Bukan sahaja tampil membela DAP sebagai bukan cauvinis,
malah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menempelak partinya sendiri
dengan mendakwa PAS lah yang sedang menuju ke arah itu.
Khalid yang disingkir perwakilan pada pemilihan PAS awal bulan lalu,
berkata, PAS menjurus kepada parti cauvinis kerana mahu mengusir ahlinya
yang dilabel sekular.
Mempertahan DAP Khalid berkata, jika parti itu cauvinis, sudah tentu
mendiang Karpal Singh dan ahli keluarganya tidak menyertai parti itu.
Malah, katanya, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP termasuk yang terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said.
Manakala PAS, katanya akan menjadi parti cauvinis sekiranya mengambil
sikap menyerupai UMNO dan NGO mesra mereka seperti Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) dan Perkasa.
“Saya harap Pas pun tak jadi cauvinis kerana kita lihat ada juga
kumpulan Islam yang sudah cauvinis seperti Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA) dan Perkasa. Saya lihat Pas sekarang bukan ‘Pas For All’,”
katanya.
Isu cauvinis kembali menjadi perhatian sejak kelmarin, apabila Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu terbuka untuk
berkerjasama dengan mana-mana parti kecuali yang bersifat cauvinis.
Sekalipun tidak menamakan parti mana, kenyataan Abdul Hadi itu
bagaimanapun dilihat banyak pihak sebagai merujuk kepada DAP, yang
banyak menyerang dasar PAS dan diri beliau sebelum ini, sehingga
Muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan parti Cina itu.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:
Post a Comment