Wednesday, June 24, 2015

Dalang Bikin Heboh Isu 1MDB Ditahan…Sumbat Saja Dalam Penjara Tu


Ini dia orangnya. Xavier Andre Justo, bekas pegawai PetroSaudi International Ltd yang ditahan oleh polis Thailand atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat itu.

Kalau sebut Petrosaudi sudah tentu semua orang akan ingat pada 1MDB.
Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan 1MDB.

Ini gara-gara ada dakwaan konon dalam kerjasama itu ia jadi alat untuk songlap wang beratus juta dari 1MDB.

Untuk hangatkan lagi cerita nama ahli perniagaan Jho Low dikaitkan sebagai tukang atur kerjasama Petrosaudi dengan 1MDB.

Justo,warganegara Switzerland adalah seorang eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand.

Dua tahun selepas dipecat daripada syarikat, Justo dikatakan cuba memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta).

Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.

Media Thailand memetik kenyataan Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang yang berkata polis Bahagian Pencegahan Jenayah menahan Justo, susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.

Polis turut menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.

Penahanan Justo oleh polis Thailand telah mencuri perhatian ramai.Ini kerana dia dipercayai adalah pemberi maklumat kepada Sarawak Report.

Sementara itu, PetroSaudi dalam kenyataan yang dikeluarkan di Riyadh, menyambut baik penahanan Justo dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand.

Selain itu, PetroSaudi mempertimbangkan tindakan undang-undang sewajarnya.

“Kami lega Justo akan berdepan tindakan mahkamah. Kami menjadi mangsa jenayah dan lebih mendukacitakan, ia dipolitikkan di Malaysia.

“Kami gembira kerana dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kesulitan berikutan tindakan tidak bertanggungjawab bekas kakitangan kami,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment