Tuesday, June 23, 2015

KES BALING BATU DI BUKIT GELUGOR: HADAPAN ESTET JUASSEH KUALA PILAH...SEBARKAN.....



Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah telah menerima beberapa laporan polis dan aduan awam berkaitan insiden kenderaan mereka terkena balingan batu pada cermin kereta sewaktu melalui kawasan Bukit Gelugor, berhadapan Estet Juasseh Kuala Pilah pada waktu malam.

Ekoran daripada kejadian berlaku, IPD Kuala Pilah telah menjalankan risikan dan operasi. Bertindak atas maklumat, lima orang suspek telah berjaya ditangkap berumur lingkungan 16 hingga 18 tahun. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dengan penangkapan suspek-suspek berkenaan, diharap dapat menghilangkan kebimbangan orang awam menggunakan laluan tersebut. Oleh yang demikian, isu tersebut diharap tidak lagi menjadi 'viral' di laman Facebook. 

Dipetik daripada sumber : Netizens

No comments:

Post a Comment