Tuesday, June 23, 2015
Krisis Pakatan: Sultan Selangor Terpaksa Campur Tangan Lagi...
Kurang setahun lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
terpaksa masuk campur dalam krisis politik kerajaan Pakatan di negeri
itu dan kini apakah sekali lagi Baginda diheret dalam pemainan politik
kerajaan Pakatan?
Persoalan tersebut menarik minat wartawan yang membuat liputan di Istana
Bukit Kayangan pada Isnin selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali
dilihat mengadap Sultan Selangor hampir sejam selepas majlis rasmi
istiadat pengurniaan watikah pelantikan hakim syariah negeri itu.
Sebelum ini, Sultan Selangor terpaksa campur tangan selepas kebuntuan
proses PKR mahu memecat MB yang sedang berkuasa Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim dan digantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun rancangan PKR dan DAP itu gagal selepas PAS menolak Wan
Azizah menjadi MB dan bertegas mahu mengekalkan Khalid sebelum beralih
menyokong Azmin selepas Khalid dipecat dari PKR.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani
mengesahkan pertemuan tertutup berkenaan, bagaimanapun tidak mengiakan
butir perbincangan yang berkisar pergolakan PR.
“Saya tak tahu butir perbincangan antara menteri besar dan tuanku, mungkin sekadar perjumpaan rutin mingguan.
“Tuanku tidak pula beritahu saya butir perbincangan baginda dengan Azmin
dalam tempoh dua jam itu,” katanya dipetik Sinar Harian.
Memandangkan Selangor turut dihimpit krisis pentadbiran DAP dan PAS,
tidak mustahil pertemuan berkenaan membincangkan hala tuju dan jalan
terbaik dinasihatkan Sultan Selangor kepada menteri besar.
Perlu diingat Azmin bukan pilihan pertama MB untuk PKR dan DAP Selangor yang asalnya menyokong Wan Azizah.
Bagaimanapun dengan sokongan PAS serta lima ADUN PKR lain, Azmin berjaya menjadi MB selepas nama Wan Azizah tidak diterima PAS.
Minggu lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memberitahu, beliau
difahamkan Azmin akan memberi penjelasan kepada sultan berkaitan isu
pembubaran PR dalam masa terdekat.
Dalam pada itu kata Rafizi, PKR telah menghubungi wakil DAP, Selangor
dan PAS dan kedua-dua parti sudah mengesahkan sokongan terhadap menteri
besar itu.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad turut berkata, tiga
Exco PAS sudah diarahkan meneruskan tanggungjawab dan tidak akan
memulau DAP.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment